UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
This thesis aimed to investigate digital methods for identification, classification, and correction of particle images using digital holographic microscopy. The work begins with a micro-scale flow experiment employing a digital off-axis holographic microscope. To overcome noise from out-of-focus particle images due to the increase in the particle concentration, a new particle image identification algorithm with threedimensional reconstruction was introduced. It shows that individual particle images could be identified at about 62% of the expected number of particles. However, a cylindrical micro-channel used in the experiment was found as the main source of astigmatism. Following this, an automatic image classification using neural network was proposed to classify reliable and astigmatic particle images. A feed-forward backpropagation neural network with two class classifier was trained, achieving overall accuracy of 99.8%. Next, an original method of aberration correction using a prio.....
Thesis Published 2016 2936 hits Available
2
Abstract
Digital holographic microscopy (DHM) is a promising tool for a three-dimensional imaging of microscopic particles. It offers the possibility of wavefront processing by manipulating amplitude and phase of the recorded digital holograms. With a view to compensate for aberration in the reconstructed particle images, this paper discusses a new approach of aberration compensation based on complex amplitude correlation and the use of a priori information. The approach is applied to holograms of microscopic particles flowing inside a cylindrical micro-channel recorded using an off-axis digital holographic microscope. The approach results in improvements in the image and signal qualities...
Conference Item Published 2014 2568 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengurusan kokurikulum dan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Pendekatan kuantitatif digunakan di dalam kajian ini yang berbentuk tinjauan dan data dikumpulkan melalui soal selidik. Teknik pensampelan rawak berstrata digunakan dan sampel terdiri daripada 310 orang pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah terpilih di sekitar Klang. Dapatan menunjukkan tiga daripada empat amalan subdimensi pengurusan kokurikulum di sekolah yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu merancang (min = 3.72, SP = 0.87), mengelola (min = 3.45, SP = 0.99) dan mengawal (min = 3.51, SP = 1.03), manakala memimpin berada pada tahap sederhana (min = 3.29, SP = 1.00). Dapatan juga menunjukkan subdimensi tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah tinggi iaitu kemahiran kerja berpasukan (min = 3.83, SP = 0.68), kemahiran kepimpinan (min = 3.77, SP = 0.66), kemahiran kritikal dan penyelesaian masal.....
Thesis Published 2019 4309 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi meneroka elemen ketegasan prinsip bagi komponen meningkatkan kesedaran dan komponen visi peribadi dalam amalan kepimpinan steward guru besar di sekolah rendah yang telah mewujudkan budaya kolektif dalam proses kawalan perbelanjaan sehingga organisasi berjaya mendapat taraf audit cemerlang. Pendekatan penyelidikan kualitatif dilaksanakan sepenuhnya dalam kajian ini. Seramai tujuh orang peserta kajian telah dipilih iaitu tujuh orang guru besar di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan yang telah mendapat taraf audit kewangan cemerlang bagi tahun semasa. Kajian ini menggunakan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Data telah dianalisis menggunakan perisian Nvivo12. Dapatan menunjukkan bahawa amalan yang terkandung di bawah elemen ketegasan prinsip bagi komponen meningkatkan kesedaran ialah mempromosi kepentingan etika dan menggunakan medium komunikasi, manakala amalan yang muncul bagi bagi komponen visi peribadi pula ialah mempertahankan etika dan menggalakk.....
Article Published 2023 462 hits Available
5
Abstract
Media Sosial boleh diklasifikasikan sebagai media baharu dalam kehidupan masyarakat masa kini. Perkembangan teknologi digital menyebabkan wujudnya media sosial di dalam dunia siber. Medium ini juga merupakan salah satu bentuk interaksi yang baharu dalam kehidupan masyarakat kerana boleh berhubung tanpa perlu bersemuka dan berada di dunia maya. Media sosial juga dapat memudahkan segala urusan masyarakat sama ada urusan peribadi mahupun urusan pekerjaan. Walau bagaimanapun, kewujudannnya juga mampu memberi ancaman kepada masyarakat sekiranya disalahgunakan seperti jenayah siber, provokasi, fitnah dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat, mengenal pasti impak penggunaan media sosial dan langkah-langkah bagi membendung penyalahgunaan media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu data sekunder seperti laporan dari web rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akhbar dan artikel jurnal bag.....
Article Published 2023 1066 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar kelas perakaunan tingkatan empat bagi Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Prinsip Perakaunan (PP). Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti apakah tahap faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar iaitu merangkumi faktor sikap, motivasi dan kaedah pengajaran guru. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji hubungan ketiga-tiga faktor tersebut dengan prestasi pelajar. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif, di mana data yang dikaji datangnya daripada instrumen kajian seperti ujian topik lapan bagi MPEI PP dan borang soal selidik kepada 19 sampel kajian yang merupakan pelajar kelas perakaunan tingkatan empat bagi MPEI PP di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Lima, Sibu, Sarawak. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian merupakan hasil peratusan, kekerapan, skor min dan sisihan piawai manakala mengkaji hubungan bagi dua pembolehubah pula adalah menggunakan ujian Korelasi Pearson. Dapata.....
Final Year Project Published 2022 323 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik kepimpinan steward guru besar dalam pelaksanaan Sistem Kawalan Dalaman (SKD) bagi pengurusan kewangan di sekolah rendah. Kajian ini dijalankan di tujuh buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Hilir Perak yang telah berjaya mendapat taraf audit kewangan cemerlang tiga tahun berturut-turut. Pendekatan penyelidikan kualitatif dilaksanakan sepenuhnya dengan menggunakan kajian kes berganda yang berbentuk eksploratori. Seramai tujuh peserta kajian terlibat iaitu guru besar di tujuh buah sekolah rendah tersebut yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Dalam kajian ini, tujuh kerani kewangan dan tujuh juruaudit dalaman terlibat sebagai informan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah temu bual, senarai semak dan analisis dokumen. Data dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NVivo 12. Dapatan kajian mendapati sepuluh tema dan 67 kategori telah dibentuk bagi menunjukkan penerapan amalan terbaik kepimpi.....
Thesis Published 2025 154 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincang faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa universiti awam menggunakan media sosial, mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa universiti dan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman jenayah siber. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 30 orang Mahasiswa melalui perbincangan kumpulan fokus dari lima buah Universiti Awam terpilih dan informan elit yang terdiri daripada dua orang ahli akademik dan dua orang pegawai PDRM. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor penggunaan media sosial oleh mahasiswa adalah untuk mencari hiburan, berkomunikasi, mencari dan berkongsi maklumat, mengikuti isu semasa, menjana pendapatan dan membeli barangan atas talian. Antara bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa adalah melalui panggilan telefon, penghantaran mesej, penggodaman akaun media s.....
Thesis Published 2025 159 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.