UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 12 |
1 | 2019 Thesis | Puteh Mariah tokoh politik wanita pejuang kesedaran kemerdekaan 1946-1957 Mohamed Jefferi Mat Lazim Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Puteh Mariah sebagai tokoh politik wanita yang
berjuang membawa kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1946 hingga 1957. Kajian ini
menilai ketokohan, perjuangan dan peranan beliau dalam memberi kesedaran kepada kaum wanita dan
orang Melayu bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini mengetengahkan ketokohan beliau
sebagai seorang ahli politik dan menilai perjuangan beliau dari aspek politik, pendidikan, sosio
ekonomi dan kebajikan orang Melayu. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuk temubual bersama
anaknya dan rakan seperjuangannya. Dapatan temubual menunjukkan beliau seorang tokoh politik yang
komited dalam perjuangan membela nasib orang Melayu. Puteh Mariah adalah Ketua Kaum Ibu UMNO yang
pertama namun tidak dikenali jika dibandingkan dengan Ketua Kaum Ibu UMNO yang lain. Beliau aktif
berjuang dan sumbangan terhebat Puteh Mariah adalah kejayaan beliau membawa kese..... 4169 hits |
2 | 2024 Final Year Project | Persepsi guru Biologi terhadap penguasaan dan amalan pengetahuan teknologi Pedagogi kandungan di sekolah bukan kerajaan negeri Kelantan Nurul Fatin Hidayah Mohd Lazim Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) adalah pengetahuan penting
yang mesti dikuasai oleh guru dalam menyampaikan kurikulum dalam sesi pengajaran.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi guru Biologi
terhadap penguasaan dan amalan PTPK di sekolah bukan kerajaan negeri Kelantan.
Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif yang dilaksanakan melalui tinjauan yang
melibatkan seluruh sekolah bukan kerajaan di negeri Kelantan. Responden kajian
terdiri daripada 63 orang guru Biologi manakala instrumen yang digunakan adalah
berdasarkan soal selidik PTPK guru Biologi dan amalan pengajaran guru. Kajian ini
telah mendapat kesahan daripada tiga orang pakar dengan Indeks Kesahan Kandungan
adalah 0.961 dan telah memperoleh nilai Alpha Cronbrach 0.861 melalui
kebolehpercayaan dalam kajian rintis. Data kajian telah dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian
menunjukkan persepsi guru terh..... 515 hits |
3 | 2005 Thesis | Nilai-nilai murni dalam peribahasa dan pengajarannya di sekolah menengah Thalatha Zaitun Mohd Lazim Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari nilai-nilai murni yang terdapat peribahasa yang
dipilih. Buku Kamus PTS Kamus Peribahasa Kontemporari(2004) adalah sumber rujukan utama.
Bagi mendapatkan data, pengkaji menggunakan kaedah kajian
perpustakaan yang bersifat kualitatif. Kajian ini cuba mengklasifikasikan nilai-nilai murni dalam
bidalan berdasarkan set nilai-nilai murni yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
1998 (17 komponen). Selain mengklasifikasikan kandungan bidalan,. pengkaji juga membuat pemerhatian
terhadap pengajaran guru iaitu dari segi kaedah, bahan dan bagaimana guru menerapkan nilai dalam
peribahasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu fenomena.
Dapatan menunjukkan nilai murni 'Rasional' paling banyak ditemui dalam bidalan yang dikaji. Hal ini
membuktikan peribahasa Melayu memandu kita supaya membuat pertimbangan yang waras semasa menjalani
kehidupan. Pengkaji turut menemui 31 nila..... 36 hits |
4 | 2017 Article | Perancangan laluan robot menggunakan fungsi harmonik melalui kaedah lelaran sapuan suku Saudi Azali, Sulaiman Jumat, 536 hits |
5 | 2017 Thesis | Hubungan antara gaya keibubapaan, estim kendiri, efikasi kendiri dengan kesediaan afektif pelajar dalam pembelajaran Izzatur Rusuli Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bentuk amalan gaya keibubapaan dalam konteks masyarakat Acheh dan hubungannya dengan estim kendiri, efikasi kendiri dan kesediaan afektif pelajar. Sehubungan itu, kajian ini juga mengkaji peranan faktor demografi terhadap pembolehubah-pembolehubah tersebut. Selanjutnya, kajian ini juga mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan afektif dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Justeru, kaedah tinjauan telah dipilih sebagai reka bentuk kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 368 orang pelajar berumur antara 13 hingga 15 tahun di Bandar Lhokseumawe. Instrumen yang digunakan adalah Soal Selidik Gaya Keibubapaan, Soal Selidik Estim Kendiri, Soal Selidik Efikasi Kendiri dan Soal Selidik Kesediaan Afektif dalam pembelajaran. Data kajian ini dianalisis menggunakan kaedah korelasi Moment Pearson, ujian-t, ANOVA satu hala dan regresi berganda. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan gaya keibubapaan autoritatif adalah amalan yang lazim dalam..... 2863 hits |
6 | 2018 Article | Kesan ejen pedagogi dan rangsangan multimedia dalam koswer nutri-score terhadap kemahiran berfikir aras tinggi Norsaliza Sabu Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesan penggunaan koswer Nutri-Score dengan ejen pedagogi beranimasi bagi topik Nutrisi dalam Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Persampelan kelompok tiga tahap dilaksanakan untuk memilih 181 responden dari masing-masing dua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Kumpulan rawatan mempelajari Nutrisi melalui Nutri-Score. Kumpulan kawalan mempelajari Nutrisi secara lazim. Pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membandingbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah mengikut Taksonomi Baru Model Marzano. Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA. Skor ujian pra dijadikan kovariat. Didapati penggunaan Nutri-Score telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan dan kemahiran membandingbeza secara signifikan. Justeru, reka bentuk dan pembangunan Nutri-Score boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka bentuk da..... 569 hits |
7 | 2019 Thesis | Implikasi gejala buli terhadap emosi dan tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar Mohd Rodzi Akob Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti implikasi buli terhadap emosi dan tingkah laku
dalam kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah di luar bandar. Kajian ini berbentuk kajian kes
dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar iaitu
tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Selain itu,
peserta kajian tambahan terdiri daripada dua orang guru disiplin dan dua orang guru kaunseling
dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah berasaskan protokol temu
bual yang mendalam dan menyeluruh secara tidak berstruktur.Data kajian telah dianalisis secara
deskriptif dan naratif untuk mengenal pasti tema-tema yang muncul. Teknik triangulasi data daripada
hasil temu bual pelajar dan guru, analisis dokumen seperti rekod disiplin, rekod kehadiran, dan
rekod pencapaian akademik serta pemerhatian telah dilakukan bagi menentukan kesahan dan
kebolehpercayaa..... 8126 hits |
8 | 2007 Thesis | Kesan latihan memanaskan badan terhadap kepantasan berlari 30 meter Juno Soaibah@Juno Suaiba Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan latihan memanaskan badan
terhadap kepantasan berlari dalam jarak 30 meter.
Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar yang berumur lima belas tahun
Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Sandakan Sabah.Subjek dipilih secara
rawak dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Tanpa Melakukan
Latihan Memanaskan Badan, Kumpulan Memanaskan Badan 5 Minit dan Kumpulan
Memanaskan Badan 10 Minit.
Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen. Pengiraan nilai min dan
sisihan lazim dibuat secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical
Packages For The Social Sciences ( SPSS ). Analisis varian atau Anova sehala
digunakan untuk membandingkan skor min bagi tiga kumpulan tersebut. Ujian Anova
Sehala juga dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
dalam pencapaian skor ujian lari pecut 30 meter di antara kumpulan tanpa
memanaskan badan, kumpulan memanaskan badan 5 minit dan kumpulan
memanaskan b..... 424 hits |
9 | 2008 Thesis | Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum di kalangan Guru sekolah menengah: satu kajian kes Noor Ashikin Mohd Yusop Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kaedah yang digunapakai guru serta masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif menggunakan temu bual semi struktur telah digunakandalamkajianini. Seramai15orangguru yang mewakilisetiapmatapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmanidan Kesihatan,Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup Bersepadu, dari salah sebuah sekolah menengah dalam daerah Kota Star, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa g..... 509 hits |
10 | 2024 Article | Faktor – faktor mencederakan diri dalam kalangan remaja analisis literatur sistematik (SLR) Nurhaiza Binti Che Mat Kajian literatur ini meneroka kes mencederakan diri dalam kalangan remaja, menumpukan faktor-faktor yang membawa kepada kecederaan diri dan niat mereka untuk mencederakan diri. Sebanyak 31 artikel yang dirujuk adalah yang diterbitkan secara sistematik antara 2010 hingga 2023 daripada tiga pangkalan data utama, Dapatan analisis menunjukkan beberapa faktor boleh menyumbang kepada tingkah laku mencederakan diri sendiri, termasuk psikologi, alam sekitar, dan sosial. Faktor psikologi dikategorikan kepada peraturan emosi yang tinggi, gangguan kesihatan mental, trauma dan penderaan, personaliti. Faktor persekitaran pula adalah mengenai penyalahgunaan bahan. Faktor sosial pula termasuk tekanan budaya dan masyarakat, pengaruh media, dinamik keluarga, buli dan tekanan rakan sebaya, Faktor lazim yang membawa kepada mencederakan diri dengan niat membunuh diri ialah psikologikal dan mencederakan diri bukan dengan niat membunuh diri ialah sosial. Faktor psikologi merupakan faktor yang penting untuk ..... 99 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |