UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan mengukur hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (masakan) kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah kajian korelasi dengan menggunakan Model Pengetahuan Guru Shulman dan Model Pengetahuan Guru Grossman. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Pengkaji memilih seramai 200 orang guru pendidikan khas sebagai sampel kajian secara rawak. Instrumen soal-selidik digunakan dalam bentuk skala Likert 5 poin bagi memperoleh data empirikal tentang kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens yang melibatkan ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson yang menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan guru- guru bersetuju mempunyai kesediaan pengetahuan guru dalam tujuh dimensi dengan nilai purata (M= 4.32, S.P= 0.240). Sementara .....
Thesis Published 2019 3321 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti wujudnya hubungan antara budaya sekolah dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Zon Sentul, Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif statistik deskriptif dan inferensi. Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Satu set soal selidik elemen budaya sekolah dan komitmen organisasi yang diubahsuai daripada "School Culture Triage Survey" dan "Employee Commitment Survey" yang terdiri daripada 48 item skala Likert telah digunakan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak mudah yang melibatkan guru-guru yang berkhidmat di 36 buah sekolah kebangsaan (SK) yang terdapat di Zon Sentul. Populasi yang telah dikenal pasti adalah seramai 2250 orang guru maka saiz sampel yang dipilih adalah seramai 327 orang guru (Krejcie & Morgan, 1970). Dapatan kajian menunjukkan wujudny.....
Thesis Published 2019 1569 hits Limited
4
Abstract
Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan modul Creativity Clay untuk mengajar kreativiti Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah. Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan Ubahsuai melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa penilaian. Data fasa analisis keperluan, dikumpul melalui kajian tinjauan menggunakan soal selidik skala Likert 5 poin yang diedarkan kepada 79 guru pendidikan khas, menunjukkan tahap kreativiti yang rendah dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran, dengan skor min 2.02 merentas empat aspek kreativiti, iaitu; a) keaslian, b) kelancaran, c) fleksibiliti, dan d) penghuraian. Data analisis keperluan menunjukkan terdapat keperluan yang tinggi untuk membangunkan modul Creativity Clay. Kaedah Fuzzy Delphi telah digunakan untuk reka bentuk modul, dengan 21 orang panel pakar. Analisis berasaskan respon pakar terhadap soal selidik.....
Thesis Published 2024 2086 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.