UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Faisal bin Ahmad |
1 | 2014 thesis | Teknik seni lakon Nazri dalam pengajaran: satu kajian kes di negeri Selangor Muhammad Faisal Ahmad Lumrah kehidupan manusia tidak dapat lari dari aktiviti yang berkaitan dengan unsur seni lakon. Pentas dunia acapkali disamakan sebagai pentas lakonan yang dipenuhi dengan pelbagai watak dan perwatakan dalam situasi yang berbeza-beza. Unsur-unsur seperti peniruan, pengulangan, penghayatan, aksi dan reaksi merupakan antara elemen yang terdapat dalam Teknik Seni Lakon Nazri. Pemilihan enam Teknik Seni Lakon Nazri adalah berteraskan kesesuaian pengaplikasiannya dalam konteks pengajaran. Enam teknik seni lakon yang dijadikan sebagai panduan adalah teknik muncul, teknik penyampaian dialog, teknik pengucapan improvisasi, teknik progres, teknik membina klimaks dan teknik masa. Penerapan teknik seni lakon ini bukan sahaja dapat dilihat menerusi pergaulan seharian malah lebih jelas dalam bidang kerjaya terutamanya bagi seorang guru. Oleh itu, kajian ini akan meninjau penggunaan Teknik Seni Lakon Nazri kepada guru dalam pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar negeri Selangor. Kajian in..... 1583 hits |