UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini menggunakan himpunan puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun, iaitu dari tahun 1950 hingga 1999. Semua puisi tersebut telah tersiar dalam majalah (seperti Fashion, Mastika, Remaja, Bintang, dan Irama) dan dalam akhbar tempatan, termasuk terbitan di Singapura (seperti Utusan Zaman dan Fikiran Rakyat). Tujuan kajian ini adalah untuk memberikan tafsiran semantik terhadap konsep warna dalam bahasa Melayu, khususnya berdasarkan data-data yang diambil daripada buku yang berjudul A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-Karya Selama Lebih Setengah Abad (2007), yang dikumpulkan dan diberi pengantar oleh Dharmawijaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa A. Samad Said banyak menggunakan warna panas, khususnya warna merah dalam puisinya yang boleh dikaitkan dengan emosi marah, penentangan dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku...
Article Published 2016 2164 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan e-modul pengajaran berasaskan inkuiri berstruktur untuk konsep Hukum Gas Fizik Tingkatan Empat dan menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan dalam kalangan guru pelatih Fizik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Reka bentuk kajian ini ialah kajian pembangunan berdasarkan model instruksional ADDIE. Seramai 59 orang guru pelatih Fizik semester 7 UPSI telah dipilih sebagai sampel kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini ialah borang kesahan pakar dan borang soal selidik yang digunakan untuk menentukan tahap penerimaan e-modul yang dibangunkan dalam kalangan guru pelatih. Data kajian yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus persetujuan pakar, min (M) dan sisihan piawai (SP). Analisis kajian menunjukkan bahawa e-modul yang dibangunkan mempunyai nilai peratus persetujuan pakar yang sangat tinggi untuk kesahan muka dan kesahan kandungan.....
Final Year Project Published 2025 380 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.