UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenalpasti  hubungan  amalan  pengajaran  guru  mengikut persepsi   pelajar  dan  sikap  pelajar  terhadap  pencapaian  Ekonomi  Asas  di antara  Sekolah Menengah  Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) di Pulau Pinang. Persampelan  kajian terdiri daripada 125 pelajar Tingkatan 5 daripada empat buah sekolah SMK dan 125 pelajar  Tingkatan 5 daripada tiga buah sekolah SMJK di Pulau Pinang.  Kajian  menggunakan  kaedah  tinjauan   dan  data  diperoleh  dengan  menggunakan soal  selidik.  Instrumen  yang  digunakan  dalam  soal   selidik  kajian  ini  mengandungi  dua bahagian  iaitu  amalan   pengajaran   guru   mengikut    persepsi   pelajar  yang  dibangunkan berdasarkan  instrumen  soal  selidik  Wan  Mohd  Rani   Abdullah,  (1989) dengan  nilai alpha Cronbach 0.875 dan sikap pelajar terhadap Ekonomi  Asas yang  dibangunkan  berdasarkan instrume.....
Thesis Published 2010 3513 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji keberkesanan modul Pengurusan Kewangan (modul FM) berasaskan strategi flipped classroom terhadap pengetahuan dan kemahiran guru Matematik tingkatan empat. Pendekatan Rekabentuk dan Pembangunan (PRP) yang merangkumi tiga fasa digunakan dalam kajian ini. Fasa analisis keperluan melibatkan kajian tinjauan terhadap 30 orang guru Matematik dalam kajian rintis dan 115 guru Matematik dipilih secara pensampelan rawak mudah dalam kajian sebenar. Dapatan analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan membangunkan modul FM. Seterusnya, fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 12 pakar dari pelbagai bidang dalam menentukan komponen dan elemen modul FM menggunakan FDM (Fuzzy Delphi Method) diikuti dengan kesahan kandungan modul oleh lima orang pakar. Dapatan memaparkan peratus kesepakatan pakar melebihi 75% dan nilai threshold kurang daripada 0.2 bagi komponenkomponen serta elemen-elemen iaitu berada pada tahap yang sesuai dan peratus kesahan kandung.....
Thesis Published 2024 850 hits Available
3
Abstract
Kesukaran mengalihkan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus sering dihadapi para penterjemah dalam proses penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza struktur tatabahasanya. Hal ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang mempunyai kala sedangkan bahasa Melayu bukan bahasa berkala. Tiga korpus dipilih dalam kajian ini, iaitu Novel al-Ayyam karya Taha Husayn  dalam bahasa Arab dan dua teks terjemahannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Kajian ini bertujuan melihat kaedah penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah amatur ketika berhadapan dengan masalah ini di samping membandingkannya dengan kaedah yang digunakan oleh penterjemah professional. Perbezaan dan persamaan pengungkapan kala kata kerja, kata kerja bantu, dan modus ditentukan berdasarkan analisis nahu kontrastif (nakon) yang meliputi aspek bentuk, makna dan pola kata kerja. Kerangka teoritikal yang digunakan ialah prosedur transposisi, modulasi, reduksi, ekspansi, dan literal. Dapatan kajian menunj.....
Thesis Published 2013 315 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan perbahasan Bahasa Tamil kalangan pelajar Tingkatan 3 melalui penggunaan teknik ToHuCoKeP. Seramai 30 murid dari sebuah sekolah daerah Johor Bahru dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak. Daripada laporan analisis item soalan pertengahan tahun membuktikan kebanyakan pelajar di sekolah tersebut mempunyai masalah penulisan karangan perbahsan. Kajian menggunakan reka bentuk kualitatif dengan instrumen ujian pra, ujian pasca, temu bual, dan analisis dokumen. Data dianalisis secara statistik deskriptif (peratusan) dan tematik. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara selepas enam kelas intervensi, dengan semua murid menunjukkan penguasaan yang kepujian dalam mengolah isi, 82% dalam pengurusan struktur karangan, dan semua muridmempunyai peningkatan dari segi keseluruhan markah. Enam belas murid mendapat tahap penguasan cemerlang iaitu antara 33 hingga 40 markah selepas penggunaan teknik ToHuCoKeP dalam karanga.....
Thesis Published 2025 104 hits Available
5
Abstract
Naratif telah menjadi satu ciri yang sangat menonjol dalam sejarah seni visual. Pelukis pada masa kini terus melibatkan diri dengan naratif untuk bercerita dan mengungkap suatu ungkapan agar menjadi lebih hebat dan menarik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan memahami apakah ciri-ciri atau konsep yang digunakan dalam struktur karya naratif. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk memahami bagaimana perbezaan sifat pelukis yang menggunakan konsep naratif bagi menggambarkan karya mereka sebagai salah satu bentuk penceritaan mengenai subjek sama ada dalam konteks pengalaman peribadi, budaya popular, peristiwa sejarah, fantasi, fiksyen dan dunia. Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk memahami bagaimana semua maklumat tersebut boleh digunakan dalam memahami karya-karya yang dihasilkan oleh penyelidik meliputi pemahaman bergambar, struktur imej dan berkaitan dengan pembuatan maknanya. Para pelukis seperti David Salle, Christian Boltanski, Tim Barney, Jailani Abu Hass.....
Article Published 2016 1949 hits Available
6
Abstract
Seperti yang dikatakan oleh Winsted kita tidak mungkin dapat rnemahami pemikiran dan budaya Melayu tanpa rnemaharni pantun. Di dalam pantun tercerrnin segala pemikiran, budaya dan tingkah laku bangsa Melayu. Pantun pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pantun berkait dan pantun biasa. Pantun berkait agak istimewa kerana ia mengungkap pemikiran yang panjang dan ada narasi. Oleh kerana pantun berkait panjang, sulit dihafal. Oleh yang dernikian, hari ini tidak banyak lagi pantun berkait yang hidup dalarn masyarakat. Penyelidikan saya rnendapati pantun Anak Ayarn, Pantun Berbilang Hari, Pantun Anak Indung dan Pantun Bandan adalah empat buah pantun berkait yang rnasih ujud dalarn bentuk lisan di Malaysia. Pada tahun 1997 -99 penulis bersama Prof Muharnad Haji Salleh melakukan suatu projek penyelidikan (IRPA) agak besar yang meliputi kajian asal-usul, penyebaran, seiarah, alarn pantun, pantun mantera, dan pantun peribahasa, pantun rnutahir di seluruh Nusantara. Kami telah melakukan penyel.....
Conference Item Published 2001 1538 hits Available
7
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan terhadap struktur dan pernikiran dalam lagu rakyat Dallingdalling. Dalling-dalling merupakan lagu rakyat masyarakat Suluk yang terdiri daripada bait-bait puisi tradisional. Teori Teksdealisme digunakan untuk melihat lapisan idea dalam lagu. Pandangan Za'ba pula untuk melihat sarna ada struktur Dalling-dalling ini menepati ciri pantun atau sebaliknya manakala pemikiran berpandukan gaya bahasa yang digunakan. Dalling-dalling ialah tajuk lagu dan juga tarian yang dipanggil tarian Dalling dalling. Tarian Dalling-dalling diiringi dengan lagu Dalling-dalling di mana kadang kala dinyanyikan secara spontan tanpa sebarang tarian. Lagu ini dinyanyikan ketika majlis keramaian. Tema Dalling-dalling ialah tentang kecantikan wanita dan juga tentang percintaan. Fungsinya adalah untuk menyindir, menegur dan memberi nasihat kepada khalayak. Dalling-dalling menggunakan kiasan berbentuk perbuatan. Berbeza dengan puisi tradisional Melayu, unsur flora dan fauna sering digunakan n.....
Thesis Published 2015 1733 hits Available
8
Abstract
Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Makalah ini mengupas segala pantang larang orang Melayu yang masih relevan dan patut diamalkan dari perspektif Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) melalui empat aspek, iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pemikiran kerohanian berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan, hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, sebagai hamba (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain sebagai khalifah (hablumminannas). Pemikiran kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan. Pemikiran kekreatifan pula melihat.....
Article Published 2014 962 hits Available
10
Abstract
Kajian ini merupakan kajian kes yang mengkaji proses pemerolehan leksikal bahasa Jepun melalui Penceritaan Digital (Digital Storytelling). Penceritaan Digital merupakan kaedah mencipta dan menyampaikan cerita dengan menggunakan peralatan teknologi. Matlamat kajian ialah untuk mengenalpasti kategori golongan kata (leksikal) yang terhasil dan menganalisis proses pemerolehan leksikal ketika pembikinan Penceritaan Digital. Seramai 9 orang pelajar dari sebuah universiti tempatan di Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun sebagai subjek elektif dipilih menjadi sampel kajian. Kajian ini berdasarkan pendekatan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) dan pendekatan 'Social Constructivist' serta mengambil kira konsep kata (leksikal) bahasa Jepun oleh Tomita, (1996); Thaiyibah Sulaiman & Kami, (1997); Iori et al, (2000) dan juga proses pembikinan Penceritaan Digital Teehan (2006). Data dikumpul melalui pemerhatian, rakaman audio dan data teks hasil kerja pelajar (pemetaan Konsep, Papan .....
Thesis Published 2015 3891 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.