AbstractKajian mengenai keganasan rumah tangga di Malaysia masih belum mendalami naratif perjalanan yang dialami oleh setiap wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga. Dengan menggunakan pendekatan geo-naratif, penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk mendapatkan peserta kajian dan persampelan teoritikal dalam pembentukan naratif daripada data kajian. Perisian Quantum Geographic Information System (QGIS) digunakan untuk membina peta tiga dimensi perjalanan menyelamatkan diri daripada keganasan rumah tangga oleh peserta kajian. Dengan memfokuskan kepada campur tangan yang terlibat, kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga naratif perjalanan wanita iaitu; stasis, ulang-alik dan disorientasi. Naratif ini perlu difahami sebagai mempunyai perhubungan yang dinamik dan tidak berasingan antara satu sama lain. Naratif stasis dalam kajian ini merujuk kepada keadaan atau tempoh wanita yang tidak aktif daripada melakukan sebarang perjalanan. Wanita juga mela.....