UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

1
Abstract
Teori Pengkelasan Umur Sebagai Kawalan Sosial Tidak-Formal menekankan kepentingan perkahwinan sebagai salah satu peristiwa hidup yang penting dan dapat mengubah keputusan individu bagi mengelakkan diri dari aktiviti jenayah. Kertas kajian ini telah bertitik tolak dari sebuah kajian doktor falsafah yang mengkaji tentang pengulangan jenayah yang berlaku dalam kalangan bekas banduan di Malaysia. Hasil kajian doktor falsafah tersebut telah mendapati bahawa rata-rata bekas banduan terus memilih hidup bujang akibat kesukaran memasuki alam perkahwinan. Perkahwinan bukan lagi menjadi perkara utama yang ingin dikecapi sepanjang dibebaskan. Ianya berbeza dengan andaian Sampson dan Laub yang meletakkan perkahwinan sebagai institusi terpenting yang mampu membentuk kawalan sosial tidak-formal dalam kalangan individu. Andaian Sampson dan Laub tentang institusi perkahwinan sebagai suatu trajektori yang baik di dalam kehidupan dan mampu mengubah tingkah laku jenayah menerusi ikatan kawalan sosial yang.....
Article Published 2018 1589 hits Available
2
Abstract
Kekurangan akses kepada jagaan pemulihan lanjutan menyebabkan bekas banduan yang mempunyai masalah ketagihan dadah berisiko untuk kembali semula kepada penyalahgunaan dadah. Perkembalian kepada ketagihan dadah semula biasanya terjadi disebabkan oleh perasaan gian, ingin mencuba semula, ketiadaan keinginan untuk berhenti yang akhirnya membawa kepada jenayah untuk membiayai masalah ketagihan semula. Satu kajian mengenai pembentukan sebuah program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan berasaskan komuniti untuk bekas banduan dalam membantu memastikan peralihan yang lancar sebaik dibebaskan telah dilakukan pada tahun 2016. Salah satu daripada objektif kajian tersebut adalah untuk mengumpulkan maklumat mengenai faktor-faktor risiko yang menyebabkan bekas banduan mengulang-laku aktiviti atau perlakuan jenayah mereka. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas 16 orang bekas banduan yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah. Analisis awal kajian memperlihat bahawa berlaku kesukaran untuk mengub.....
Article Published 2018 1340 hits Available
3
Abstract
Fundamentally, former prisoners who have no access to transit home or residency after being released from prison are often found to be homeless. In this manner, such failure to obtain a home has been commonly associated with family rejection. The existing halfway houses throughout Malaysia are limited, therefore, the program failed to accommodate a large number of released former prisoners each year. In lieu of this, many former inmates are unable to acquire proper shelter or a suitable place to live after their release. Due to the arising concern, a study was conducted in 2018 with regards to the former prisoners’ life challenges during the re-integration process within the community. Detailed interviews were carried amongst 19 former prisoners with their background of criminal records. In addition, the analysis from this study revealed the difficulties and challenges faced by the former prisoners that had led them to be homeless. The data had also revealed that the issue is related.....
Article Published 2019 1244 hits Available
4
Abstract
Kajian ini memfokuskan tentang sejarah Pendidikan Anak-Anak Orang Melayu Di Sekolah Inggeris Daerah Kota Setar, dari tahun 1909 sehingga 1957. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang pendidikan orang Melayu di daerah Kota Setar. Selain itu, kajian ini turut mengkaji pendidikan anak-anak orang Melayu ke sekolah Inggeris kerajaan di daerah Kota Setar dari tahun 1909 sehinggalah tahun 1957. Kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis perkembangan pendidikan anak- anak orang Melayu di sekolah Inggeris kerajaan daerah Kota Setar. Di samping itu, kajian ini lakukan adalah untuk menilai kesan pendidikan Inggeris ke atas anak- anak orang Melayu di daerah Kota Setar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat rujukan di perpustakaan dan arkib. Maklumat-maklumat tersebutdiperoleh melalui sumber primer dan sekunder. Sumber primer tersebut merujuk kepada analisis dokumen seperti Colonial Office (CO), Annual Report, dan fail Setiausaha Kerajaan (SUK) dar.....
Thesis Published 2021 6654 hits Available
5
Abstract
Bekas banduan yang berakhir sebagai gelandangan bukan suatu isu baharu di mana-mana negara di dunia.Kegagalan berintegrasi semula menjadikan mereka sebagai gelandangan. Kesulitan tersebut dirumitkan lagi dengan kewujudan bekas banduan yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan dan kedaifan hingga menyebabkan mereka tidak berupaya untuk keluar dari lingkungan hidup di jalanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan bekas banduan ini berakhir hidup menjadi gelandangan. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 15 orang responden. Teknik persampelan bertujuan dan persampelan bola salji digunakan untuk mengenal pasti responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berakhir sebagai gelandangan iaitu penolakan keluarga, pengangguran, diskriminasi masyarakat dan penagihan dadah yang berterusan. Dapatan kajian mampu dijadikan panduan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajik.....
Article Published 2021 1240 hits Available
6
Abstract
Penumpuan gelandangan bekas banduan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur telah menarik minat dan menjadi keingintahuan pengkaji untuk meneroka kehidupan mereka dari perspektif ekologi. Dengan menggunakan Teori Ekologi Manusia, kehidupan jalanan golongan bekas banduan diteroka. Sebuah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif telah dilakukan ke atas 15 orang gelandangan bekas banduan yang berada di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Maklumat kajian diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual mendalam dan data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Altas.Ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat tema ditemui yang berkait dengan faktor persekitaran iaitu tiada sistem sokongan, tiada peluang untuk mengubah nasib, tiada harapan dan motivasi dan perjalanan hidup yang kompleks. Keempat-empat tema tersebut menjelaskan bahawa wujudnya hubungan yang tidak harmoni di antara responden kajian dengan sistem-sistem di persekitarannya yang mengehadkannya untuk memperoleh ku.....
Article Published 2021 903 hits Available
7
Abstract
Penciptaan ini menghasilkan pengaplikasian teknik Pepper’s Ghost ke dalam diorama panggung Mak Yong Kelantan. Bagi kajian ini telah dibina sebuah diorama panggung Mak Yong Kelantan yang berukuran 3.5x4 kaki dimana binaanya ¼ dari saiz sebenar panggung tradisional Mak Yong Kelantan iaitu 14x16 kaki dan juga di dalam diorama panggung tersebut diaplikasikan teknkik Pepper’s Ghost untuk mewujudkan figura tarian Mengadap Rebab. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Gabus, Pasir Mas iaitu tempat tinggal informan panggung Mak Yong dan juga tempat kesenian Mak Yong dijalankan. Kajian ini dijalankan supaya generasi kini peka dengan bentuk panggung Mak Yong Kelantan dan pengaplikasian teknik Pepper’s Ghost. Juga untuk memudahkan para pemain Mak Yong agar tidak perlu hadir ke panggung bagi membuat persembahan kerana figura mereka mampu diwujudkan dengan menggunapakai aplikasi teknik Pepper’s Ghosts sahaja dan juga dengan projek karya ini untuk pengkaji menerangkan sinografi .....
Thesis Published 2023 1526 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan Kit Dolphin Jump Number Line, sebuah bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik Pendaraban Integer Tingkatan Satu. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan di mana hanya dua fasa pertama yang terlibat, iaitu Analisis serta Reka Bentuk dan Pembangunan. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan. Kesahan kit ini dinilai oleh lima orang pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah Matematik di sebuah universiti awam dan seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah. Manakala, seramai 35 orang guru pelatih Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih melalui pensampelan rawak mudah bagi menentukan kebolehgunaan kit yang dibina ini dengan menggunakan soal selidik kebolehgunaan. Data hasil maklum balas pakar dianalisis dengan menggunakan analisis d.....
Article Published 2023 729 hits Available
9
Abstract
Inovasi terhadap penghasilan model 3D reka bentuk landskap jarang dihasilkan oleh mana-mana individu. Pengkarya mengambil insiatif terhadap hal tersebut untuk menghasilkan model 3D reka bentuk landskap yang menggunakan stail pandangan sisi dan keratan rentas. Pengkarya ingin mengkaji tentang teknik penghasilan reka bentuk landskap stail pandangan sisi dan keratan rentas dalam penghasilan model 3D. Stail pandangan sisi dan keratan rentas ialah teknik pandangan sisi melibatkan mencipta lukisan atau model reka bentuk landskap seolah-olah ia dihiris separuh menegak. Objektif kajian ini adalah mengidentifikasikan kriteria elemen reka bentuk landskap yang sesuai bagi penghasilan model keratan rentas educational art park. Selain itu, mengaplikasikan elemen reka bentuk landskap educational art park dalam penghasilan pelan konsep dan pelan induk. Akhir sekali, menginovasikan penghasilan Model 3D reka bentuk landskap melalui kaedah pandangan sisi dan keratan rentas dengan penggunaan .....
Final Year Project Published 2023 1115 hits Available
10
Abstract
Artikel ini merupakan sebuah penulisan tentang kajian rintis yang dilakukan ke atas soal selidik yang dibina. Artikel ini membincangkan tentang kepentingan menjalankan kajian rintis serta menguji soal selidik ke atas gelandangan bekas banduan sebagai responden kajian. Soal selidik ini adalah berkaitan dengan tahap kesejahteraan material, kesejahteraan subjektif terhadap strategi daya tindak ke atas risiko pengulangan jenayah. Sampel responden adalah dari kalangan gelandangan bekas banduan yang hidup di jalanan selepas dibebaskan. Mereka adalah dari kalangan yang hidup secara rentan di jalanan. Kajian ini telah menjalankan kajian rintis dengan menggunakan pendekatan kuantitatif ke atas 30 orang responden gelandangan bekas banduan sekitar Jalan Chow Kit. Pemilihan sampel bagi kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dengan menetapkan kriteriakriteria khusus yang diperlukan. Kajian rintis ini melibatkan seramai 31 orang responden; seramai 26 orang lelaki dan 5 orang perempuan. .....
Article Published 2025 203 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.