UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan jenis dan kadar baja organik yang sesuai dalam pengeluaran sayuran daun Amaranthus hybridus (bayam) dan Brassica juncea (sawi hijau). Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen reka bentuk rawak lengkap. Dua jenis sayuran berdaun iaitu A. hybridus dan B. juncea dirawat menggunakan tiga jenis baja organik iaitu Bokashi Plus, najis ayam A (8-8-8-2) dan najis ayam B (5-5-5-2) sementara NPK (15-15-15) digunakan sebagai kawalan. Baja yang ditambah dalam dua kadar, 100g dan 150g dan setiap rawatan disediakan sebanyak tiga replikat. Bilangan sampel yang digunakan ialah 222 pokok bagi setiap tanaman. Hasil kajian mendapati kesan yang signifikan oleh baja organik. Bokashi Plus dengan kadar 150g terhadap ketinggian pokok A. hybridus (F=27144.70, P=..
Thesis Published 2016 1452 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara pengambilan kalori dan aktiviti fizikal dengan prevalen kegemukan dan obesiti dalam kalangan pelajar yang bekerja. Seramai 54 peserta pelajar lelaki (n=26) dan wanita (n=28) pasca siswazah Sains Sukan UPSI yang bekerja secara profesional terlibat dalam kajian ini. Pengambilan kalori dikira berdasarkan rekod diet harian selama tiga hari. Penggunaan kalori dikira berdasarkan aktiviti fizikal peserta dalam seminggu iaitu jenis aktiviti fizikal, kekerapan dan tempoh setiap sesi dilakukan. Komposisi tubuh badan diukur menggunakan stadiometer BSM 370 dan mesin InBody 370 dengan merekodkan tinggi, berat badan, Indeks Jisim Tubuh (IJT), peratus lemak tubuh dan nisbah pinggang pinggul. Data demografi dianalisis menggunakan analisis data statistik deskriptif manakala ujian-t sampel tidak bersandar dan ujian korelasi dianalisis menggunakan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan lebih 60% pelajar diklasifikasikan dalam kategori .....
Thesis Published 2017 3248 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merungkai watak dan perwatakan karakter pasangan suami isteri di dalam Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan iaitu Seri Rama dan Siti Dewi. Selain itu, maksud bentuk, ukiran dan warna yang terdapat pada gambalan Seri Rama dan Siti Dewi dihuraikan. Watak Seri Rama dan Siti Dewi merupakan watak utama di dalam repertoire Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan. Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan merupakan sebuah persembahan seni warisan tradisional wayang kulit yang telah bertapak di negeri Kelantan dari zaman dahulu. Di Malaysia, repertoire Hikayat Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan digunakan dalam persembahan dan rujukan manakala di India menggunakan repertoire Ramayana versi Valmiki dalam persembahan. Terdapat beberapa perbezaan di antara Hikayat Mahraja Wana versi Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan dengan Ramayana versi Valmiki. Salah satunya adalah dari sudut bentuk, warna dan ukiran gambala.....
Final Year Project Published 2022 1831 hits Available
5
Abstract
The results of this study are: 1) the guided inquiry learning model is more effective than the conventional model on the science learning outcomes of grade IV students on the material properties of light in the Prince Diponegoro Cluster, Demak District, as evidenced by the t-test, namely the t-hit value of 4.722. Because the value of t-hit > t-tab (4.722 >2.005) means that Ho is rejected and Ha is accepted, so hypothesis 1 is accepted, 2) the jigsaw learning model is more effective than the conventional model on the science learning outcomes of fourth grade students on the material properties of light in the Prince Diponegoro Group, Demak District, as evidenced by the t test, namely the t-hit value of 5.572. Because the value of t-hit > t-tab ((5.572 >2.018) means Ho is rejected and Ha is accepted, hypothesis 2 is accepted, 3) the jigsaw learning model is more effective than guided inquiry on the science learning outcomes of fourth graders on the material properties of light in the Pri.....
Article Published 2022 655 hits Available
6
Abstract
The purpose of this study is to determine the pupils' perceptions on the teaching and learning of  contemporary children's literature in Year Five.  It was conducted to find out whether the books  prescribed in this program are suitable and interesting for the students to read and beneficial in  their language acquisition. The study also seek to find out whether the literature program is  successful in inculcating reading habits and in developing the language proficiency of Year 5  pupils. In addition, the study attempt to identify the type of materials which pupils prefer to  read. A total of 300 Year 5 primary schools pupils in Southern Kinta District were chosen randomly to  participate in the survey. The data collected were analyzed using descriptive statistical analysis.  The results are presented in the form of frequency counts and percentages of each item in the  questionnaire. Results of the survey showed that the respondents gave positive feedback on the b.....
Thesis Published 2010 716 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam struktur sampi. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah mantera perhumaan (sampi umai) yang diambil dari buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan untuk menerangkan pembinaan struktur dan bahasa kiasan metafora dalam sampi. Dapatan kajian menunjukkan lapisan bahasa yang terkandung dalam pendahuluan sampi ialah seruan permulaan, bertabik dan pengenalan diri. Lapisan bahasa yang terdapat dalam bahagian isi pula ialah tujuan, seruan, persembahan sajian (piring), suruhan dan dialog dengan Petara (Dewa-dewi). Pada bahagian penutup sampi terkandung lapisan bahasa doa restu manakala struktur sampi menggunakan ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Unsur yang terdapat dalam bahasa kiasan metafora terdiri daripada unsur alam dan bukan alam. Unsur alam terdiri daripada unsur tumbuhan, haiwan dan manusia, manakala unsur bukan a.....
Thesis Published 2016 3031 hits Available
9
Abstract
Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur lapisan bahasa, mengkaji jenis ayat dan menganalisis unsur yang membentuk metafora dalam struktur puisi tradisional invokasi biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, secara deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji tiga buah biau iaitu Biau Piring Bedara [Doa Persembahan Sajian Korban], Biau Piring Gawai Tuah [Doa Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah] dan Biau Piring [Doa Persembahan Sajian] yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau (Robert Menua Saleh dan Janang Ensiring, 2001). Data dianalisis menggunakan kaedah pengkodan. Struktur lapisan bahasa dianalisis menggunakan teknik pengkodan terbuka. Jenis ayat dan unsur membentuk metafora dalam puisi invokasi biau pula menggunakan teknik pengkodan substansif. Dapatan kajian menun.....
Thesis Published 2021 2005 hits Available
10
Abstract
“Timang XekorY” adalah sebuah karya cipta komposisi Muzik Program. Ia berasal dari perkataan Timang, “garis X dan Y” dan kata “ekor” dari perkataan nombor ekor. Timang merupakan upacara ritual masyarakat Iban yang tertinggi “menjemput Petara (Dewa dan Dewi)” melalui nyanyian teks untuk mendapat tuah. Kini, ritual Timang Tuah tidak lagi menjadi amalan utama mereka kerana kurangnya minat generasi muda Iban dan fungsi ritual tersebut. Ini disebabkan teks nyanyian yang sukar difahami dan monotoni. Karya ini bertujuan untuk menggambarkan perjalanan spiritual Timang Tuah melalui penggabungan elemen muzik Barat dan muzik tradisional Iban. Disamping itu, untuk memberi pemahaman kepada generasi muda yang tidak berminat terhadap pentingnya upacara ritual ini dan untuk menghindari daripada kepupusan. Penghasilan karya ini dimulakan dengan pemerhatian di tempat ritual itu diadakan dan temu bual bersama golongan orang tua dan Ketua Masyarakat Iban serta Lemambang (Tukang Timang) yan.....
Thesis Published 2022 1315 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.