UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

17 record(s) found

1
Abstract
The face of world industrialization is changing with the Industrial Revolution 4.0. Old-style large companies are increasingly being threatened by new, more innovative companies. Likewise, in the innovation of the Islamic Education system, the need for new skills such as artificial intelligence, data analytics, machine learning, and other digital technologies is increasingly evident. Likewise soft skills related to complex problem solving, critical thinking, collaboration and communication are also increasingly needed. The existence of the face of the world's industrialization has created an impact that has caused panic and anxiety among the people. In the context of Islamic Education, Artificial intelligence can explain the interpretation of verses as well as hadiths, can also recite verses from the Koran and be used in writing sermons at mosques. This is a dilemma in the world of Islamic education, for example when Artificial intelligence is used to revive or maintain the memories of.....
Article Published 2023 427 hits Available
2
Abstract
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....
Conference Item Published 2001 3445 hits Available
3
Abstract
Dunia sastera, khususnya masyarakat drama/teater, pasti mengenali Zakaria Ariffin (ZA), tokoh drama Melayu yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Dilahirkan di Kuantan 49 tahun yang lalu, beliau mendapat pendidikan awal di daerah kelahirannya sebelum menjadi kerani sementara di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Anak muda yang sejak di sekolah rendah lagi bercita-cita ingin menjadi dramatis ini meninggalkan ...
Conference Item Published 2001 6009 hits Available
4
Abstract
Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan c.....
Article Published 2012 2123 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau minat pelajar Tingkatan 4 terhadap muzik tradisional gamelan Terengganu di salah sebuah sekolah projek di Shah Alam, Selangor. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik data yang telah diproses menggunakan program 'Statistical Packages For The Social Science' ( SPSS) bagi mendapatkan frekuensi, min, piawai dan peratusan. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar Tingkatan 4 pendidikan muzik ini menunjukkan minat terhadap muzik tradisional gamelan dan bercita-cita menjadi pelapis kepada pemuzik gamelan untuk masa hadapan. Disamping itujuga didapati faktor-faktor yang dikemukakan seperti guru, keluarga, persekitaran dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap muzik tradisional gamelan. Hasil kajian ini diharapkan akan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran dan minat pelajar seterusnya pencapaian generasi muda dalam .....
Thesis Published 2005 1065 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka perubahan tenunan songket di Kampung Bukit Payong, Terengganu sejak tahun 1726. Perubahan tersebut dilihat dari aspek fungsi, peralatan, budaya, sosial, motif dan ragam hias songket tenun. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data melibatkan temu bual dan pemerhatian. Temu bual melibatkan lima orang informan yang dipilih secara rawak berdasarkan latar belakang, pengalaman dan kemahiran dalam bidang tenunan songket. Sesi temu bual dijalankan secara tiga peringkat. Pemerhatian pula melibatkan analisis terhadap motif songket. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya perubahan dalam tenunan songket. Perubahan tersebut berlaku kerana beberapa faktor yang meliputi permintaan, persekitaran, sosiobudaya dan trend masa kini mengikut cita rasa penggemar songket. Faktor perubahan berlaku disebabkan oleh pengaruh modenisasi. Walau bagaimanapun songket tenun masih mendapat tempat di hati penggemar songket Melayu. Implikasi daripada ka.....
Thesis Published 2016 1445 hits Available
7
Abstract
Pengajaran Sastera Melayu di sekolah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera selain memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan, seterusnya membina kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan Pendidikan Sastera Melayu khususnya teks komsas sekolah menengah dalam usaha untuk memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan Teori Sosiologi Sastera yang menganalisis sesebuah karya sastera sebagai suatu reaksi peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Dapatan penelitian ini membuktikan tanggapan pelajar bahawa pembacaan terhadap bacaan sastera yang mereka pelajari dalam Pendidikan Sastera Melayu terutamanya Komsas dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada .....
Article Published 2018 900 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel Naratif  Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif  dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas  dan  dasar  kajian  ini   dianalisis  melalui  empat  prinsip  teori  Teksdealisme  iaitu prinsip kehadiran, prinsip  pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,  keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran   teori   Teksdealisme   telah   berjaya    menghadirkan   pengalaman   melalui pengembaraan,  pengalaman  perkhidmatan,  kehidupan  masyarakat   dan  penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwan  berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakan  serta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam  kepengarangan.Â.....
Thesis Published 2021 2152 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menganalisis emansipasi wanita dan  menghuraikan status wanita dalam cerpen-cerpen terbitan akhbar Makkal ?sai dari 2006 hingga 2017.  Pendekatan kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks  berdasarkan  teori   ginokritik  yang  diperkenalkan  oleh  Elaine  Showalter  telah digunakan   untuk   menjalankan    kajian   ini.   Dapatan   kajian   menunjukkan   bahawa sebanyak 30 cerpen sahaja mencerminkan  feminisme daripada 624 cerpen yang telah diterbitkan  dalam  jangka  masa  12  tahun  tersebut.   Daripada  jumlah  cerpen  tersebut, aspek-aspek imej dapat dilihat sebagai ibu dalam 6 cerpen,  isteri dalam 5 cerpen, anak gadis  4  cerpen,  anak  dan  guru  masing-masing  3  cerpen,  anak   dara  tua  dan  kawan masing-masing 2 buah cerpen dan sebagai kakak, kekasih, menantu, mentua dan  cucu masing-masing dalam sebuah cerpen sahaja. Dari aspek emansip.....
Thesis Published 2021 2777 hits Available
10
Abstract
Pendekatan matematik (dan subjek lain juga) yang didukungi oleh Kementerian Pendidikan yang terbaharunya, setelah gagal beberapa pendekatan impot selama ini, ialah yang diakronimkan sebagai KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) yang juga dimport dari Barat-Inggeris, HOTS (high ordered thinking skill) dan berasaskan teori pendidikan ciptaan Bloom lebih setengah abad yang lalu. Hujah dipaparkan tentang betapanya barang impot pendidikan yang tidak disesuaikan dengan keperluan dan cita-rasa tempatan, iaitu kebudayaan tempatan, atau dengan kata-kata yang lebih sarat teorinya, tidak diperibumikan, terlebih dahulu semestinya akan menempah kegagalan, lebih-lebih lagi barang ini sebenarnya sudah pun ditolak oleh sesetengah penilainya di negara pembuat barang ini sendiri.  Ciri-ciri ketidak-sesuaiannya KBAT dengan kebudayaan kita dan kritikankritikan sarjana Barat terhadapnya yang relevan dengan kebudayaan kita dibicarakan di sini. Di samping itu, oleh sebab KBAT tentunya akan diteruskan juga .....
Article Published 2020 1534 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.