AbstractKertas kerja ini membandingkan penggunaan unsur eufemisme dalam novel Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS) Tingkatan Empat, iaitu Melunas Rindu dan Renyah. Novel yang bertajuk Melunas Rindu digunakan di sekolah-sekolah di negeri Johor, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala novel Renyah pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak penggunaan unsur eufemisme dalam kedua-dua buah novel yang dikaji tetapi unsur eufemisme paling kerap digunakan oleh penulis novel Melunas Rindu, iaitu Hartini Hamzah. Sebanyak 36 unsur kesemuanya atau sebanyak 60%. Penulis novel Renyah, iaitu Gunawan Mahmood hanya menggunakan 26 unsur eufemisme dalam teks novel tersebut, iaitu sebanyak 40% sahaja. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat sebanyak 7 unsur eufemisme yang menepati Prinsip Kesop.....