UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Zabidin Ismail
1
Abstract
Dr Burhanuddin Al Helmi ialah tokoh politik Malaysia yang bergiat cergas dalam kancah politik negara ini selama tiga dekad (1930-1960) dan pernah menulis tentang mesej antikolonialisme di dalam karya-karya beliau. Oleh itu, tujuan kajian ini khusus menilai sejauh mana mesej antikolonialisme tersebut dibahaskan secara holistik dan dominan menerusi karyanya. Kajian ini menggunakan kaedah semiotik dan intertekstualiti serta bersandarkan teori sastera budaya atau cultural studies theory mendapati bahawa mesej antikolonialisme merupakan tema perbincangan utama yang dikaitkan dengan topik politik lain seperti kedaulatan negara, penjajahan, kemerdekaan dan pembentukan negara-bangsa..
Article Published 2018 1005 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran politik dalam karya-karya Burhanuddin Al Helmi. Secara khususnya, kajian ini menggunakan Teori Perjanjian Kemasyarakatan oleh Thomas Hobbes, John Locke dan J.J Rousseau serta gabungan metodologi analisis isi kandungan dan penyelidikan kepustakaan terhadap sampel kajian iaitu enam buah buku karya Burhanuddin Al Helmi iaitu Perjuangan Kita (Jawi), Falsafah Kebangsaan Melayu (Jawi), Agama dan Politik (Jawi), Pidato Sambutan Kongres Parti Rakyat, Ideologi Politik Islam dan Islam dan Sosialisme. Kerangka analisis kajian telah direka bagi mencerakin dan menganalisis data. Hasilnya, kajian ini telah menemukan pemikiran politik yang terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu nasionalisme Melayu, antikolonialisme dan pembentukan negarabangsa. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga aspek pemikiran politik tersebut merupakan teras perjuangan politik Burhhanuddin Al Helmi dalam membebaskan tanah air daripada belenggu penj.....
Thesis Published 2018 4842 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.