AbstractKajian ini bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar terhadap keperluan komponen utama, elemen dalam komponen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan komponen utama bagi setiap konstruk bagi reka bentuk dan pembangunan modul Seksualiti PEKASa berasaskan Latihan Mempertahankan Diri. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi (FDM) menggunakan tujuh skala likert digunakan bagi mengumpulkan 17 orang pakar dalam pelbagai bidang sebagai responden yang terdiri daripada bidang pendidikan awal kanak-kanak, seni bela diri, kaunseling dan perubatan pediatrik. Borang soal selidik kajian mengandungi 31 item yang terkandung dalam reka bentuk dan pembangunan Modul Seksualiti PEKASa yang dibahagikan kepada lima dimensi, iaitu (1) aktiviti hubungan kekeluargaan, (2) aktiviti perhubungan orang luar, (3) aktiviti pengurusan kesihatan emosi dan sosial, (4) aktiviti kesihatan fizikal dan reproduktif, dan (5) aktiviti keselamatan.
Data dianalisis dengan menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangula.....