UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti kefahaman dan amalan guru terhadap pengurusan tingkah laku disruptif kanak-kanak TASKA di Kuala Lumpur. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk hubungan antara kefahaman guru dengan amalan guru dalam pengurusan tingkah laku seawal usia TASKA 1 hingga 4 tahun. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik. Seramai 97 orang guru TASKA di kawasan Kuala Lumpur dipilih secara rawak sebagai sampel. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27 melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan min kefahaman adalah 4.36 dengan sisihan piawai 0.40. Manakala min amalan guru pula adalah 3.91 dengan sisihan piawai iaitu 0.49. Hasil analisis data menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan tahap amalan berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi menggunakan korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang .....
Article Published 2023 1050 hits Available
2
Abstract
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi global dan inisiatif kerajaan untuk mendigitalkan ekonomi negara. Dengan kemajuan teknologi, AI terus berkembang dan semakin diaplikasikan terutama dalam sistem pendidikan untuk memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajara. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tahap kefahaman dan penggunaan guru prasekolah berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun begitu, tahap kefahaman dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan guru prasekolah masih kurang diketahui. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk penyelidikan. Seramai 52 orang guru prasekolah di daerah Semporna, Sabah dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengukur tahap kefahaman dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan.....
Article Published 2024 522 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.