UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik peta pemikiran dalam meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh, Perak. Kajian ini melihat tahap pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan adalah kajian ini. Responden terdiri daripada 66 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik untuk menyokong dapatan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Keputusan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab telah meningkat selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kajian ini mempunyai implikasi kepada g.....
Article Published 2016 7224 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur populasi Rattus argentiventer di kawasan sawah padi, Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Pemerangkapan dijalankan pada dua sesi berbeza. SPB telah dibangunkan dengan membina pagar plastik di sekeliling kawasan kajian dan lubang-lubang kecil telah dibuat sebagai laluan pintu masuk bagi Rattus argentiventer. Kaedah penyingkiran telah digunakan untuk menganggar saiz populasi. Struktur populasi telah ditentukan dengan mengukur, menimbang, menentukan jantina dan memeriksa kondisi badan Rattus argentiventer. Morfometri tengkorak telah dilaksanakan dengan mengukur parameter tengkorak manakala pengamplifikasian dan penjujukan DNA mitokondria Rantau Hipervariabel 1 telah dijalankan untuk menentukan bilangan haplotip. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan tikus yang diperangkap semasa sesi pemerangkapan adalah 110. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina di kedua-dua sesi dengan min nisbah Jantan/Betina adalah 3:1. Hasil kajian da.....
Thesis Published 2016 1992 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merup.....
Thesis Published 2014 2073 hits Available
4
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus tujuh puluh lima (275) pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metakognitif secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik. Metakognitif tahap tinggi dan tahap rendah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik dan sikap belajar Matematik tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan pencapaian motivasi.Oleh itu pelajar yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi akan menunjukkan hubungan positif dengan pencapai.....
Thesis Published 2015 4084 hits Available
6
Abstract
Kajian ini menghuraikan tentang pembelajaran sosio-budaya dalam kraf tekat di daerah Kuala Kangsar. Tekat adalah kraf jahitan sulaman Melayu yang sangat indah. Penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif, termasuk menemu bual Adiguru, menganalisis hasil karyanya, mengkaji dokumen sokongan dan memerhati proses pembelajaran dalam bengkel. Kajian ini juga menemu bual anak-anak, cucu-cucu dan pembantu-pembantu kepada Adiguru. Hasil dapatan menunjukkan pemerhatian, peniruan, dan pengulangan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran kraf tekat. Bentuk-bentuk tekat tradisi boleh dikekalkan dan kemudian diubah kepada reka bentuk moden. Kemahiran pembuatan tangan diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Walau bagaimana pun mesin sulaman terkini juga digunakan. Kesimpulannya, kekuatan kraf tekat ini terletak pada cara amalan masa kini. Kajian ini menjadi contoh amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang menghubungkan warisan tradisi melalui pengetahuan dan pen.....
Thesis Published 2015 11874 hits Available
7
Abstract
The implementation and development of the Common European Framework of References (CEFR) have received recognition and enthusiasm in language learning globally. The purpose of the present study, therefore, is to investigate the effectiveness of the implementation of CEFR reference of language in other countries generally as well as in the Malaysian secondary schools specifically. The evaluation of Malaysian teachers’ perceptions toward the implementation of CEFR is substantially important to carry out the significant problems of implementing the framework. A systematic literature review was done to several research studies in Asian and especially Malaysia to achieve the fundamental research objectives. Despite the several challenges faced by English Second Language (ESL) teachers in implementing the framework. Therefore, it was found that CEFR has potentially improved in the language learning context.  ..
Article Published 2021 1187 hits Available
8
Abstract
Monolog dapat diertikan sebagai "pengorbanan". Aspirasi karya bertajuk Monolog siswa ini adalah merupakan perceritaaan mengenai liku-liku perjalanan serta perasaan dalam menggapai dan menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung izajah seterusnya mendapat pekerjaan yang baik seperti guru dan tentera. Elemen imej yang disampaikan dalam karya ini menggunakan unsur-unsur flora dan fauna serta imej figura manusia. Karya Monolog siswa mempunyai kekuatan dari segi penggunaan teknik batik seperti teknik cantingan, 'Layer by layer', dan teknik konvensional yang mampu berazam dan beriltizam pada orang ramai dalam membina potensi individu bagi menjadikan berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia, dan semangat patriotis dalam jiwa graduan anak kandung suluh budiman semasa bergelarnya profesion sebagai guru yang berdedikasi mendidik anak bangsa...
Final Year Project Published 2023 1033 hits Available
9
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  tahap  motivasi,  minat,  sikap,  amalan pengajaran guru, pengetahuan Qirā’āt al-Sab‘ie dan hubungannya dengan tahap penguasaan Qirā’āt  al-Sab‘ie dalam kalangan pelajar Kelas Khas Membaca dan Menghafal al-Quran (KKQ) di Sekolah  Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah dengan  melibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakan  pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan berdasarkan Model Pembelajaran Al-Nawawi dengan  menggunakan dua instrumen iaitu satu set borang soal selidik dan ujian syafawi. Statistik  deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk menjelaskan persoalan kajian.  Analisis deskriptif menunjukkan tahap motivasi (min=3.59, s.p=0.441), minat (min=3.63, s.p=0.503),  sikap (min=3.80, s.p=0.525), amalan pengajaran guru (min=4.01, s.p=0.433) dan pengetahuan Qirā’āt  al-Sabâ€.....
Thesis Published 2018 2689 hits Available
10
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  tahap  motivasi,  minat,  sikap,  amalan pengajaran  guru,  pengetahuan  Qir?’?t  al-Sab‘ie  dan  hubungannya  dengan  tahap penguasaan   Qir?’?t  al-Sab‘ie  dalam  kalangan  pelajar  Kelas  Khas  Membaca  dan Menghafal al-Quran (KKQ) di  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri Perak. Kajian ini dijalankan di 20 buah sekolah dengan  melibatkan 308 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Kajian ini menggunakan  pendekatan kuantitatif dengan reka    bentuk    tinjauan    berdasarkan    Model    Pembelajaran     Al-Nawawi    dengan menggunakan  dua  instrumen  iaitu  satu  set  borang  soal  selidik  dan   ujian  syafawi. Statistik  deskriptif  iaitu  frekuensi,  peratusan  dan  min  digunakan  untuk   menjelaskan persoalan   kajian.   Analisis   deskriptif   menunjukkan   tahap   motivasi    (min=3.59, s.p=0.441),   minatÂ.....
Thesis Published 2018 2167 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.