UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

1
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi pros.....
Thesis Published 2017 1247 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran Al Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengkaji tahap penguasaan bacaan Al Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan penguasaan bacaan Al Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian windows SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan penguasaan bacaan al Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan juga bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514, p..
Article Published 2019 2246 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan terbaik guru pendidikan awal kanakkanak (PAUD) di Kota Banda Aceh. Fokus penyelidikan ini adalah untuk meneroka spesifikasi dan kelayakan guru serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu dalam pengajaran. Untuk meneroka bagaimana guru memilih prosedur, menentukan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan, serta memahami bagaimana mempelajari norma dan kriteria guru untuk kejayaan pengajaran. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, pemerhatian dan dokumentasi untuk pengumpulan data. Kajian ini dilakukan di tiga program KB (Taska), tiga program TPA dan tiga program Tadika. Responden kajian ini adalah 18 orang pendidik yang terdiri daripada enam guru fasa 0- 2 kanak-kanak, enam guru fasa 2-4 tahun, dan enam guru fasa berumur 4-6 tahun. Pengesahan data menggunakan teknik triangulasi sumber data dan teknik perbandingan, serta dianalisis menggunakan teknik anali.....
Thesis Published 2021 4652 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran al-Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengenal pasti tahap pencapaian bacaan al-Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan pencapaian bacaan al-Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan pencapaian bacaan al-Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514,p..
Research Report Published 2018 1114 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru agama Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di sekolah dalam daerah Kinta Utara, Perak terhadap keperluan pembelajaran ilmu turāth. Kajian ini juga menganalisis kesan pembelajaran ilmu turāth terhadap ilmu pengetahuan dan akhlāq guru agama KBD. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti masalah berkaitan pembelajaran ilmu turāth yang berlaku dalam kalangan guru agama KBD agar dapat didatangkan solusi bagi masalah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif sepenuhnya melalui pelaksanaan sesi temu bual secara semi-struktur. Seramai enam (6) orang guru agama yang terlibat dengan Kurikulum Bersepadu Dini dari tiga (3) buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data di analisis secara manual, iaitu pengkaji melakukan bacaan data yang telah ditranskripsi secara berkala dan meletakkan data yang diperolehi ke dalam tema yang telah disenaraikan. Dapatan kajian mendapati bahawa ilmu.....
Final Year Project Published 2024 990 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah permainan digital dunia terbuka menggunakan Minecraft Education Edition bagi tema Gelombang, Cahaya dan Optik dalam Fizik Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan menentukan tahap kebolehmainannya dalam kalangan murid Tingkatan 4 Fizik. Permainan digital ini telah dibangunkan menggunakan model instruksi Instructional Design-Digital Game-Based Learning (ID-DGBL) dan telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid yang terpilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 89 orang murid Tingkatan 4 Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik kesahan pakar dan soal selidik kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld” yang menguji tahap kesahan permainan serta menentukan tahap kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld”. Soal selidik kebolehmainan pe.....
Final Year Project Published 2024 1552 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kesediaan dan pelaksanaan guru Dini menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran serta mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dini untuk menerapkan KBAT dalam pengajaran. Kajian ini juga turut melihat sejauh mana perbezaan yang berlaku terhadap tahap kesediaan guru Dini berdasarkan demografi. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 85 orang guru Dini Sekolah Agama Rakyat sekitar negeri Kedah. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian. Data dianalisis menggunakan aplikasi SPSS secara deskriptif dan inferens (menggunakan ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian mendapati aspek kesediaan guru Dini dan tahap pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Dini berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min masingmasing min= 3.891 (sisihan piawai= 0.603) dan min= 3.892 (sisihan piawai= 0.578). Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min tahap kesediaan guru Dini dalam pengaja.....
Thesis Published 2024 520 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru agama menerusi Kurikulum Bersepadu Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kelantan dalam aspek penggunaan Bahasa Arab, kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan sahsiah. Kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti perbezaan menerusi aspek penggunaan Bahasa Arab guru berdasarkan demografi. Kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan seramai 71 orang guru agama SABK. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang telah disahkan oleh dua orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah (>0.982). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif kekerapan, peratusan min, sisihan piawai dan inferens ujian-T dan ANOVA. Dapatan kajian amalan pengajaran guru agama menerusi KBD menunjukkan bahawa semua aspek amalan pengajaran guru agama diantara penggunaan Bahasa Arab (min=4.02, sp=0.38), kaedah pengajaran (min=4......
Thesis Published 2024 1024 hits Available
9
Abstract
This study explored the attitudes of undergraduate students at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) toward ChatGPT and examined its relationship with cognitive motivation and problem-solving skills. A quantitative research design was employed, utilizing an online survey with 161 valid responses. The study used the Technology Acceptance Model Edited to Assess ChatGPT Adoption (TAME-ChatGPT) scale, the Need for Cognition (NFC) scale, and the Problem-Solving Inventory (PSI) scale to measure students' attitudes, cognitive motivation, and problem-solving abilities. The results indicated a significant positive relationship between students_ attitudes toward ChatGPT and their cognitive motivation, suggesting that higher acceptance of ChatGPT corresponds with increased cognitive engagement. However, no significant relationship was found between attitudes toward ChatGPT and problem-solving skills, indicating that while ChatGPT may encourage cognitive effort, it does not directly enhance pr.....
Final Year Project Published 2024 623 hits Available
10
Abstract
Gaya pembelajaran rangsangan sosial merupakan cara murid mengamalkan kaedah pembelajaran sama ada belajar secara bersendirian, belajar secara berpasangan, belajar secara berkumpulan atau belajar dengan bantuan golongan dewasa agar dapat membantu murid meningkatkan penguasaan bahasa Arab serta pencapaian akademik mereka. Namun demikian, terdapat beberapa cabaran untuk menguasai bahasa Arab dan meningkatkan pencapaian akademik seperti tidak dapat memahami kandungan buku teks berbahasa Arab dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran rangsangan sosial yang menjadi amalan pembelajaran murid KBD di SABK negeri Perak berdasarkan personaliti murid. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada seramai 307 responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat yang sedang mengikuti KBD di SABK negeri Perak. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statist.....
Thesis Published 2024 433 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.