UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 13
Simplified search suggestions : Ghazali Din
12023
Final Year Project
Kesediaan dan pengetahuan guru pelatih Fizik terhadap pendidikan STEM
Nurazreen Mohd Ghazali
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dan pengetahuan bagi guru pelatih Fizik serta mengetahui sejauh mana pandangan bagi pendidikan STEM. Kajian ini telah melibatkan seramai 115 orang guru pelatih Fizik di UPSI yang terdiri daripada pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Fizik. Sampel ini dipilih menggunakan teknik pensempelan rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Instrumen soal selidik dan protokol temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi dapatan data daripada temu bual separa berstuktur pula dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kualitatif oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian ini telah memberikan satu pendedahan kepada institusi pendidikan khususnya bagi melihat sejauh mana .....

2574 hits

22023
Final Year Project
Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar di sekolah
Nor Yasmin Ahmad Ghazali
Kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam terhadap sikap profesionalisme adalah penting. Hal ini kerana dengan mengamalkan sikap profesionalisme dapat menjadi guru pelatih tersebut menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap sikap profesionalisme dalam latihan mengajar. Kajian dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan instrument borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 31 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UPSI daripada semester 6 dan semester 7 yang telah menjalani Latihan Mengajar 1 (LM1) pada Ogos 2022 sehingga Oktober 2022. Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan kaedah desktiptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Hasil dapatan kajian mendapati persepsi guru pelatih Pendidikan Islam terhadap profesionalisme adalah tinggi (min=4.2.....

813 hits

32023
Final Year Project
Kaedah Imam Al-Ghazali dalam menangani tingkah laku devian: kajian di Sekolah Menengah Agama Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Mariatul Qibthiah Noor Mohd Yusri
Kajian ini membincangkan mengenai kaedah Imam Ghazali dalam menangani tingkah laku devian di sekolah menengah. Permasalahan kajian menjurus kepada guru Pendidikan Islam adalah salah satu kedudukan yang penting di dalam organisasi sesebuah sekolah selain daripada pengetua dan guru kaunseling dalam memainkan peranan besar untuk menangani isu tingkah laku pelajar selain itu faktor daripada tingkah laku ibu bapa pelajar yang menyebabkan permasalahan ketiga di mana emosi pelajar terganggu dan bertindak devian yang mana kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti pendidikan Akhlak Imam Ghazali dan mengkaji tingkah laku devian di sebuah sekolah agama serta menganalisis keselarian di antara tindakan yang diambil oleh guru sebuah sekolah agama yang dipilih dalam menjalankan kajian bagi menangani isu tingkah laku devian di sekolah menengah dalam kalangan remaja memandangkan guru Pendidikan Islam juga merupakan pihak yang penting dalam memainkan peranan dalam membentuk rema.....

482 hits

42023
Thesis
Pembinaan indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia
Mohamad Khairul Anuar Ghazali
Kajian ini bertujuan untuk membina indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan kaedah tinjauan lapangan menggunakan instrumen soal selidik. Sejumlah 10 buah bandar warisan dan 1000 responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan berkelompok dan rawak mudah. Dapatan kajian dianalisis menggunakan tiga kaedah iaitu (i) analisis faktor, (ii) analisis deskriptif dan (iii) pengiraan indeks menggunakan nilai minimum dan nilai maksimum bagi setiap petunjuk sebagai petunjuk matlamat. Hasil analisis faktor telah berjaya membentuk satu set soal selidik dengan lima konstruk utama ((i) kemakmuran ekonomi, (ii) kesejahteraan sosial, (iii) kesejahteraan alam sekitar, (iv) warisan budaya, (v) peranan kerajaan dan komuniti), 14 sub konstruk dan 57 petunjuk kelestarian yang sesuai untuk digunakan bagi mengukur tahap kelestarian bandar warisan di Malaysia. Melalui soal selidik yang dibina, maklumat kelestarian bandar .....

465 hits

52023
Article
Pemikiran wasatiyyah Mohd Kamal Hassan: sebuah ulasan kritis
Ghazali Awang
Setelah berlaku beberapa peristiwa keganasan, umat Islam telah dituduh sebagai terroris, ganas dan ekstremis. Fenomena ini berlawanan dengan visi Islam di mana umat Islam adalah umat terbaik dan agama Islam adalah agama sempurna. Keadaan ini juga menyusahkan ramai umat Islam dan perlu diperbetulkan. Beberapa orang ilmuwan Islam termasuk Mohd Kamal Hassan (selepas ini disebut Kamal Hassan) telah melaungkan konsep wasatiyyah bagi menerangkan yang Islam tidak begitu. Penyelidikan ini bercorak kualitatif dan menggunakan kaedah deskriptif, analisis dan sintesis. Konsep wasatiyyah adalah satu ajaran Islam yang sangat kukuh. Konsep in berasal daripada al-Qur’an dan pemahaman mengenainya disokong oleh Hadith Nabi SAW, pentafsir al-Qur’an seperti Sheikh Abdullah Basmeih, Ibnu Kathir, Muhammad Asad, Sayyed Qutb, Wahbah Az-Zuhaili dan Yusuf al-Qardhawi. Konsep ini disokong dan diperkukuhkan lagi dengan konsep-konsep dan ciri-ciri Islam termasuk konsep ketuhanan, kemanusiaan, konsep syumul, ko.....

193 hits

62024
Thesis
Kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual Al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikisi kendiri dan daya tindak mangsa buli siber
Mapatan Sudin
Tujuan kajian ialah untuk membina Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku- Psikospiritual al-Ghazali dan menguji kesan Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali terhadap penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak remaja mangsa buli siber antara kelompok rawatan dengan kelompok kawalan. Kajian kuasi eksperimen pra ujian dan pos ujian dijalankan ke atas 80 sampel yang terdiri daripada 40 sampel kelompok rawatan dan 40 sampel kelompok kawalan dalam kalangan remaja tingkatan dua beragama Islam sederhana mangsa buli siber. Sampel kelompok rawatan didedahkan dengan intervensi Modul Integrasi Terapi Kognitif Tingkah laku-Psikospiritual al-Ghazali sebanyak 10 sesi yang mengambil masa lima minggu. Instrumen Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), General Self Efficacy Scale (GSES) dan Adolescent Coping Scale (ACS) digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, efikasi kendiri dan daya tindak dalam ukuran pra ujian dan pos ujian. Data dianalisis secara desk.....

129 hits

72024
Article
E-learning, assessment competency, and academic performance: A structural equation modeling approach
Nor Hasnida binti Che Md Ghazali, Zahari bin Suppian, Hishamuddin Bin Ahmad, Syaza Hazwani binti Zaini, Tajul Rosli bin Shuib
E-learning practices and the competency in assessment should facilitate one’s academic performance. The main purpose of this study is to explore the degree of influence of e-learning practices and competency in assessment on academic achievement of students. This study is a quantitative approach using survey method involving the process of data collection through the administration of constructed instruments. The population of the study involves student teachers from the three selected universities in Selangor and Perak. Sample selection is drawn using random sampling technique. A total of 460 student teachers are selected. The questionnaire for e-learning practices is adapted from OLES (Renee, 2011) and the competency in assessment comes from Zahari (2018). The structural equation modeling (SEM) analysis is used to test the hypothesized relationship. The results show that e-learning practices, knowledge in assessment, skills in assessing, and attitude in assessment significantly inf.....

39 hits

82024
Article
Effective learning among Malaysian juveniles: Key elements for success
Noor Insyiraah binti Abu Bakar, Mohd Muslim Md Zalli, Izazol Idris, Azlina Abu Bakar, Abdul Talib Mohamed Hashim, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Mohd Nazir Md Zabit
Effective learning is crucial for helping young people gain knowledge, skills, and overall development. This study aims to identify key factors necessary for effective learning in rehabilitation schools for juveniles. A constructivist grounded theory (CGT) approach was employed to gain a deeper understanding. Fifteen teachers, three administrators, and five education experts participated in the study using purposive sampling. Data was collected via in-depth interviews with these participants. The thematic analysis revealed four main themes essential for effective learning among juveniles: teachers (qualifications, teaching methods, and attitudes), juveniles (emotions and interest in learning), rehabilitation schools (administrator support and learning facilities), and community (support from families and assistance from governmental and non-governmental organizations). This research highlights the elements that all stakeholders need to address to ensure effective learning for juveniles.....

47 hits

92024
Article
Validation of a teacher mathematics knowledge scale based on the Ernest framework among Malaysian teachers
Nor Hasnida binti Che Md Ghazali, Syaza Hazwani binti Zaini, Mahizer bin Hamzah, Noor Insyiraah binti Abu Bakar
The aim of the current research was to validate the Malaysian version of the mathematical knowledge scale based on the Ernest framework. The participants include 100 teachers from Kelantan, Malaysia. An exploratory factor analysis (EFA) with principal components analysis and varimax rotation was conducted. This research determines the number of factors through eigenvalues greater than one and frames the structure of the scale through factor loading. The value of the eigenvalue and factor loading are considered in this research to frame and develop the structure of the scale. Furthermore, the reliability of the scale was tested with Cronbach’s alpha. The results showed six factors on the scale explaining 67.39% of the variances. A total of 26 items with factor loading greater than 0.60 were determined for the scale. The structure of the scale was as three items in the first factor, two items in the second factor, five items in the third factor, four items in the fourth factor, 10 item.....

36 hits

102023
Final Year Project
Naluri keintelektualan menjana minda dalam teks novel kesusasteraan melayu Naratif Ogonshoto
Anis Karmila Mohamad Redzuan
Kajian ini melihat Naluri Kepengarangan pengarang dalam sebuah teks novel Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna pakai kaedah analisis teks. Kajian ini disokong dengan analisis kandungan media video daripada sebuah siaran Youtube yang memuatkan pengisian bual bicara bersama Sasterawan Negara Anwar Ridhwan mengenai novel beliau, iaitu Naratif Ogonshoto. Kajian ini bertujuan mengkaji Naluri Keintelektualan yang menjana minda dalam novel Naratif Ogonshoto oleh beliau. Model yang diterapkan ialah Model Proses Kreatif Teksnaluri oleh Ghazali Din (2016). Asasnya, model ini menggagaskan tujuh naluri dalam diri seseorang pengarang sebagai sumber dalaman yang berupaya memangkinkan proses kreatifnya. Dengan membataskan Naluri Keintelektualan, kajian ini melihat penjanaan minda dalam karya yang berkaitan dengan elemen-elemen dalam naluri tersebut. Berdasarkan senarai catatan dan analisis yang dibuat, hasil kajian mendapati bahawa Naluri Keintelektual.....

989 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.