UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

1
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan menginterpretasi isu yang menjadi argumentasi dalam masyarakat melalui bentuk penghasilan karya visual hitam putih. Gabungan teknik konvensional dan perkembangan teknologi terkini sebagai medium merakamkan imej fotografi, meningkatkan pembangunan seni visual tempatan dalam memperkenalkan kepelbagaian teknik melalui penghasilan karya. Artis rujukan yang terlibat dalam kajian ini adalah Angelíca Dass, Andy Warhol, Mikio Hasui, Raghubir Singh, Mohd Azlan Mohd Latib, Nirmala Shanmughalingam dan Ismail Zain. Penerokaan idea yang dirujuk melalui artis rujukan adalah melalui tema kemanusiaan menjadi hubung kait argumentasi lokaliti dikembangkan melalui penghasilan karya eksperimentasi dari sudut kepelbagaian teknik. Metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah penyelidikan studio yang berasaskan eksperimentasi, pandangan kritis refleksi kendiri dan ulasan kontekstual. Konsep teori fotografi hitam putih dan konsep seni appropriation dijadikan .....
Thesis Published 2021 1161 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti komponen dan elemen bagi membangunkan reka bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan Google Site bagi kursus landskap pembinaan di Politeknik Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kerangka TPACK dan di sokong oleh Teori Kognitif, Behaviorisme dan Konstruktivisme serta kajian-kajian lepas sebagai asas kepada pembentukan kerangka konseptual kajian. Data kajian ini di kumpul menggunakan kaedah borang soal selidik. Seramai 15 orang pakar sebagai responden kajian terdiri yang daripada pensyarah kolej komuniti, pensyarah politeknik, pakar industri dalam bidang landskap, pakar dalam iCT dan pakar bahasa yang telah menjawab soal selidik kajian. Kaedah Fuzzy Delphi dengan skala Likert 7 mata telah digunakan untuk menganalisa data kajian. Analisis Triangular Fuzzy Number menggunakan templat Analisis FDMv2.0 digunakan sebagai perisian. Hasil analisis data kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga komponen tersebut .....
Thesis Published 2025 186 hits Available
3
Abstract
The main purpose of this research is to identify percentage, their relationships between obesity and lifestyle in primary schools. This research specifically identifies significant differences between Body Mass Index (BMI) in the primary school the relationship between lifestyle factors of nutrition, corelation between physical activities. This study was conducted with the participation of female students (n=380) in seven schools in negeri Kedah Darul Aman; SK Convent Father Barre, SK Kulim, SK Pendang, SK Kuala Kethil, SK Ayer Hitam, SK Titi Gajah, dan SK Langkawi. The statistical procedures used in this study included frequency, means, percentages and t- test. The result shows (n=141; 37.1 %) under weight, (n=131; 34.5 %) is normal. However (n=1; 0.3%) is over weight. There are (n=56; 14.7%) is having a risks and (n=43; 11.3%) are obes level I and (n=8; 2.1%) are obes level II. The result reveals that there is a correlation and significant between ‘Indeks Jisim Badan’ and Physica.....
Thesis Published 2009 6344 hits Available
4
Abstract
Beliau pernah menyatakan keinginannya untuk mencipta pantun yang pembayang maksudnya menggunakan nama-nama kampung di Pahang- dart 'kemuncak air meleleh hingga ke ombak menghempas'. Namun hasratnya ini tidak dapat disempurnakan. Sehingga saat kematiannya, hanya sekitar 140 bait pantun sahaja yang sempat disiapkan, yang tercantum di dalamnya kira-kira 180 nama tempat di negeri Pahang. Mengapakah begitu istimewa sekali kampung-kampung di Pahang ini bagi Pak Zakaria Hitam, Budayawan Pahang yang terkenal itu? Barang siapa yang pernah sempat bertemu dengan beliau, dengan mudah dapat memberikan jawapan bagi pertanyaan ini. la bermula daripada rasa kecintaan beliau yang amat besar terhadap negeri tumpah darahnya ini yang seterusnya menyebabkan beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya mendokumentasikan pusaka warisan sastra dan budaya tradisional negeri ini untuk tatapan generasi yang akan datang. Beliau tidak jemu-jemu mengumpul dan memperkatakan cerita-cerita rakyat, lagenda, pantu.....
Conference Item Published 2001 1480 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka pemikiran visual pelajar Biologi terhadap konsep abstrak osmosis. Antara objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola pemikiran visual pelajar apabila mereka melihat dan membaca konsep abstrak tersebut. Seramai 15 orang responden dipilih dari dua buah sekolah dengan menggunakan persampelan stratifikasi bertujuan. Pelajar ini mewakili kumpulan yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah tugasan osmosis dan protokol temu bual semi berstruktur. Setelah data dianalisis secara deskriptif, kajian mendapati responden telah menunjukkan suatu pola pemikiran visual yang ketara. Secara keseluruhannya, 73% responden memaparkan visual dengan reka bentuk eksperimental manakala 27% responden melakarkan visual dengan reka bentuk ilustrasi. 40% responden yang berpencapaian tinggi mempunyai visual jenis holistik. 60% hingga 80% responden yang berpencapaian sederhana dan rendah pula mempunyai visual jeni.....
Article Published 2012 2006 hits Available
6
Abstract
Sejarah kerajaan Melayu seperti yang tercatat dalam historiografi traditional terdapat bukti yang menunjukkan peranan wanita sebagai penyelamat atau penyebab berlakunya suasana politik yang tidak stabil. Di sebalik institusi Di Raja Malaysia, wanita turut berperanan penting, bukan sekadar di sebalik tabir, bahkan sejarah membuktikan ada kalangan wanita yang menjadi peneraju dan tunjang negara. Mereka bukan sahaja berdiri di sisi lelaki yang bergelar suami atau raja, tetapi mereka juga mampu berdiri sebagai raja atau sultan. Di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang menjadi "ikon" wanita yang berperanan sebagai pemerintah. Puteri Sa'dong tidak kurang pentingnya dalam mempertahankan keutuhan dan kedaulatan Institusi Di Raja Kelantan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, muncul beberapa orang wanita yang berperanan penting, antaranya Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan mendamaikan persengketaan di antara dua pihak yang bertelagah dan menyatukan komponen politik serta turut mempengaru.....
Article Published 2014 1161 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup.....
Thesis Published 2014 2100 hits Available
9
Abstract
Penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti identiti visual karya-karya yang terbina melalui karya Ahmad Shukri Mohamed. Sebanyak 5 buah karya yang menggunakan media campuran iaitu Hope Dishonest I (1988), Cabinet V (1991), Insert Diskette Series (1996), Sidang Rakyat Series #1 (People’s Forum) (2002) dan Papan Hitam: Hari Pertama Sekolah Negaraku (2015). Kesemua karya-karya yang dipilih adalah merujuk kepada tempoh keatifan atau konsistensi pengkarya di dalam menzahirkan karya-karya visual dalam pelbagai isu semasa di Malaysia. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mendokumentasi, menganalisis dan menginterpretasi bentuk karya visual dalam kerangka seni moden Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kerangka konsep yang diadaptasi daripada Erwin Panofsky (1995) dan Muliyadi Mahamood (2007). Objektif penyelidikan pula adalah mengenal pasti rupa bentuk fizikal karya, aspek formalistik dan konteksnya dengan perkembangan seni moden Malaysia. Penyelidikan ini cuba melihat ekspres.....
Thesis Published 2022 1958 hits Available
10
Abstract
Warna merupakan elemen asas dalam penghasilan sesebuah karya seni kerana tujuan penggunaan setiap warna membawa maksud yang berbeza. Sejak zaman dahulu, kaligrafi arab atau khat sering dikenali dengan penggunaan warna hitam dan putih. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perubahan yang mampu dibawa dengan mengaplikasikan elemen warna dalam seni kaligrafi oleh para pengkarya dan seniman Islam. Metod yang digunakan bagi memperoleh informasi kajian adalah daripada sumber artikel jurnal dan laman web yang berautoriti serta perpustakaan dalam talian. Hasil kajian mendapati bahawa karya seni kaligrafi arab yang berwarna-warni telah menarik minat penggemar seni daripada segenap lapisan masyarakat. Hal ini menunjukkan bahawa dengan sedikit sentuhan warna, seseorang seniman mampu menghasilkan karya teragung. Kata kunci: warna, seni, kaligrafi, arab, islam..
Article Published 2023 616 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.