UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

13 record(s) found

1
Abstract
Bidang keibubaaan dan asuhan anak telah menimbulkan minat yang tinggi dalam hampir semua disiplin sains tingkahlaku. Pengalaman awal diberi keutamaan dalam: i. Teori perkembangan personalit Freud (Freud 1938 1964, 197h; Ernde, 1992; Nagel, 1994) ii. Bidang antropologi (Kardiner, 1939; Valsiner, 1987) lii. Bidang sosiologi (Kohn, 1963; Claussen & Williams, 1963; Fisher, 1984; Bandura , 1986; Forbes & Block, 1990)..
Conference Item Published 2003 1888 hits Available
2
Abstract
Program Pembiayaan kredit mikro merupakan alat berkesan signifikan dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi kemiskinan. Program ini menawarkan akses modal kepada usahawan berserta perkhidmatan tambahan lain yang diperlukan untuk pembangunan usahawan. Di Malaysia, program ini ditawarkan oleh banyak pihak termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selaku institusi perintis sejak tahun 1987. Institusi ini didapati telah berjaya merealisasikan objektif penubuhan berdasarkan statistik usahawan yang dilahirkan dengan sebilangan daripadanya bergelar jutawan. Berdasarkan pencapaian ini, maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan tersebut. Memandangkan pembiayaan AIM cenderung kepada usahawan wanita, maka faktor-faktor yang dikaji adalah berorientasikan faktor kejayaan pemiagaan Khadijah Bint Khuwaylid. Bagi mencapai objektif ini, seramai 415 orang usahawan wanita Muslim yang mendapat pembiayaan daripada AIM dipilih sebagai res.....
Thesis Published 2013 3739 hits Available
3
Abstract
This study was conducted to determine the effectiveness of blended learning within academic achievements, motivation and learner autonomy constructs. The scope of this study is meant for the teaching of English through short story. A quasiexperimental study was conducted among 116 samples and two different teaching pedagogies were utilized; a blended learning classroom for the treatment groups and conventional learning classroom for the control groups. The data for students’ academic achievement were collected from a post-test conducted. Whereas, data for motivation and learner autonomy were collected through sets of questionnaires adapted from preceding literatures. The differences subsist between the two groups were then analysed using the t-test. The findings revealed that there was no significant difference in the academic achievements. However, there were positive effects both on learner autonomy and student’s motivation constructs in blended learning compared to conventional .....
Thesis Published 2016 1539 hits Available
4
Abstract
Kajian ini meneroka cabaran kepimpinan belia wanita dalam membina kerjaya pada usia muda berasaskan peranan pekerja sosial komuniti. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan fenomenologi. Seramai 5 orang responden telah dipilih berdasarkan persampelan bertujuan dan telah ditemu bual secara mendalam. Protokol kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk garis panduan soalan separa berstrukur yang dibina berpandukan sorotan literatur. Informan telah ditemu bual secara bersemuka dan semua data yang direkodkan telah ditranskrip secara tematik. Hasil kajian mendapati bahawa cabaran utama dalam kalangan belia di bawah program organisasi kepimpinan ialah ketahanan diri dari aspek emosi dan fizikal. Selain itu, kerja sosial komuniti adalah aspek penting dalam proses pemerkasanan dan penglibatan belia wanita dalam aktiviti kesejahteraan masyarakat. Kajian ini mencadangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu memperkenalkan satu.....
Article Published 2022 972 hits Available
5
Abstract
Tahap pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) boleh dipersoalkan kerana masih di tahap yang minima antaranya dalam aspek bahan bantu mengajar (BBM), perlaksanaan strategi, kaedah pengajaran, amalan pengajaran, dan profesionalisme. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pengajaran guru KAFA terhadap pelajar-pelajar sekolah agama rakyat di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan pensampelan kuantitatif untuk 160 orang guru sekolah agama rakyat daerah Muallim dan Batang Padang di negeri Perak. Instrumen soal selidik dibina oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh tiga (3) orang panel pakar bidang. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi iaitu 0.978. Tiga aspek yang dikaji berkaitan kaedah pengajaran guru iaitu jantina, tahap pendidikan, dan pengurusan pengajaran. Manakala, tiga aspek yang dikaji berkaitan pengurusan pengajaran adalah jantina, tahap pendidika.....
Thesis Published 2023 791 hits Available
6
Abstract
This study is intended to discover a methodology to lower the readability index of certain Malay literature texts, such as short stories and novels, used in Malaysian schools. A study was made on the methodology used to lower the readability index of Daniel Defoe’s . Oxford University Press lowered the readability index for , for three groups of readers, namely the university readers, and those of grades three and four. The methodology was adapted and used to lower the readability index of Usman Awang’s . This is a short story written by a well-known Malaysia’s literary figure, and his works are read by pupils in the secondary schools. The readability index of the short story was determined using Khadijah Rohani’s formula (1982). Subsequently, the readability index for the short story was lowered so that pupils from standard five in primary school can read it. It is hoped that, the methodology used in this study will be able to make a contribution in similar exercises to lower .....
Thesis Published 2003 3900 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Seterusnya perbandingan di antara tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dengan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah rendah yang dibahagikan kepada sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang murid sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. 288 buah bahan bacaan telah dianalisis kandungannya dari aspek jumlah ayat, jumlah patah perkataan dan jumlah suku kata dengan menggunakan Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (1982). Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan pemilihan oleh murid dengan guru dari aspek tahap kebolehbacaan bahan dan genre bahan baca.....
Thesis Published 2015 2321 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan bahan sastera yang boleh dijadikan sebagai terapi untuk murid-murid sekolah dalam hospital (SDH). Kajian ini melibatkan sebuah SDH yang terpilih di semenanjung Malaysia. Bahan bacaan sastera yang digunakan dalam kajian ini meliputi lima buah buku cerita karya Khadijah Hashim yang berjudul Cerita Itik dan Buaya, Semut Melancong ke Pulau Pinang, Angsa Berjasa, Ikan Emas Mangsa Banjir dan Sedap Rumput Enak Lagi Lobak. Biblioterapi kaedah didik hibur akan dijalankan menggunakan buku cerita yang berkenaan. Lima orang kanak-kanak terlibat dalam kajian ini berumur antara 5 hingga 6 tahun. Penyelidik juga menggunakan kaedah permerhatian, temu bual, dan kajian kepustakaan. Nama hospital, identiti murid-murid yang terlibat serta guru dan lain-lain yang berkaitan dengannya tidak dinyatakan kerana ia berkaitan dengan etika yang perlu dipatuhi. Begitu juga dengan bahan bukti seperti video atau gambar tidak dapat disertakan dalam artikel ini ker.....
Article Published 2018 861 hits Available
9
Abstract
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-k.....
Article Published 2020 1735 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan, hubungan dan sumbangan kepimpinan distributif (KD) dan organisasi pembelajaran (OP) terhadap prestasi kerja guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaaan di negeri Sarawak. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pengumpulan data diperoleh dari borang soal selidik dengan instrumen diadaptasi dari Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Elmore untuk kajian kepimpinan distributif dan soal selidik Dimension of Learning Organizations Questionnaire (DLOQ) untuk kajian amalan organisasi pembelajaran dari Marsick & Watkins. Soal selidik daripada kajian Chee Kim Mang serta Supian dan Khadijah digunakan untuk kajian prestasi kerja. Seramai 400 orang guru telah dijadikan sampel kajian. Pemilihan sampel menggunakan Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan Krejcie & Morgan. Sampel dipilih secara rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science.....
Thesis Published 2022 3787 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.