UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Norhisham bin Muhamad |
1 | 2015 thesis | Biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Norhisham Muhamad Kajian ini bertujuan mengenal pasti pelaksanaan dan strategi yang digunakan dalam pembudayaan Biah Solehah dan hubungannya dengan penghayatan akhlak pelajar Tingkatan Empat SMKA di Malaysia. Kajian ini menggunakan teori Ibn Khaldun untuk mengkaji strategi pelaksanaan Biah Solehah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh pendekatan kualitatif. Seramai 886 orang pelajar tingkatan empat SMKA dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Manakala 5 orang guru SMKA dipilih secara rawak untuk ditemu bual secara separa berstruktur. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sisihan piawai, Ujian t-Test, ANOVA, Korelasi Spearman dan Regrasi Linear Mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan Biah Solehah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan strategi pelaksanaan Biah Solehah dengan strategi Ansyitah, Qudwah, Amali, Talqin dan Takrir pada tahap tinggi kecuali Taqlid pada tahap sederhana tinggi. Dap..... 1351 hits |
2 | 2019 article | Kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran al quran wa al-hifz kurikulum dini SABK di Perak Norhisham bin Muhamad Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran Al Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengkaji tahap penguasaan bacaan Al Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan penguasaan bacaan Al Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian windows SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan penguasaan bacaan al Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan juga bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514, p.. 1256 hits |
3 | 2019 article | Religious activities for life-long learning medium and their impacts on Sabk’s student moral appreciation in state of Perak Norhisham bin Muhamad This study identifies the religious activities implemented in SABK as a medium for life-long learning and their impacts on students’ moral appreciation. This study involved 289 students from eight government-funded religious secondary schools in the State of Perak. The study adopts the quantitative method and the findings were analysed to obtain the frequency, percentage, mean and standard deviation. Moreover, the Pearson correlation test was used to examine the relationship between the variables. The study found the implementation of religious activities as a medium of lifelong learning is high (mean = 4.13, SP. = 0.48), while moral appreciation among students is at a moderate level (mean = 3.14, SP. = 0.35). The results show a significant relationship between religious activities conducted in schools with students' moral appreciation. Based on these findings, it is hoped that all parties can cooperate to support students’ spiritual and emotional growth through religious activitie..... 819 hits |
4 | 2018 research_report | Aktiviti keagamaan medium pembelajaran sepanjang hayat dan kesan terhadap penghayatan akhlak pelajar SABK di Perak Norhisham Muhamad Kajian yang dijalankan untuk mengetahui aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di SABK sebagai
medium pembelajaran sepanjang hayat dan kesan terhadap penghayatan akhlak pelajar. Kajian ini
melibatkan lapan buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terpilih di negeri Perak.
Kajian secara kuantitatif ini melibatkan 289 orang pelajar sebagai responden kajian. Hasil dapatan
telah dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala ujian
korelasi pearson digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati
pelaksanaan aktiviti keagamaan sebagai medium pembelajaran sepanjang hayat adalah tinggi
(min=4.13,sp.=0.48). Manakala dapatan inventori penghayatan pelajar berada pada tahap sederhana
(min=3.14,sp.=0.35). Hasil kajian menunjukkan wujug hubungan yang signifikan antara aktiviti
keagamaan yang dijalankan di sekolah dengan penghayatan akhlak pelajar. Disamping itu dapatan
juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara..... 374 hits |
5 | 2018 research_report | Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam pengajaran Al-Quran Wa Al-Hifz Kurikulum Dini SABK di Perak. Norhisham Muhamad Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran
al-Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengenal pasti
tahap pencapaian bacaan al-Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan
pencapaian bacaan al-Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah
kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di
negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian SPSS versi
22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap
tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan pencapaian bacaan al-Quran pelajar adalah tinggi
(min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang sederhana
tinggi (r=0.514,p.. 367 hits |