UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Adnan Mazlini Abd Kadir Noorfazelawati |
1 | 2014 Article | Amalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru matematik sekolah menengah Adnan Mazlini, Abd. Kadir Noorfazelawati, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan PBS dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah. Seramai 103 orang guru matematik dari 13 buah sekolah menengah di daerah Raub, Pahang, telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan skor min keseluruhan amalan PBS adalah tinggi. Namun, perbezaan amalan PBS dengan pengalaman mengajar adalah tidak signifikan. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi amalan PBS dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran matematik... 1105 hits |