UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, kartun, poster dan risalah yang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan umum sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan Sejarah Seni menjadi paradigma penyelidikan. Dokumentasi visual merupakan sumber utama bagi penganalisisan data. Visual propaganda dianalisis secara kritis dan menyeluruh dengan menggunakan kaedah analisis formal dan kontekstual. Sebanyak 96 visual propaganda telah dikesan di sepanjang tempoh pendudukan. Namun, hanya 63 visual yang menepati kriteria Indikator Pemilihan Visual yang dibangunkan pada kerangka konsepsual, dipilih untuk dianalisis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa .....
Thesis Published 2016 2505 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi-puisi Tri-V (verbal,vokal,visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) menerusi penerapan teori sastera moden iaitu stilistik dan teksdealisme. Objektif kajian terarah kepada mengidentifikasi bentuk-bentuk deviasi, pemikiran serta individualisme yang terdapat dalam karya puisi beliau. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis kandungan berhubung unsur penyimpangan bahasa menerusi pendekatan Donald C. Freeman iaitu fonologi, leksikologi, sintaksis, semantik, morfologi dan grafologi. Analisis juga melibatkan teknik bacaan rapi terhadap empat buah kumpulan puisi AGI iaitu Tan Sri Bulan (1976), Tak Tun (1978), Yang Yang (1986) dan Takkan Hilang (2008) bagi mengenalpasti prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan serta individualisme penyair. Kajian mendapati variasi gaya bahasa serta penyimpangan yang dicipta oleh AGI dalam puisi-puisi Tri-V nukilan beliau banyak menyimpang daripada hukum tatabahasa dan aturan bent.....
Thesis Published 2016 3728 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi profesional guru mata pelajaran Reka Cipta di sekolah menengah berdasarkan penilaian kendiri guru dan penilaian profesional pentadbir sekolah terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 270 guru dan 270 pentadbir yang telah dipilih secara rawak berstrata berdasarkan kategori jawatan, lokasi, umur dan tahun pengalaman mengajar. Instrumen kajian iaitu dua set soal selidik dibangunkan berdasarkan Model Standard Kompetensi Guru Malaysia. Soal selidik disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakan indeks Alpha Cronbach, α=0.84-0.97 untuk domain-domain yang diuji. Oleh itu, instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasar penilaian kendiri, guru bersetuju bahawa mereka memiliki sikap profesional (M=4.01,SP=0.46), diikuti pengetahuan profesional (M=3.89,SP.....
Thesis Published 2019 2372 hits Available
4
Abstract
This paper aims to discuss an approach of propaganda used by the military regime of Japan (Dai Nippon), during the liberation campaign of Greater East Asia in Malaya in the timespan of 1942 to 1945. The methods used is through the impact and influence of visuals as a platform of effective indoctrination. The strategy is known as Minshin Ha’aku (winning the hearts of the people) and Senbu Kosaku (indoctrination and subduing of the people), the propaganda that attacked Western exploitation of Asia and the West lack respect of Asian peoples and culture. Hence, portrayed Japan as the liberator and leader of a newly united Asia. Freedom from White Domination, freedom from injustice and oppression. The Japanese regime, through the Department of Propaganda (Senden-Bu) is a unit that is responsible to enforce this program, through rigid censorships before it reaches the masses. Hence, this paper systematically analyses the visuals as a propaganda entity that can persuade the people of Malaya.....
Article Published 2020 2506 hits Available
5
Abstract
Kajian kuantitatif ini bertujuan menganalisis perbezaan sikap terhadap matematik dan tingkah laku semasa menyelesaikan masalah matematik mengikut jantina dan aliran serta menentukan hubungan antara sikap terhadap matematik dan tingkah laku semasa menyelesaikan masalah matematik dengan pencapaian matematik murid tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan korelasi. Seramai 350 orang murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Selangor, Selangor dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan Soal Selidik Sikap Terhadap Matematik, Soal Selidik Tingkah Laku semasa Menyelesaikan Masalah Matematik dan Ujian Pencapaian Matematik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dan statistik inferensi iaitu Analisis Varians Dua Hala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min sikap terhadap matematik.....
Thesis Published 2020 1939 hits Available
6
Abstract
Keusahawanan telah dikenal pasti sebagaipenyumbangutamapekerjaan,inovasidan pertumbuhandanpembangunanekonomiyangmampan.Kajianiniadalahuntuk mengenalpastielemen-elemenpendidikankeusahawanandankeupayaan keusahawananyangmempengaruhihasratkeusahawananpelajarKolejPolyTech MARABangi.KerangkakajianinitelahdibinaberpandukandasarPelanTindakan KeusahawananInstitusiPendidikanTinggi2016-2020sebagaipembolehubahbebas, iaitukurikulumkeusahawanan,kaedahpengajaran,perananinstitusipendidikan dalammempromosikanpendidikankeusahawanandankeupayaankeusahawanan untukmengujihasratkeusahawananpelajar.ModelPengajaranPendidikan KeusahawanandanTeoriPerlakuanTerancangsebagaidasarkepadakajianini.Soal selidiktelahdiedarkankepada40pelajarsebagairespondenbagikajianrintisdan305 orangrespondenbagikajiansebenarmenggunakankaedahpersampelanbertujuandan persampelanmudah.Datadianalisismenggunakananalisisdeskriptifbagi menentukantahapkecenderunganhasratkeusahawananpelajarmanakalaanalisis inferensikorelasidanregre.....
Thesis Published 2022 864 hits Available
7
Abstract
Rapid technological advances are having an impact on the field of education. Multimedia courseware is a widely used option to help facilitate teaching and learning in the classroom. A large selection of courseware that covers many learning topics makes it easier for teachers to use it. The use of courseware that includes multimedia elements such as text, images, audio, and video, to some extent, can attract students and help their understanding process, in addition to its easy access on various platforms. However, little comprehensive analysis of digital courseware usage, especially in geography subjects for secondary school students. To the best of the authors’ knowledge, no comprehensive analysis understands the use of digital courseware among students in geography subjects. Therefore, this systematic literature review aims to examine the use of courseware in the teaching and learning process of Geography subjects for secondary school students. The search strategy was made to gathe.....
Article Published 2023 759 hits Available
8
Abstract
Makalah ini mengaplikasi pendekatan semiotik sebagai kaedah dalam menginterpretasi puisi konkrit Tri-V (verbal-vokal-visual) “Gakgakgak” ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI). Fragmen penelitian dibahagikan kepada dua. Pertama meneliti kaedah penganalisisan pendekatan semiotik. Kedua menganalisis maksud-maksud perlambangan yang dikonstruk dalam puisi Tri-V “Gakgakgak”. Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan terhadap kedua-dua fragmen di atas, didapati pendekatan semiotik memainkan peranan untuk mengkategorikan tanda serta petanda dalam merungkai makna tersurat mahupun tersirat dalam puisi “Gakgakgak”. Dapatan kajian mendapati, puisi ini cuba mengangkat suara masyarakat bawahan dalam memprotes serta menuntut hak mereka yang sekian lama dirampas serta dinafikan. Kesemua elemen ini dikenal pasti berdasarkan pentafsiran kodifikasi pendekatan semiotik. Secara kesimpulannya, puisi Tri-V AGI merupakan karya yang unik dan sarat dengan perlambangan serta sesuai untuk ditekuni ol.....
Article Published 2023 420 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.