UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

404 record(s) found

1
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK (Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahap  kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11  tahun. Program SPARK yang mengandungi empat aktiviti kecergasan fizikal dan empat aktiviti  kecergasan kemahiran yang telah dijalankan selama lapan (8) minggu di empat buah sekolah rendah di  Teluk Intan, Perak. Kajian ini berbentuk true experimental pre and post control group design.  Sampel kajian terdiri daripada 240 murid yang telah dipilih berdasarkan kaedah ‘intact sampling’  iaitu dalam keadaan di mana semua murid yang terdapat dalam lapan buah kelas dalam darjah lima (5)  di empat buah sekolah dikekalkan sebagai subjek kajian. Subjek kajian seterusnya dibahagikan kepada  kumpulan rawatan (n=120) dan kumpulan kawalan (n=120) secara rawak. Data dianalisis dengan  menggunakan ANCOVA Dua Hala. Dapatan k.....
Thesis Published 2018 12743 hits Available
2
Abstract
Objektif kajian ini ialah untuk meneliti penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu dan Bahasa Isyarat Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak bermasalah pendengaran di peringkat intervensi awal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih untuk menjawab dua persoalan kajian. Dua set instrumen telah digunakan untuk memperolehi maldumat penguasaan Bahasa Melayu dan faktor yang mempengaruhinya. Seramai lima orang kanak-kanak bermasalah pendengaran, empat orang guru dan tiga orang ibu bapa dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang lebih baik berbanding murid-murid bermasalah pendengaran yang menguasai Bahasa Isyarat Malaysia. Kajian juga mendapati faktor ibu bapa, diri murid, guru dan persekitaran mempengaruhi penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu. Implikasi kajian ini menunjukkan.....
Thesis Published 2015 4090 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenal, menguji dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal matematik kanak-kanak autistik prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif kuasi eksperimen dengan reka bentuk pengukuran berulang dalam subjek (within subject repeated measures design). Sampel kajian adalah seramai 15 orang kanak-kanak autistik pra sekolah di Melaka. Ujian Pra, Ujian 1, Ujian 2 dan Ujian Pasca digunakan sebagai instrumen. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa di mana rawatan diberikan dalam tempoh enam minggu dalam setiap fasa. Setiap fasa menggunakan pelbagai media cetak seperti Poster, Sampul Angpau, Kad Parkir, Kalendar Papan, Kalendar Flip, Tiket, Penanda Buku, Buku Manik, Kad Permainan, Foto, Brosur dan My Magic Album. Data dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan ANOVA sehala dengan pengukuran berulang. Tahap signifikasi Mauchly's Test ditetapkan pada p..
Thesis Published 2015 3193 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitati.....
Thesis Published 2014 2730 hits Available
10
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan Tangram bagi membantu pemahaman konsep bentuk asas geometri dari aspek pencapaian dan minat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian adalah menggunakan eksperimen kuasi, iaitu kaedah permainan secara manipulatif bagi kumpulan kawalan dan kaedah permainan secara maya bagi kumpulan rawatan. Data pencapaian kanak-kanak dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang setara manakala data untuk pemboleh ubah minat dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian tingkahlaku. Seramai 60 orang kanak-kanak prasekolah telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah diasingkan secara rawak kepada dua kumpulan setara, iaitu seramai 30 orang dalam setiap kumpulan, kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perbezaan min pencapaian kanak-kanak dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan walaupun .....
Thesis Published 2016 2203 hits Available
First Prev
Page 1 of 41

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.