UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Tesis ini merupakan kajian tentang Peranan Majalah Suloh Malaya Dalam Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1946-1947. Suloh Malaya merupakan majalah rasmi yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Parti Kebangsaan Melayu bawah pimpinan Zulkifli Auni. Majalah ini dikendalikan oleh tokoh-tokoh politik PKMM. Kajian dilakukan bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan majalah ini dalam memberikan kesedaran orang Melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan memperjuangkan hak kedaulatan rakyat selaras dengan misi dan visi perjuangan PKMM. Kajian ini menggunakan sumber primer iaitu majalah Suloh Malaya sebanyak lapan terbitan sebagai kaedah pentafsiran pemerolehan dapatan. Di samping itu juga penulis menggunakan sumber lain menerusi hasil penulisan penyelidik yang lepas berdasarkan buku-buku sejarah, akhbar, majalah dan skrip wawancara. Bagi memantapkan hasil kajian, penulis menggunakan sumber lisan untuk memperkukuhkan bukti dan kesah.....
Thesis Published 2015 1439 hits Available
2
Abstract
Undang-undang Adat merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat ke arah nilai sahsiah yang baik. Masyarakat akan lebih bertanggungjawab denga adanya undang-undang yang boleh dirujuk sekali gus membentuk disiplin individu dan anggota masyarakat itu sendiri untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Undang-undang Melaka merupakan teks utama dalam sistem perundangan yang diguna pakai pada zaman kesultanan Melayu. Undang-undang ini banyak memaparkan peraturan adat yang mesti dipatuhi oleh masyarakat Melayu dalam mewujudkan keharmonian semua pihak. Pemakaian Undang-undang Adat ini terhadap sahsiah masyarakat boleh memberi gambaran tentang kesan terhadap amalan sahsiah negatif yang dilakukan oleh masyarakat untuk memberi panduan kepada masyarakat kini melalui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Undang-undang Adat. Bagi melihat peristiwa-peristiwa yang berkaitan, naskhah Sulalatus Salatin digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada khalayak umum...
Article Published 2016 1120 hits Available
4
Abstract
Hubungan sastera dan masyarakat sangat erat. Sastera adalah dokumentasi yang merakamkan kehidupan masyarakat. Hal-hal yang dipaparkan dalam sastera merangkumi peristiwa-peristiwa, aktiviti serta pergolakan yang berlaku dalam lingkungan sosial mereka. Dalam hal ini, cerita rakyat yang diteliti berhasil memaparkan pandangan dan sikap kelompok sosial di samping menggarapkan tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya. Selain itu melalui cerita rakyat kanak-kanak, dikesan gambaran kehidupan masyarakat tradisi yang meliputi sosiobudaya dan sistem kepercayaan mereka. Kepelbagaian makna di sebalik cerita rakyat yang diteliti, memancarkan pemikiran masyarakat tradisi terhadap sesuatu perkara. Lantaran itu, penelitian terhadap cerita rakyat kanak-kanak ini dapat memaparkan fenomena yang dicetuskan oleh masyarakat tradisi di samping memperlihatkan keperibadian dan kecendekiaan masyarakat Melayu. Kata kunci: sastera kanak-kanak, fenomena sosial, cerita rakyat, tradisi..
Article Published 2011 8 hits Available
5
Abstract
The study aimed to shed light on one of the poets of the pre-independence period. And clarify that the Sudanese poets in the period before the independence of Sudan used their poems to glorify the Sudanese cities in which they lived and expressed their patriotism and encouraged them to defeat injustice and build homelands. The study followed the descriptive, historical and analytical approach. From the results of the study, the poet Al-Nasser Qarib Allah wrote aboutً theً islandً ofً Tutiً andً Arba’atً inً easternً Sudan.ً Heً documentsً theً areasً heً visitedً orً spent time in that have a strong influence and a social dimension in their lives. Some of them are named after them, because of the impression they left on their souls. One of the recommendations of the study for critics at the present time is to turn to shed light on the literary works of poets and writers that did not find sufficient criticism during the last period. What impression they left on them......
Article Published 2023 390 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.