UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

36 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan berkualiti dalam novel sejarah Tengku Menteri (Malaysia) dan Urih Pesisir (Brunei). Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori teksdealisme dengan mengaplikasikan prinsip kehadiran, perinsip perlanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada tiga watak iaitu Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Kapten Speedy daripada novel Tengku Menteri. Manakala tiga watak lagi daripada novel Urih Pesisir iaitu Syarif Omar, Wan Idrus dan Paul Gray. Watak-watak ini dipilih kerana mereka merupakan pentadbir, pemimpin masyarakat dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat. Teori teksdealisme oleh Mana Sikana digunakan untuk menganalisis kepimpinan berkualiti yang dipraktikkan oleh watak-watak tersebut. Analisis ini juga disokong dengan mengaplikasikan konsep kepimpinan berkualiti, kepimpinan Islam dan budaya Melayu. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada pengamalan kepimpinan berkualiti .....
Thesis Published 2015 4688 hits Available
2
Abstract
Bila membicarakan perkembangan novel Melayu orang lantas mengatakan Syed Sheikh Al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanumnya sebagai pelupur yang ulung, sambil itu memberikan pula peringatan bahawa watak dan latar nya adalah negara Mesir. Kemmudian orang terus menyebut bahawa Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu dengan novelnya Kawan Benar sebagai pengarang yang pertama menulis novel Melayu yang watak dan latarnya benar-benar Tanah Melayu. Tanggapan ini adalah disebabkan oleh beberapa orang ahli kesusasteraan yang telah menulis buku-buku memberikan pendapat itu. Antaranya ialah Annas Haji Ahmad dalam bukunya Sastera Melayu Baru, Yahya Ismail dalam buku-bukunya Bimbingan Sastera Melayu Moden dan Satu Kajian Mengenai Karya-Karya Ahmad Talu, serta diikuti pula oleh Drs. Li Chuan Siu dalam bukunya Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830 -1945, dan harus beberapa buku dan oleh ahli sastera yang lain lagi. Mereka itu sungguh berani memberikan pendapat itu dengan tidak meragukan bahaw.....
Conference Item Published 2001 2496 hits Available
3
Abstract
Penulisan ini adalah usaha mencari perbezaan konsep antara patung dan arca. Seni 3-dimensi wujud dalam semua budaya, memenuhi keperluan artistik manusia. Berhala, monumen, tugu, anak patung, boneka, wayang kulit, ‘orang-orangan’ di sawah, ukiran kayu orang asli dan lain-lain yang tiada dalam perbendaharaan kata tempatan, seperti torso, effigy, simulacrum, statuette dan mannequin disamaertikan dengan patung dan arca, termasuk struktur seni bina, batu bersurat, batu nisan, kepala perahu dan hulu senjata tradisi. Rangkuman dan pengadunan pelbagai entiti ke dalam satu maksud mewujudkan kesamaran dan kekeliruan...
Article Published 2014 1982 hits Available
4
Abstract
An exploratory study was conducted to investigate the social science literacy among form four students in Malaysian secondary schools. The aim of the study was to explore social science literacy in selected social science subjects, namely History, Geography, Moral Education, and Islamic Education as well as the students‟s general knowledge in the area of social science in Malaysian secondary schools. The study also intended to propose guidelines on standards in social science literacy for secondary schools in Malaysia. The study used quantitative research method. Five sets of questionnaires in the form of objective multiple-choice tests were developed to identify social science literacy in the three domains of knowledge, skills and values in the four selected subjects and general knowledge. The respondents were 16 years old students studying in form four at national secondary schools throughout Malaysia. From the total of 4705 respondents, the number of respondents for Geography was .....
Article Published 2014 4121 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains bersepadu. Pelaksanaan kajian meliputi dua fasa, iaitu fasa pembinaan alat pengukuran yang dinamakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah dan fasa analisis psikometrik. Fasa pembinaan instrumen melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti objektif instrumen, menentukan spesifikasi ujian, membina jadual spesifikasi instrumen, menulis item, dan menyemak item bersama pakar. Fasa analisis psikometrik melibatkan analisis dapatan ujian. Seramai 1097 murid daripada 8 buah sekolah kategori sekolah bandar dan luar bandar yang berbeza pencapaian akademik telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Ujian pertama melibatkan 581 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 7 .....
Thesis Published 2016 2094 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan instrumen naik turun bangku boleh laras yang dibina bagi menguji daya tahan kardiovaskular berdasarkan ketinggian sudut pinggul 82°, di samping mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Seterusnya instrumen ini ditadbirkan ke atas pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10, 11 dan 12 tahun di Tanjung Malim, Perak. Seramai 90 orang subjek dipilih secara rawak bagi ujian lapangan dan makmal menggunakan protokol Treadmill Bruce sebagai rujukan kriteria.Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan, kaedah uji ulang uji telah digunapakai. Manakala analisis Korelasi Pearson ProductMoment digunakan untuk melihat kesahan di antara ujian lapangan dan makmal. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan terdapat kebolehpercayaan yang tinggi bagi bangku boleh laras yang dihasilkan oleh penyelidik. Hasil kajian juga menunjukkan bangku sedia ada 12 inci tidak mempunyai kesahan yang tinggi bagi pelajar lelaki dan perempuan peringkat umur 10 dan 11 tahun, akan tetapi.....
Thesis Published 2018 2544 hits Available
8
Abstract
Seni tampak berperanan besar dalam kehidupan manusia. Cakupan kepentingan seni tampak kepada manusia, merangkumi keperluan asasi sehingga kepada keperluan sampingan yang melibatkan objek-objek estetik 2-dimensi dan 3-dimensi. Memenuhi kedua-dua aspek ini tentunya melibatkan persoalan-persoalan tentang keterbatasan seni dalam konteks kebudayaan dan agama. Budaya adalah ikutan tradisi sementara Islām adalah agama. Individu Muslim dituntut memahami batas-batas sempadan dan larangan yang berhubungkait dengan seni dan penghasilannya. Kesedaran terhadap objek-objek seni terutama yang bersifat 3-dimensi dalam landasan Islām wajib difahami. Aspek-aspek kontekstual dengan kesedaran Islāmi yang melibatkan idea, proses dan bentuk penting sebagai panduan kepada seniman, penghayat dan kolektor Muslim dalam menghasil atau menikmati keindahan seni. Makalah ini adalah usaha kecil dalam menyebarkan pengetahuan tentang kesedaran Islām dalam pengkaryaan visual, khususnya 3-dimensi. Ia diusahakan mela.....
Article Published 2018 896 hits Available
9
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kaedah pembelajaran koperatif Teams-Games-Tournament (TGT) terhadap pencapaian murid dalam mengimprovisasi idea muzik berbanding kaedah tradisional. Reka bentuk kuasi- eksperimen ujian pra pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (Pre Test-Post Test, Non-equivalent Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 54 orang murid tahun 4 Dedikasi dan 4 Cemerlang SK Pengkalan. Kedua- dua kumpulan diberikan ujian pra untuk menguji kemahiran dan melihat sama ada kumpulan tersebut memperoleh keputusan setara atau tidak. Selepas melalui tiga sesi pembelajaran, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos untuk melihat kesan kaedah pembelajaran yang digunakan. Kumpulan eksperimen diberi rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif TGT manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang siginifikan antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan terh.....
Thesis Published 2018 1713 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kepercayaan dan sikap terhadap reaksi mengklik iklan dan memohon pekerjaan dalam talian oleh pencari kerja di Selangor. Dengan menggunakan kaedah tinjauan dan bersifat kuantitatif, data para pencari kerja dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik. Sebanyak 331 jumlah sampel telah diperolehi dan analisis. Data dianalisis menggunakan teknik Structural Equation Modelling (SEM) untuk menguji kesan langsung antara faktor kepercayaan dengan reaksi, faktor kepercayaan dengan sikap dan sikap dengan reaksi. Selain itu, kajian ini menguji pembolehubah sikap sebagai perantara terhadap hubungan antara kepercayaan dengan reaksi dan akhirnya, mengkaji peranan jantina sebagai moderator terhadap hubungan antara reaksi dan penentu-penentunya. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pembolehubah kepercayaan memberi kesan terhadap reaksi, kepercayaan memberi kesan terhadap sikap, manakala sikap pula memberi kesan terhadap reaksi. Bagi ujian perantara, .....
Thesis Published 2017 2334 hits Available
First Prev
Page 1 of 4

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.