UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis isu sosial yang mengesani hubungan Malaysia- Australia semasa pemerintahan Mahathir Mohamad antara 1981 hingga 2003. Isu sosial yang diberi tumpuan ialah pelarian, perundangan dan pendidikan. Kajian ini turut menilai setiap langkah yang diambil oleh kedua negara khususnya pemimpin Malaysia yang menerima kesan langsung daripada kemunculan isu tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi Sejarah dengan pendekatan kualitatif. Kaedah sejarah meliputi empat peringkat iaitu heuristik atau pengumpulan bahan, kritikan sumber, pentafsiran sumber dan diakhiri dengan penulisan sejarah atau historiografi. Sesuai dengan pendekatan kualitatif, proses pengumpulan bahan banyak menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau kajian ke atas sumber bertulis yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada sumber arkib yang terdiri daripada surat rasmi, dokumen dan gambar. Sumber sekunder pula terdiri daripada buku, jurna.....
Thesis Published 2021 2226 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai campur tangan dan perluasan kuasa Tun Dr. Mahathir (eksekutif) terhadap bidang kuasa badan kehakiman terutama sepanjang berlakunya krisis perlembagaan pada tahun 1988. Krisis tersebut juga menyaksikan perluasan kuasa eksekutif terhadap badan kehakiman serta penggantungan dan pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim Mahkamah Agung. Krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) adalah merupakan titik tolak di mana badan kehakiman di negara ini mula kehilangan kuasa dan kebebasannya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat kajian ini diperoleh dan diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sumber daripada dokumen daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan, laporan peristiwa, ucapan tok.....
Thesis Published 2020 1382 hits Available
3
Abstract
Program On-the-Job Training (OJT) berfungsi sebagai saluran transisi pelajar Kolej Vokasional (KV) ke alam pekerjaan sebenar, namum masih wujud kebimbangan tentang keberkesanan pelaksanaanya. Kajian ini bertujuan untuk menilai program OJT Teknologi Pemesinan Industri (TPI) di KV. Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan mengaplikasikan teknik tinjauan. Soal selidik dengan menggunakan skala Likert pula digunakan sebagai instrumen kajian. Rangka kerja yang digunakan adalah dari Model penilaian KIPP, berfokuskan pada komponen penilaian input, proses dan produk. Sampel kajian yang merangkumi 118 pelajar dan 108 pensyarah TPI yang dipilih secara rawak daripada 13 KV. Untuk memastikan kebolehpercayaan instrumen, pekali Alpha Cronbach_s digunakan dan nilai yang diperoleh adalah 0.962 untuk responden pelajar dan 0.957 untuk responden pensyarah. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa aspek input, proses dan produk dalam program OJT di KV adalah baik, tetapi masih.....
Thesis Published 2024 1380 hits Available
4
Abstract
Hari ini masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing dan membimbangkan banyak  pihak. Remaja yang dikatakan bakal menerajui negara pada masa depan berdepan dengan masalah  keruntuhan akhlak yang serius. Pihak kerajaan memperkenal modal insan sebagai jalan keluar kepada  masalah sosial. Maka, kajian ini dilakukan untuk melihat sumbangan cerpen dalam pembentukan modal  insan yang gemilang. Kajian ini memfokuskan tiga aspek penting dalam pembentukan modal insan iaitu  nilai akhlak dan moral, nilai budaya dan sosial, dan nilai kemanusiaan dan kepimpinan. Kajian  ini menggunakan kaedah perpustakaan dengan menjadikan antologi cerpen bertajuk Pendoa Yang lkhlas  karya Azizi Haji Abdullah sebagai bahan kajian. Kajian ini ingin melihat sama ada terdapat  ketiga-tiga nilai yang ingin dikaji pengkaji dalam antologi cerpen Pendoa Yang lkhlas ini untuk  membentuk modal insan yang gemilang dalam kalangan masyarakat.  ..
Thesis Published 2009 203 hits Available
5
Abstract
Abstrak kertas projek yang dikemukakan kepada Fakulti Bahasa sebagai memenuhi keperluan untuk  mendapatkan ljazah Sarjana Pendidikan ( Bahasa Melayu). DASAR BAHASA DI BAWAH PENTADBIRAN MAHATHIR BIN MOHAMAD Kajian ini adalah bertujuan bagi meninjau pelaksanaan dasar bahasa sepanjang pentadbiran Mahathir  b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengandungi sejarah ringkas tentang dasar bahasa sejak merdeka hinggalah kini. Selain itu kajian ini membincangkan sedikit tentang latar belakang beliau. Kajian ini menganalisis perubahan yang paling awal iaitu Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang  membawa kepada perubahan kurikulum lama kepada kurikulum baru dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perbincangan seterusnya adalah mengenai rentetan peristiwa pemansuhan Akta Pelajaran 1961 kepada  termaktubnya Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 adalah satu perundangan pendidikan baru  dalam siste.....
Thesis Published 2004 386 hits Available
6
Abstract
Dari awal lagi saya mesti membuat pengakuan ikhlas bahawa menyiap kertas kerja ini merupakan satu tugasan yang amat berat, pertamanya kejauhan saya dengan bahan penyelidikan terkini yang mungkin ada tetapi khasnya kerana walaupun banyak memperkatakan isu-isu orang-orang Melayu, tentang ekonominya, penderitannya, dan kelemahan-kelemahan sehingga diexploitasi oleh bangsa asing, tetapi tidak ada kajian menyeluruh mengenai kelemahan orang Melayu dalam pendidikan dan kaitannya dengan nilai budaya yang dianuti. Perintis awal dalam mengenengahkan permasalahan orang Melayu termasuk Munshi Abdullah, Wilkinson Winstedt, Zaaba, Barnes, Aminuddin Baki, Ungku Aziz, Dr. Mahathir Mohamad. Ada juga pemikir pendatang baru yang banyak menulis tentang hal ini seperti Asrul Zamaani, Abang Yusuf Putih dan Hasan Ahmad. Tetapi bagi saya dua tokoh yang paling fokus mengenai isu nilai dan kemajuan Melayu ialah Za’ba dan Mahathir kerana kedua-dua mereka bukan sahaja mengupas masalah tetapi juga menyaran malah.....
Conference Item Published 2001 1514 hits Available
7
Abstract
Kertas ini barangkal cukup berbeza dan berlainan daripada apa yang menjadi isu dan tajuk utama seminar yang diadakan ini. Namun sebagai suatu usaha murni buat mengingati dan mengabadikan Za’ba dan seluruh pemikiran serta wawasannya, maka barangkali ianya juga boleh dibanding dan dilihat juga dalam suatu senario keseluruhan warisan pemikiran mengenai dan untuk orang Melayu itu. Maka itu, kertas ini beranggapan bahawa walaupun nama dan tokoh seorang yang bemama Za’ba perlu diabadikan sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, namun ianya akan menjad lebih lengkap lagi sekiranya dua hal lam turut diberikan perhatian, Pertama, melihat dan meletakkan Za’ba dalam kontesk senario kesinambungan keseluruhan pemikir dan pemikiran Melayu, misalnya daripada Tun Seri Lanang melalui Sejarah Melayunya, merentas1 Abdullah Munshi, diikuti dengan era Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, sehinggalah kepada A. Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), kepada Za’ba, diikuti dengan Rev.....
Conference Item Published 2003 1270 hits Available
8
Abstract
Kertas kerja ini mencuba menampilkan Pendeta Za’ba sebagai pemikir wawasan sains dan teknologi bangsa Melayu. Selama ini Za’ba dilihat sebagai pejuang dalam bidang agama Islam, bahasa, kesusasteraan, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial sahaja melalui beberapa kajian dan penyelidikan. Pada tahun 1923 lagi, Za’ba mengemukakan wawasan saintifik melalui dua artikel pentingnya tent an g kemiskinan orang Melayu dan cara mengatasinya. Dengan pembentangan wawasan itu, Za’ba dilihat menyampai dan menyempurnakan empat jenis ilmu dan pemikiran secara bersepadu untuk pembangunan minda bangsanya. Teori empat jenis pemikiran bersepadu dikaitkan dengan ajaran Islam, teori tokoh-tokoh pemikiran Barat dan cara kehidupan masyarakat majmuk Tanah Melayu. Ketokohan dan kependetaan Za’ba dikaitkan dan dibandingkan dengan kemajuan sains dan teknologi Negara Jepun dan Wawasan 2020 Dr. Mahathir Mohamad dalam arus kemajuan zaman sains dan teknologi. Ternyata wawasan Za’ba tahun 1923 untuk bangsa.....
Conference Item Published 2003 1042 hits Available
9
Abstract
Hubungan   ekonomi   Malaysia   dan   Indonesia   pasca   kemerdekaan   mengalami hubungan saling  memerlukan antara satu dengan lain. Namun begitu, perkembangan hubungan  kerjasama  ekonomi   Malaysia  dan  Indonesia  turut  mengalami  hubungan naik  turun   disebabkan   beberapa  faktor    termasuk  faktor   kepimpinan.  Kajian   ini bertujuan  meneliti  perkembangan  dan  perubahan   hubungan  ekonomi  Malaysia  dan Indonesia  berdasarkan  faktor  kepimpinan  era  Perdana  Menteri   Malaysia  pertama sehingga  keempat  dari  tahun  1957  sehingga  2003.  Bagi  mencapai  tujuan   yang dinyatakan, kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti sesuatu   dasar  berpandukan  analisis  dokumen,  data  statistik  dan  temubual.  Kajian dokumen  yang   diaplikasikan  dalam  analisis  bersifat  kronologi  dan  deskriptif  untuk meneliti dasar politik  dan ekonomi Malaysi.....
Thesis Published 2021 5219 hits Available
10
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk melihat isu dan krisis Perlembagaan Persekutuan serta implikasinya terhadap badan kehakiman, Yang Di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, perundangan, agama Islam dan gerakan Islam di negara ini dalam krisis Perlembagaan Persekutuan 1988. Krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 membawa kepada pengharaman parti UMNO, konflik antara eksekutif dan badan kehakiman dan pindaan perlembagaan bagi mengurangkan bidang kuasa badan kehakiman. Hasil kajian menunjukkan bahawa konflik yang berlaku pada tahun tersebut menyebabkan tercetusnya krisis Perlembagaan Persekutuan 1988 yang akhirnya membawa kepada perluasan kuasa Perdana Menteri. Selain itu, terdapat juga faktor lain yang turut menyumbang kepada tercetusnya konflik dan krisis antaranya adalah kekalahan kes yang melibatkan pihak eksekutif dan kerajaan dalam mahkamah. Atas faktor ini, Perdana Menteri menyifatkan hakim sebagai tidak memihak kepada kerajaan atau anti-kerajaan. Krisis ini juga membawa kepada penggantungan per.....
Article Published 2020 3703 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.