UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemahiran sosial boleh dipertingkatkan melalui aktiviti bermain. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Sampel kajian seramai 123 orang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 6 tahun. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang mempunyai tiga bahagian bagi menjawab setiap objektif. Data dianalisis untuk melihat kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian untuk melihat pelaksanaan aktiviti bermain oleh ibu bapa di rumah menunjukkan 60 peratus ibu bapa sangat setuju memberi peluang kepada anak-anak bermain bersama dengan adik beradik yang lain semasa PKP.  Dapatan untuk mengenal pasti peranan ibu bapa dalam membantu kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain di rumah sepanjang PKP menunjukkan 59 peratus ibu bapa bersetuju anak mereka dapat berkomuni.....
Article Published 2020 1295 hits Available
2
Abstract
Murid tingkatan empat yang mengambil subjek Biologi didapati mempunyai masalah di dalam memahami dan menguasai kemahiran manipulatif ketika melakukan amali di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid Biologi tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Tapah. Reka bentuk kajian adalah tinjauan dan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi. Seramai 132 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini dan teknik pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah. Nilai indeks kesahan kandungan bagi instrumen kajian adalah 1.00 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi instrumen (Alpha Cronbach) adalah 0.809. Dapatan ini menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan murid tingkatan empat berada pada tahap yang tinggi.....
Final Year Project Published 2024 1261 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.