UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian “MyClass Online” yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap .....
Thesis Published 2008 2318 hits Available
2
Abstract
Program pendidikan muzik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula sejak tahun 1995 bertujuan melahirkan pemuzik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keyakinan yang tinggi ketika bermain alat muzik. Penilaian dibuat berdasarkan kepada model penilaian context, input, process dan product (CIPP) oleh Stufflebeam. Reka bentuk campuran berjujukan telah digunakan dalam mendapatkan pandangan pemuzik. Teknik persampelan adalah persampelan bertujuan melibatkan keseluruhan 148 pemuzik yang bertugas di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan Pangkalan TLDM, Tanjung Pengelih, Johor. Maklumat daripada pemuzik dikumpul menggunakan borang soal selidik dan temu bual mendalam secara bersemuka. Hasil penilaian konteks mendapati kurikulum muzik sedia ada mampu melahirkan pemuzik yang berkemahiran serta mempunyai skil tinggi dalam bermain muzik. Walau bagaimana pun, pemuzik berasa ragu dengan program pendidikan muzik yang mampu membantu mereka mendapatkan pekerjaan dalam bidang muzik apabila b.....
Thesis Published 2022 2312 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.