UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Ismail Abdul Munir Jemali Misnan Daud Mohd Noor |
1 | 2014 article | Dakwah ibu bapa kepada anak-anak kajian dalam kalangan suku Banjar daerah Krian, Perak, Malaysia Ismail Abdul Munir, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Kajian ini menganalisis pengamalan dalam kalangan ibu bapa suku Banjar dalam mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 160 responden dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam kalangan suku kaum Banjar Daerah Kerian, Perak. Hasil kajian mendapati ibu bapa suku Banjar bersikap tegas dan istiqamah dalam mengajar, mendidik dan menasihatkan anak-anak dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden suku Banjar mengajar solat sejak kecil hingga baligh, 98% menanamkan akidah dengan betul, 99% dilatih menghormati dan menyayangi orang tua, 72% mengajar mengaji al-Quran sehingga tamat, 93% dilatih berpuasa sejak kecil dan 89% dilatih berpakaian menutup aurat. Implikasi kajian kepada ibu bapa, anak-anak dan masyarakat turut dibincangkan... 2851 hits |
2 | 2016 article | Perlaksanaan kurikulum tajwid di sekolah-sekolah pondok negeri Perak Abd Ghani Abd Rahman, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan... 3584 hits |