UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini memfokus pada pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik ke atas pelajar Tingkatan Empat MRSM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia. Manakala keberkesanan modul dikaji dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 254 orang pelajar MRSM. Teknik persampelan rawak berkelompok digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan set soalan ujian penilaian, borang soal selidik Group Embedded Figures Test (GEFT) dan Maryland Physics Expectations Survey (MPEX). Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kesahan reka bentuk dan kandungan serta nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha untuk modul ini ialah 0.99, 0.99 dan 0.802. Hasil dapatan dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi ANCOVA, ANOVA sehala dan Wilcoxon T. Keputusan analisis ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sig.....
Thesis Published 2017 2286 hits Available
2
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  idea  altematif  mu.rid  dan  menstruktur semula  idea altematif dengan menggunakan aktiviti dan perbincangan yang berkaitan dengan   menggunakan    konsep  kartun.  Reka  bentuk  kaedah-bercampur  digunakan dalam  kajian  ini.  Pensampelan   bertujuan  digunakan  dengan  melibatkan  45  orang mu.rid tahun 5 di sebuah Sekolah Rendah  Jenis  Kebangsaan  (Tamil) di Daerah Hulu Selangor. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini,  iaitu satu siri enam konsep  kartun,  ujian  pencapaian  pra  dan  pasca  bertajuk  "Cahaya"  dan   protokol temubual.   Data   dianalisis   dengan   menggunakan   analisis   deskritif   dan    inferens. Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat  enam  kategori  idea  altematif  dalam  tajuk  (i)   Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  Betul;  (ii)  Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  separa  betul;  (iii)  Ja.....
Thesis Published 2018 1563 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar iaitu permainan JUQUANJI bagi subtopik Teori Kuantum Cahaya tingkatan lima dan menilai tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model ADDIE. Permainan JUQUANJI ini merupakan satu permainan yang telah diadaptasi dari permainan papan JUMANJI. Kaedah pensampelan yang digunakan untuk menguji tahap kebolehgunaan permainan JUQUANJI adalah berdasarkan teknik pensampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada 32 orang guru pelatih fizik dari semester 7 dan 8. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data bagi soal selidik kebolehgunaan telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Hasil dapatan kajian, setiap kesa.....
Final Year Project Published 2021 7443 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kit inovasi LiOpKit Projektor bagi topik Cahaya dan Optik terhadap kefahaman melukis gambar rajah sinar pelajar Fizik tingkatan empat. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen dengan pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan mudah dan bertujuan dilaksanakan untuk memilih 17 orang responden. Instrumen kajian ini adalah borang kesahan pakar, soalan ujian pra dan pasca dan soal selidik kebolehgunaan LiOpKit Projektor. Perisian Statistical Packages for Social Science Version 27 (SPSS) digunakan untuk menganalisis nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach, Ujian-t serta skor min dan sisihan piawai bagi soal selidik kebolehgunaan. Kaedah peratusan persetujuan digunakan untuk menganalisis kesahan pakar. Manakala analisis Ujian-t digunakan untuk menganalisis soalan ujian pra dan pasca Hasil dapatan kajian mendapati nilai purata dari tiga orang  pakar untuk kesahan muka bagi kit dan instrumen adalah masing-masing sebanyak 90.28% dan 100% mana.....
Final Year Project Published 2023 3562 hits Available
5
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan aktiviti pembelauan cahaya menggunakan rambut Fizik KSSM dan mendapatkan persepsi kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Fizik. Aktiviti pembelauan cahaya menggunakan rambut dibangunkan agar penggunaan rambut sebagai dwicelah dapat memperluaskan lagi dalam menitikberatkan kepentingan kesan pembelauan dalam teknologi pengukuran objek halus. Kajian ini berpandukan reka bentuk kajian pembangunan menggunakan model ADDIE. Proses kesahan aktiviti dan soal selidik melibatkan penilaian tiga orang pakar. Aktiviti ini memperoleh indeks CVI dan indeks persetujuan bersama pada kesahan muka aktiviti dan kesahan kandungan aktiviti adalah 1, manakala nilai pada soal selidik pula memperolehi kesahan muka dan kesahan kandungan juga adalah 1. Seterusnya, kebolehpercayaan aktiviti ditafsirkan sangat baik dengan nilai yang diperoleh α = 0.95. Melalui analisis kebolehgunaan aktiviti dalam kajian sebenar, min bagi setiap konstruk yang diperolehi .....
Final Year Project Published 2023 1513 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan “Mabururan” sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk subtopik Pencernaan dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan berpandukan model ADDIE. Dalam kajian ini, data dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui soal selidik. Dua orang pakar telah dipilih bagi mendapatkan kesahan muka dan kandungan instrumen kajian serta permainan. Kesahan dianalisis menggunakan nilai Indeks Kesahan Kandungan (CVI). Nilai CVI yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan bagi soal selidik adalah memuaskan dengan nilai 1.00 dan 0.81 yang menunjukkan item soal selidik boleh diterima. Kajian rintis yang dijalankan melibatkan 20 orang murid memberi nilai kebolehpercayaan, Alfa Cronbach iaitu 0.84, menunjukkan bahawa item dalam instrumen soal selidik boleh digunakan dalam kajian sebenar. Persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini melibatkan 45 orang murid yang mengambil mata.....
Final Year Project Published 2024 2035 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah permainan digital dunia terbuka menggunakan Minecraft Education Edition bagi tema Gelombang, Cahaya dan Optik dalam Fizik Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan menentukan tahap kebolehmainannya dalam kalangan murid Tingkatan 4 Fizik. Permainan digital ini telah dibangunkan menggunakan model instruksi Instructional Design-Digital Game-Based Learning (ID-DGBL) dan telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid yang terpilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 89 orang murid Tingkatan 4 Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik kesahan pakar dan soal selidik kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld” yang menguji tahap kesahan permainan serta menentukan tahap kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld”. Soal selidik kebolehmainan pe.....
Final Year Project Published 2024 1537 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah ABM bagi subtopik Penambahan dan Penolakan Cahaya Sains Tingkatan 1 dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru Sains. Sampel kajian ini terdiri daripada 5 orang guru Sains Tingkatan 1 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan menggunakan model ADDIE dengan pendekatan kualitatif. Kit yang dibangunkan disahkan dari segi muka dan kandungan daripada tiga orang pakar dan menerima persetujuan penuh. Kebolehgunaan kit dinilai melalui temu bual dan pemerhatian. Kesimpulannya, Kit Lampu Suluh 7-Warna berjaya dibangunkan dan menerima kebolehgunaan yang memuaskan. Kajian ini memberi implikasi bahawa ABM yang dibangunkan dijangka dapat membantu guru dalam pengajaran topik penambahan dan penolakan cahaya Sains Tingkatan 1...
Final Year Project Published 2023 407 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pencahayaan yang digunakan dalam persembahan A Theatrical Audiovisual Earthshine yang dipentaskan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) arahan Hoo Lee Ching bersama Tess Pang. Kajian ini akan menganalisis beberapa elemen yang digunakan dalam pementasan Earthshine, melihat nilai-nilai estetika yang digunapakai dalam pementasan Earthshine sama ada memberi impak kepada penonton, dan menganalisis konsep pencahayaan dengan konsep pengarahan dalam pementasan Earthshine selari. Pencahayaan dalam sesebuah persembahan amat penting dan tidak semua sedar akan perkara itu. Dalam penyelidikan ini, pengkaji membincangkan metodolgi kajian yang akan menerangkan tentang kaedah kajian, reka bentuk kajian, prosedur pengumpulan data dan sebagainya. Hasil dapatan kajian yang diperolehi perlulah menjawab setiap objektif dan persoalan kajian. Objektif kajian ini adalah untuk aspek pencahayaan yang mempengaruhi persembahan Earthshine, menjus.....
Final Year Project Published 2023 1215 hits Available
10
Abstract
Amalan adalah sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan dan kepercayaan pula adalah keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Amalan dan kepercayaan masyarakat Dusun Tindal terhadap pemakaian sunduk atau surunduk merupakan suatu kebiasaan dan keyakinan mereka terhadap amalan yang telah diwarisi daripada nenek moyang. Sunduk adalah salah satu bahagian yang terdapat dalam pakaian tradisional wanita masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sunduk dipakai untuk menutup bahagian kepala dan sebagai pelindung daripada cahaya matahari. Dalam majlis perkahwinan, pengantin wanita juga akan memakai sunduk sebagai penambah seri dalam kecantikannya. Selain itu, sunduk juga digunakan oleh para Bobolian (pengamal ritual) ketika mengadakan upacara ritual.Menurut kepercayaan masyarakat Dusun Tindal, pemakaian sunduk dalam kalangan wanita bukan sahaja dapat menjaga kulit wajah tetapi dipercayai mempunyai roh yang memudahkan bobolian untuk berhub.....
Article Published 2021 883 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.