AbstractKajian ini adalah satu penyelidikan berkenaan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti
pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. Kajian ini
menyentuh mengenai latar belakang kajian yang berkaitan dengan kreativiti pelajar Tingkatan Empat
di sekolah ini. Ianya juga akan menyentuh berkaitan dengan penyataan masalah dan persoalan kajian
yang dijalankan. Seterusnya, kajian literatur dilakukan bagi melihat sejauh manakah kajian
berkaitan dengan kreativiti pelajar dan pengajaran guru dibuat bagi membantu mendapatkan idea serta
melihat kelebihan dan kekurangan kajian yang lepas. Kajian literatur juga menjelaskan secara
menyeluruh segala kaitan antara kreativiti dan juga pengajaran guru. Seterusnya dalam kajian ini
menyentuh tentang metodologi kajian yang digunakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang
mana menggunakan tiga teknik asas iaitu, temubual, pemerhatian dan juga kajian pusta.....