UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

9 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini berkenaan dengan pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), 1915-1941. Perbincangan menjurus kepada latar belakang MAIK dan peranannya dalam pencegahan masalah sosial di Kelantan. Bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan, masalah salah laku seksual turut dibincangkan yang melibatkan masalah khalwat, bersekedudukan, pelacuran dan rogol. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dalam kaedah ini, pengkaji melakukan analisis ke atas sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia. Sumber-sumber primer berkenaan adalah terdiri daripada fail-fail MAIK, rekod-rekod kolonial seperti fail Colonial Office, Annual Report of Kelantan, fail-fail kerajaan negeri Kelantan dan fail-fail laporan MAIK. Selain itu, pengkaji juga menjalankan kajian di perpustakaan universiti awam untuk membuat analisis ke atas penyelidikan terdahulu. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa MAIK telah melaksanakan undang-unda.....
Thesis Published 2017 1753 hits Available
3
Abstract
Majelis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) merupakan sebuah parti politik Islam di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1943 ketika pendudukan Jepun, sebelum disahkan kewujudannya oleh kerajaan selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Masyumi juga sangat berpengaruh di Tanah Melayu, malah beberapa pemimpin Masyumi juga dikaitkan dengan penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Masyumi dalam penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1948. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis pelbagai sumber primer dan sumber sekunder. Kajian menunjukkan bahawa kedatangan beberapa pemimpin Masyumi ke Tanah Melayu bukan sahaja bertujuan untuk menubuhkan parti politik Islam pertama di Tanah Melayu iaitu Hizbul Muslimin, tetapi dalam masa yang sama mahu menubuhkan cawangan Masyumi di Tanah Melayu. Kyai Haji Mashoor Azhari, seorang lulusan Universiti al-Azhar di Kaherah yang berasal dari Su.....
Article Published 2018 1218 hits Available
4
Abstract
In this study, an interactive mobile learning web-based system will be developed, 'Basic French-Malay Words,' especially for the first-timer students taking French subjects in schools or universities. The goal of this system's development is to learn the challenges that Malay language students have understanding French as a foreign language utilising existing traditional approach. To address this issue, the initial goal of this research is to establish the system requirements that will make a good learning platform. The next step is to create a mobile learning web-based system that will assist students in overcoming the challenges that arise. The final goal is to assess students' and educators' satisfaction with the application's usefulness. As a result, the purpose of this research is to design and construct a mobile web-based system for students to learn French in Malay. The methodology used for identifying the requirements is from the literature review content analysis and interview.....
Article Published 2021 1031 hits Available
5
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenalpasti  persepsi  guru  Pendidikan  Islam  sekolah rendah  di  Daerah  Kuala  Kangsar  terhadap  kefahaman  dan  kesediaan  pelaksanaan pengajaran   abad  ke-21  serta  hubungan  di  antara  persepsi  guru  Pendidikan  Islam terhadap   kefahaman    dan   kesediaan   dalam   pelaksanaan   pengajaran   abad   ke-21. Pendekatan  kuantitatif  dengan   kaedah  tinjauan  telah  digunakan  dalam  kajian  ini. Pemilihan  sampel  secara  rawak  mudah  melibatkan  140  orang responden  di  sekolah rendah  Daerah  Kuala  Kangsar.  Data  dikumpul   melalui  soal  selidik  dan  dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.  Statistik deskriptif melibatkan skor  min,  sisihan  piawai,  frekuensi  dan  peratus  manakala   statistik  inferensi  pula melibatkan  ujian  korelasi  Pearson  yang  menerangkan  hubungan  di   antara  persepsi guru.....
Thesis Published 2021 4221 hits Available
6
Abstract
This study aimed to explore and enlist factors of academic stress among primary school students. A qualitative exploratory research which utilized focus group interviews as a mean of collecting data was carried out. A total of 80 primary school students were selected from two public primary schools in Kuala Lumpur and one private primary school in Selangor. Students were divided into groups of 10 students each for focus group interviews. The data was analyzed using Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). Results from analysis revealed six superordinate themes of academic stress among primary school students; (1) Teachers related stress, (2) Family and home environment related stress, (3) School related stress, (4) Stress arise from hectic schedule, (5) Stress due to excessive leisure activities and (6) Peers related stress. There were also fourteen sub-themes. As a conclusion, some of the academic stress issues experienced by primary school students were common issues.....
Thesis Published 2021 2715 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Kepimpinan Teknologi Guru Besar dengan Penggunaan WhatsApp guru sekolah rendah Daerah Marang Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kajian ini melibatkan 292 sampel yang dipilih daripada kumpulan populasi seramai 1068 orang guru. Pengambilan sampel dilakukan menerusi teknik persampelan rawak berstrata dalam kalangan guru yang berkhidmat di lapan buah sekolah rendah Zon Bukit Payong dan lapan buah di Zon Marang. Pengumpulan data adalah menerusi instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Technology Leadership Assessment [PTLA] berasaskan National Educational Technology Standards for Administrators [NETS-A] dan Unified Theory of Acceptance and Use of Technology [UTAUT]. Dapatan kajian menunjukkan min bagi Kepimpinan Teknologi (4.09), Niat Tingkah Laku (3.79) dan Tingkah Laku Penggunaan (3.74) adalah berada di tahap tinggi. Korelasi Pearson bagi Kepimpinan Teknologi dengan Niat.....
Thesis Published 2023 1997 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengaplikasian peta alir terhadap penulisan karangan naratif murid tahun lima. Reka bentuk kajian kuantitatif berdasarkan kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuasi eksperimen dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas rawatan. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sampel murid terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 30 orang murid begitu juga dengan kumpulan kawalan. Praujian dan pascaujian dijalankan terhadap kedua-dua kumpulan. Kumpulan rawatan diajar dengan menggunakan aplikasi peta alir, manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan peta alir. Bagi mendapatkan data kesan pengaplikasian peta alir terhadap skor penulisan karangan murid, analisis Ujian-t 2 Sampel Bersandar terhadap perbezaan skor min pencapaian karangan d.....
Thesis Published 2023 1544 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) berdasarkan analisis faktor. Berdasarkan penerokaan kajian lepas, konstruk dan item yang dikenalpasti menyumbang kepada Pembudayaan Inovasi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah TS25 berjaya dibangunkan. Soal selidik telah disahkan melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen yang melibatkan 9 orang pakar, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan Alpha Cronbach serta faktor analisis instrumen telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 26.0. Seramai 120 orang guru Pendidikan Islam sekolah rendah TS25 terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati keputusan ujian Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) dan Bartlett terhadap semua angkubah adalah signifikan dengan nilai KMO=0.911 (p = 0.000), yang menunjukkan nilai 0.90 ke atas adalah amat baik. Keputusan.....
Article Published 2024 348 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.