UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan program latihan kekuatan jangka pendek linear dan tidak linear terhadap prestasi otot di kalangan pemain bola sepak lelaki  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Reka bentuk kajian ini adalah quasi-experimental kerana  kajian ini menekankan analisis perubahan min skor prestasi otot selepas empat minggu latihan linear  dan tidak linear. Tiga puluh pemain bola sepak lelaki UTM Skudai yang berumur 18-23 tahun terlibat  dalam kajian ini. Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah program linear (LST) dan tidak linear  (NLST) dan pemboleh ubah bersandar adalah ujian kekuatan maksimum (1RM) bahagian atas badan, ujian  kekuatan maksimum (1RM) bahagian bawah badan, 30 meter larian pecut, dan ukur lilit lengan dan  peha. Kajian ini menggunakan ujian Paired Sample T untuk menganalisis ujian pra dan pasca untuk  peserta di dalam kedua-dua kumpulan latihan dan Multivariate Analysis of Variances (MANOVA) untuk  menganalisis perb.....
Thesis Published 2018 1458 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tiga tujuan utama iaitu: (1) mengenal pasti tahap tret personaliti di kalangan pegawai sukan di UKM; (2) untuk mengenal pasti tahap prestasi kerja di kalangan pegawai sukan di UKM; (3) untuk mengkaji hubungan antara tret personaliti dan prestasi kerja di kalangan pegawai sukan di UKM. 44 item Questionnaire Inventori Besar Lima (BFI) diadaptasi daripada John dan Srivastava (1999) yang mempunyai lima dimensi, iaitu Ekstraversi, Kesedaran, Keterbukaan fikiran, Kesetujuan dan Neurotisme. Prestasi kerja diukur dengan menggunakan markah daripada Sistem Penilaian Prestasi (SPPP). Soal selidik ini melibatkan responden daripada kalangan pegawai sukan (N = 36) di UKM. Hasilnya menunjukkan bahawa min tertinggi bagi tret personaliti adalah Keterbukaan fikiran dengan nilai min (M = 3.70) dan tahap prestasi kerja adalah sangat tinggi (M = 92.98). Di samping itu, hasil analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tret personaliti dan prest.....
Article Published 2019 1065 hits Available
3
Abstract
Makalah ini membincangkan pemikiran dan penulisan-penulisan Pendeta Za ‘ba (16 September 1895-23 Ogos 1973) yang berpengaruh yang ditinggalkannya dari warisan pemikiran dan bekas-bekas perjuangan intelektualnya yang bersejarah. Ini diangkat dan dirumuskan daripada pergerakan dan usahanya dalam mengangkat darjat bangsa Melayu. Makalah ini bersifat deskriptif, analitis dan historis. Di samping itu, makalah ini meninjau legasi dan warisan intelektual yang ditinggalkan Za‘ba dan menggarap aspirasi perjuangan dan keyakinan intelek yang tinggi yang dibawanya dan pembaharuan yang berpengaruh yang dimanfaatkannya untuk mengangkat dan membangkitkan kesedaran orang Melayu. Kajian merumuskan bahawa kecekalan dan kesungguhan Za’ba berhasil menggembleng harakat perubahan dan ijtihad dan meniupkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan bangsa Melayu  ..
Article Published 2020 943 hits Available
4
Abstract
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menambahbaik silibus pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu bersepadu (KHB) kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di peringkat sekolah menengah pada tahun 2016. Salah satu topik yang dimasukkan adalah Reka Bentuk Elektrik untuk tingkatan dua. Topik ini merupakan salah satu topik yang agak susah untuk diajar oleh para guru di sekolah serta susah untuk murid fahami dengan pantas. Oleh hal yang demikian, pengkaji membangunkan sebuah modul iaitu E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan 2. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keperluan bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik Reka Bentuk Elektrik dalam kalangan pelajar dan guru untuk mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, membangunkan sebuah E-Modul Easy Learning Electric bagi topik Reka Bentuk Elektrik sebagai bahan rujukan bagi membantu pelajar Tingkatan 2 dalam menguasai topik elektrik dan menilai kesahan penggu.....
Final Year Project Published 2023 4610 hits Available
5
Abstract
Artikel ini bertujuan menyorot pemikiran Sayyid Qutb dalam konteks idealisme yang dikembangkannya dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Fikrahnya mempengaruhi secara meluas jaringan aktivis dan penggerak Ikhwan di setiap peringkat dan menyumbang kepada penggemblengan dan pembentukan saf dan lapisan kader yang kental yang membentuk kekuatan dan tenaga penggeraknya yang penting. Kajian ini dibangunkan berasaskan metode sejarah, yang meliputi empat tahap, yakni heuristik, kritik sumber, interpretasi, dan historiografi. Temuan kajian merumuskan bahawa Sayyid Qutb telah meninggalkan legasi dan pengaruh intelektualnya yang instrumental dalam pergerakan Ikhwan di mana karya-karya dan penulisannya yang produktif telah menyumbang kepada pembentukan idea dan kefahamannya yang menjadi rujukan dan teks wajib dalam gerakan. Ia menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan Ikhwan yang dicetuskan dari idealisme dan fikrah yang dilontarkannya tentang aktivisme politik Islam, yang signifikan dan bermakna dalam.....
Article Published 2024 265 hits Available
6
Abstract
The paper aims to study the historical background of the Islamic reform movement in West Sumatera with particular reference to the idea of Haji Abdul Malik Karim Amrullah or his pseudonym Hamka (1908-1981). His religious ideal was instrumental in driving the new consciousness and unprecedented religious struggle that erupted in the late 20th century in the Malay Archipelago, which reflected the force of modern ideas of Shaykh Muhammad Abduh (1849-1905) that had brought decisive and most significant influence in the region. The reform movement he inaugurated was carried out by Kaum Muda (the young faction) in the Malay Archipelago, who disseminated his dynamic ideas and aspirations through journals and newspapers such as Al-Imam, Al-Munir, and Saudara. One of the leading figures and pioneers in the struggle of Kaum Muda was Haji Rasul and Kiyai Haji Ahmad Dahlan, whose legacy was continued by Hamka, who was celebrated as the foremost advocate of Abduh’s reformist ideas through his inf.....
Article Published 2024 301 hits Available
7
Abstract
Projek Pengajian Persembahan (D3P-Karya Kreatif) adalah untuk membangunkan kerangka Teater Celik Sosial Sebagai Sebuah Performatif demi Memupuk Tingkah Laku Berisiko Tinggi Dalam Kalangan Remaja Lembah Klang. Penciptaan performatif Teater Celik Sosial adalah berdasarkan pertikaian pengkaji tentang seni teater bukan semata-mata sebagai aktiviti berlakon demi mempamerkan simbol krisis sosial. Malahan, proses berlakon teater dapat memupuk kefahaman remaja tentang isu tingkah laku berisiko tinggi yang bersemi dalam kehidupan masyarakat realiti. Justeru, objektif pertama projek kreatif ini adalah membina Kerangka Teater Celik Sosial sebagai pendekatan main dan bermain performatif. Objektif kedua adalah mempamerkan teater celik sosial sebagai aksi main dan bermain teater masa kini. Objektif ketiga adalah menjustifikasikan teater celik sosial sebagai medium alternatif pembelajaran tentang tingkah laku berisiko tinggi di kalangan peserta remaja. Teori penciptaan pada karya kreatif ini adalah b.....
Thesis Published 2025 116 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.