UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Sampel kajian telah dipilih secara rawak berstrata iaitu terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen yang mengambil subjek biologi sebagai elektif di empat buah sekolah di daerah Kulai, Johor. Sampel tersebut telah dibahagikan berdasarkan lokasi sekolah dan jantina pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah ujian kemahiran proses sains bersepadu berasaskan Malaysia (MB-BISPSI) dan soal selidik kemahiran abad ke 21 yang berkonsepkan Malaysia (M-21 CSI). Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data-data diperoleh dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS perisian 20.0. Ujian MANOVA dijalankan bagi menguji hipotesis nul perta.....
Thesis Published 2016 2605 hits Available
2
Abstract
Kajian tinjauan kuantitatif ini bertujuan menentukan hubungan di antara kesediaan guru, personaliti guru dan pengalaman mengajar guru dengan amalan penilaian guru terhadap tugasan projek Prinsip Perakaunan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan inventori personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Teknik persampelan rawak berlapis secara kuota telah digunakan dan sebanyak 155 sampel terdiri daripada guru-guru Prinsip Perakaunan tingkatan empat di negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan berpandukan kriteria penilaian yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) manakala tahap kesediaan guru dalam melaksanakan penilaian adalah tinggi. Kebanyakan guru didapati memiliki kombinasi personaliti EkstrovertPeka- Fikiran-Pemutusan, Tahap kesediaan guru, dimensi personaliti guru Pemutusan Pengamatan dan tempoh pengalaman mengajar guru d.....
Thesis Published 2015 2159 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.