AbstractPerakaunan isirumah tidak mendapat tumpuan dari para penyelidik kerana ia tidak berkait dengan aktiviti menjana keuntungan Hopwood (1994). Jesteru, kajian ini mengkaji potensi amalan perakaunan di kalangan isirumah di Malaysia dan kajian ini telah melibatkan 218 keluarga di mana setiap ketua isirumah diminta untuk melengkapkan borang soalselidik. Perbincangan dengan pihak perbankan dan perunding kewangan juga telah diadakan. Dalam bahagian pertama, empat aspek perakaunan telah dikaji iaitu belanjawan, penyimpanan rekod, pembuatan keputusan dan perancangan kewangan jangka panjang. Kajian ini mendapati ke empat-empat amalan tersebut telah menjadi amalan isirumah di Malaysia terutama amalan penyediaan belanjawan walaupun tidak selengkap amalan yang dilakukan oleh entiti perniagaan. Kesan daripada amalan ini, isirumah berada dalam keadaan yang positif seperti permuafakatan bersama pasangan dalam pengurusan kewangan keluarga, hubungan sesama isirumah menjadi semakin harmoni dan keputusan ya.....