UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

227 record(s) found

1
Abstract
A new generalization basis called A-Bezier was constructed for the space span 2 {1, , ,..., } n t t t by using systolic array. This basis was based on a Bezier-like cubic curve consisting of two shape parameters which gave more degrees of freedom used in constructing the desired free form spline and surfaces. By fixing the shape parameters to specific values, this basis could be reduced to Wang-Ball basis and could be generalized to the other Bezier-like curve such as Timmer PC curve. The results showed that such basis and curves shared some properties with the Bernstein basis and the Bezier curves in polynomial spaces respectively...
Article Published 2014 2650 hits Available
2
Abstract
This study is carried out to develop a computerized ultrasonic-based measurement system for mechanical properties and acoustical characterization of non-porous solids materials. The system employed the pulse-echo method using both longitudinal and shears waves. This system consists of a pulser/receiver generator, transducers, picoscope and personal computer. The developed system offers user-friendly procedure, yet producing accurate and reliable measurement results. The software for the system is developed using Microsoft Visual Basic Version 6.0. The front panel display is divided into the connection and control panel, the display panel and the calculation panel. The programming code for software algorithm is divided into the connection programming code, the control programming code, the display programming code and the calculation programming code. There are eight parameters of the mechanical and acoustical properties of solids materials are discussed in this study; longitudinal velo.....
Thesis Published 2016 2632 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang pemain bawah 15 tahun. Pengukuran antropometri melibatkan tinggi, berat badan, tinggi duduk, panjang kaki, panjang depa dan lipatan kulit (triceps dan gastrocnemius). Tahap kematangan fizikal pemain dianggar menggunakan kaedah tidak invasif dan praktikal bagi meramal umur pada halaju ketinggian puncak (PHV) bagi mengukur ambang kematangan berdasarkan pemboleh ubah antropometri. Analisis statistik deskriptif ditunjukkan bagi ciri-ciri antropometri. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi membuat perbandingan antara pasukan yang layak ke peringkat akhir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri antara pasukan yang berjaya dengan tidak berjaya ke peringkat ak.....
Thesis Published 2017 1021 hits Available
4
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan inovasi pengajaran dalam penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid Tahun Lima. Rekabentuk kajian menggunakan dua gelung dalam pengajaran dan pembelajaran diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart 1988. Pemilihan sasaran kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 21 murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah dalam sebuah felda di Daerah Hulu Selangor selama sembilan minggu. Modul Intervensi MAGIC MATHS digunakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam subjek matematik. Pengkaji membangunkan MAGIC MATHS menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Visual Basic. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, catatan refleksi, analisis dokumen, protokol temubual, pemerhatian, gambar dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif dan kualitatif. Dapatan ujian pasca selepas lima sesi intervensi dalam gelung .....
Thesis Published 2017 4955 hits Available
5
Abstract
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Guru matematik memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan kajian analisis keperluan dalam fasa pertama Design and Development Research (DDR). Tujuan kajian analisis keperluan ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model pedagogi STEM Matematik berasaskan nilai dan akhlak di sekolah rendah. Kajian dilakukan secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual. Seramai enam orang informan iaitu pakar matematik, pakar STEM, pakar pembangunan model dan guru sumber matematik sekolah rendah telah ditemu bual.  Semua pakar ini telah dipilih secara pensampelan bertujuan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Data temu bual dianalisis menggunakan teknik tematik, iaitu transkripsi, pengekodan dan tema secara verbatim. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keperluan bagi peny.....
Article Published 2020 2809 hits Available
6
Abstract
Masyarakat peribumi di Sabah dikategorikan kepada Dusunkadazan, Bajau, Murut dan lain-lain serta ‘kelompok bumiputera lain’ seperti Jawa, Bugis dan Suluk, dan juga apa yang dinamakan ‘etnik-etnik lain’. Kepelbagaian etnik yang cukup rencam ini tidak sama dengan yang wujud di Semenanjung Malaysia yang hanya ditandai dengan tiga kaum yang besar, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian, hubungan antara kaum atau etnik di Sabah bersifat mikro, iaitu antara etnik dan juga intra-etnik, iaitu hubungan antara etnik peribumi/bumiputera Sabah dengan orang Melayu di Sabah atau dari Semenanjung, Cina, atau orang Eropah. Hubungan antara etnik di Sabah dikatakan pelbagai pihak sebagai harmoni, namun persepsi dan sangsi sosial antara etnik-etnik tersebut tetap wujud walaupun dalam bentuk yang tidak serupa seperti di Semenanjung Malaysia. Kajian tekstual tematik menggunakan sosiologi sastera ini meneliti cerpen-cerpen yang terbit dalam majalah WADAH sejak tahun 1980-an hingga 2017.....
Article Published 2021 1034 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Model SPIKK, sebuah Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai-Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah dan menilai kebolehgunaannya. Reka bentuk penyelidikan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) melalui tiga fasa: (1) analisis keperluan, (2) reka bentuk dan pembangunan, dan (3) penilaian kebolehgunaan. Temu bual separa struktur telah digunakan bagi fasa analisis keperluan dan penilaian kebolehgunaan model, manakala fasa reka bentuk menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dan fasa pembangunan menggunakan Interpretive Structural Modelling (ISM) dengan perisian Concept Star. Seramai 51 pakar telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Di dalam fasa analisis keperluan, kesemua enam pakar bersetuju tentang kepentingan untuk mengintegrasikan Nilai-Akhlak dalam pendidikan Matematik STEM di sekolah rendah. Dalam fasa reka bentuk, FDM digunakan untuk mencapai konsensus dalam kalangan 29 pakar dalam bidang pendidikan Matematik, N.....
Thesis Published 2025 178 hits Available
8
Abstract
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah menuntut agar pengajaran Bahasa Melayu (BM). dilaksanakan secara bersepadu, sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun, kajian mendapati bahawa proses pengajaran BM masih bersifat tradisional, dikotomi, dan memberi penekanan yang tidak seimbang terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Tujuan utama kajian ini ialah mereka bentuk, membina dan menilai modul pengajaran BM secara bersepadu. Modul ini dibangun berlandaskan lapan strategi utama. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan Jenis 1 ini melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembinaan, dan pelaksanaan dan penilaian yang diadaptasi daripada Model Reka bentuk dan Pembangunan Richey dan Klein (2007). Model Pengajaran Berkesan Morrison et al (2007) digunakan sebagai panduan membangunkan modul, manakala model penilaian formatif Tessmer (1993) digunakan sebagai panduan menilai modul. Dalam fasa analisis keperluan, teknik kuali.....
Thesis Published 2013 8940 hits Available
9
Abstract
Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya.....
Thesis Published 2015 3929 hits Available
10
Malaya Publishing House, Limited Singapore
Abstract
Sebermula, maka adalah sebuah negeri bernama Chempaka Seri raja-nya bernama Indera Sari. Maka baginda itu cukup lengkap seperti adat istiadat kerajaan yang lain-lain juga, akan tetapi ada pun tabiat baginda itu terlalulah suka menyabung dan berjudi, sehingga menjadi suatu amalan pada baginda itu. Dengan hal yang demikian habislah sekalian rayat seisi negeri itu menjadi asyik leka dengan berjudi juga pada setiap masa tiada sekali-kali mengambil bena kapada mendirikan syariat Nabi SAW kerana raja-raja dan orang besar-besarnya terlalu amat suka mengerjakan pekerjaan yang maksiat itu...
Book Published 1929 906 hits Limited
First Prev
Page 1 of 23

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.