|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 7 |
| Simplified search suggestions : Zainuddin Abindinhazir |
| 1 | 2017 Article | Pengaruh gaya seni Barat dalam arca “Perhubungan” (1964) oleh Syed Ahmad Jamal Abindinhazir @ Abd. Rashid Zainuddin, Zali @ Zalay Abdul Aziz, 3144 hits |
| 2 | 2018 Article | Kesedaran Islamik dalam pengkaryaan visual 3-dimensi Zainuddin Abindinhazir Seni tampak berperanan besar dalam kehidupan manusia. Cakupan kepentingan seni tampak kepada manusia, merangkumi keperluan asasi sehingga kepada keperluan sampingan yang melibatkan objek-objek estetik 2-dimensi dan 3-dimensi. Memenuhi kedua-dua aspek ini tentunya melibatkan persoalan-persoalan tentang keterbatasan seni dalam konteks kebudayaan dan agama. Budaya adalah ikutan tradisi sementara Islām adalah agama. Individu Muslim dituntut memahami batas-batas sempadan dan larangan yang berhubungkait dengan seni dan penghasilannya. Kesedaran terhadap objek-objek seni terutama yang bersifat 3-dimensi dalam landasan Islām wajib difahami. Aspek-aspek kontekstual dengan kesedaran Islāmi yang melibatkan idea, proses dan bentuk penting sebagai panduan kepada seniman, penghayat dan kolektor Muslim dalam menghasil atau menikmati keindahan seni. Makalah ini adalah usaha kecil dalam menyebarkan pengetahuan tentang kesedaran Islām dalam pengkaryaan visual, khususnya 3-dimensi. Ia diusahakan mela..... 685 hits |
| 3 | 2019 Article | Pengaruh Gaya Barat Dalam Arca Anthony Lau (1933-2016) Zainuddin Abindinhazir @ Abd. Rashid Aliran dan gaya seni barat meninggalkan pengaruh besarterhadap perkembangan senirupa Malaysia. Pendokongan terhadap seni tradisi, persoalan identiti, jatidiri budaya dan desakan kemodenanmembuka luas ruang komentarseniberkaitan pengaruhdalam tempoh yang panjang. Makalahini adalah sebahagian dari siri-siri komentar seni diusahakan sebagai inisiatif untuk meneliti,memahami dan membahas kesinambungan isu pengaruh gaya barat dalam sinario perkembangan seni arca tempatan. Penulisan ini mengkhususkan hanyatiga buah karyaarca oleh Anthony Lau. Penulisan ini menggunakankerangka analisis formalmelaluikaedah komparatif danpembacaan ikonografi. Pembacaan ikonografi bertujuan memahamimakna-makna simbolikdan mengandaikan keberadaanasimilasi, adaptasi dan aplikasi elemen dan prinsip gaya barat berdasarkanaspek-aspekyang boleh dilihat dan dinilai melalui karya tampak.Karya-karya yang dipilih adalah untuk perbandingan..... 1574 hits |
| 4 | 2019 Article | Pengaruh gaya seni barat dalam arca Anthony Lau (1933-2016) Zainuddin Abindinhazir @ Abd. Rashid Aliran dan gaya seni barat meninggalkan pengaruh besar terhadap perkembangan senirupa Malaysia. Pendokongan terhadap seni tradisi, persoalan identiti, jatidiri budaya dan desakan kemodenan membuka luas ruang komentar seni berkaitan pengaruh dalam tempoh yang panjang. Makalah ini adalah sebahagian dari siri-siri komentar seni diusahakan sebagai inisiatif untuk meneliti, memahami dan membahas kesinambungan isu pengaruh gaya barat dalam sinario perkembangan seni arca tempatan. Penulisan ini mengkhususkan hanya tiga buah karya arca oleh Anthony Lau. Penulisan ini menggunakan kerangka analisis formal melalui kaedah komparatif dan pembacaan ikonografi. Pembacaan ikonografi bertujuan memahami makna-makna simbolik dan mengandaikan keberadaan asimilasi, adaptasi dan aplikasi elemen dan prinsip gaya barat berdasarkan aspek-aspek yang boleh dilihat dan dinilai melalui karya tampak. Karya-karya yang dipilih adalah untuk perbandingan sampel bagi tujuan perbincangan akademik.
.. 1079 hits |
| 5 | 2022 Article | Reka bentuk 3-dimensi dalam kesenian Melayu tradisional Zainuddin Abindinhazir@Abd. Rashid Kertas kerja ini adalah penelitian terhadap perkembangan seni arca dalam persekitaran sejarah dan kebudayaan Malaysia. Pembangunan rekabentuk seni 3-dimensi yang merentasi beberapa siri peralihan, telah menyaksikan pengalaman negara menempuh pelbagai transformasi politik, agama dan sosial bermula dari zaman prasejarah, kolonialisasi, dan era pasca merdeka sehingga hari ini. Rantaian ini menghubungkan faktor-faktor sejarah, fenomena dan budaya dalam pembentukkan seni arca. Penelitian terhadap budaya dan seni kolonial di era Hindu-Buddha, Barat dan Islām dan perkembangannya merupakan kronologi sejarah yang membawa inovasi dan pemikiran baru terhadap rekabentuk 3-dimensi dalam kesenian Melayu tradisional... 718 hits |
| 6 | 2018 Thesis | Euro-American influences on contemporary Malaysian metal sculptures from 1960 to 2010 Zainuddin Abindinhazir@Abd. Rashid Western Influences in Contemporary Malaysian Sculpture is an issue that is often dealt with through
the ages. However, there has never been any scientific study undertaken in regard to the
historical development of sculpture in Malaysia. Recognizing this neglect, the study was
conducted to document the influence of the West in the fabrication of local sculpture.
However, the focus is strictly on sculptures that are made of metal from the 1960s to
the year 2010. The objective of this study, aims to explicate the style, form, iconography, and
content. This connection involves questions of influence, culture, similarities, distinctions,
identities and manifestations of local sculptors. In order to make this study a reality,
researcher has combined the theory of Iconology by Erwin Panofsky and the concept of knowledge
by al-Imam al-Ghazzali. The study w..... 3306 hits |
| 7 | 2004 Thesis | Keberkesanan pengajaran kooperatif STAD dalam mata pelajaran pendidikan seni visual Zainuddin Abindinhazir Penyelidikan ini dijalankan untuk mengesan keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
secara kooperatif (STAD) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, di kalangan pelajar-pelajar
Tingkatan 2 SMK Bandar Baru, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Sejumlah 64 orang pelajar dari dua buah
kelas dipilih sebagai sampel. Perbandingan dapatan daripada pendekatan dua kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus utama bagi memperolehi jawapan terhadap persoalan dan hipotesis kajian.
Penyelidik mengenakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kooperatif melalui projek
studio/ amali terhadap kumpulan rawatan. Ujian Paired Samples T-Test digunakan untuk mengukur
pencapaian dengan melihat min ujian-pra dan ujian-pasca. Analisis Korelasi/Correlations terhadap
dapatan soal selidik dan senarai semak digunakan bagi mengesan hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah dengan pendekatan pengajaran secara kooperatif.
.. 8 hits |