UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Dalam pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan, analisis keperluan perlu dijalankan bagi mengenalpasti keperluan membangunkan sesuatu produk. Kajian tinjauan ini dilakukan bagi mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan modul latihan berasaskan permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mengenal pasti keperluan pembangunan sebuah modul latihan berasaskan permainan bagi bidang geometri tingkatan satu. Satu set borang soal selidik analisis keperluan telah ditadbir kepada 457 orang murid tingkatan dua daripada tiga buah sekolah menengah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The Social Sciences) versi 27.0. Hasil dapatan analisis menunjukkan persepsi murid terhadap penggunaan modul latihan berasaskan permainan berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan seterusnya juga menunjukkan peratusan yang tinggi terhadap keperluan modul latihan berasaskan permaina.....
Article Published 2022 1208 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentukan kebolehlaksanaan permainan digital GeoSpatial bagi bidang Geometri terhadap guru matematik Tingkatan Satu. Kajian ini menggunakan pendekatan ADDIE sebagai reka bentuk kajian. Kajian ini menggunakan analisis data secara kuantitatif dan melibatkan 140 orang guru matematik. Hasil kajian menunjukkan nilai peratusan persetujuan pakar adalah baik iaitu 82.7%. Nilai pekali alfa Cronbach adalah 0.983 sekaligus menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kebolehlaksanaan yang merangkumi dua konstruk iaitu kecekapan dengan kriteria kebolehcapaian objektif dan kebolehlaksanaan PdP dan konstruk kepuasan dengan kriteria keselesaan pengguna, format dan isi kandungan yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian terhadap kebolehlaksanaan menunjukkan permainan digital GeoSpatial mempunyai tahap keboleh.....
Thesis Published 2024 176 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.