UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kerangka Perwakilan Visual Bar (PVB) bagi penyelesaian masalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) matematik Tahun Empat. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan jenis I yang merangkumi tiga fasa untuk membangun dan menilai kerangka PVB. Dalam fasa pertama, iaitu fasa analisis keperluan, tahap KBAT murid telah diuji menggunakan instrumen ujian tahap KBAT matematik murid Tahun Empat dan temu bual terhadap guru berkaitan dengan isu dan cabaran dalam PdPc matematik, khususnya berkaitan dengan kemahiran penyelesaian masalah berbentuk KBAT dalam kalangan murid Tahun Empat. Dalam fasa yang kedua iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan kerangka PVB, kaedah Fuzzy Delphi telah dipilih melibatkan seramai 13 orang pakar untuk mendapatkan persetujuan, kesepakatan dan kesahan terhadap konstruk kerangka yang dibangunkan. Dalam fasa ketiga iaitu fasa penilaian, kajian kuasi-eksperimental telah dijalankan di 2 buah sekolah di Da.....
Thesis Published 2024 4123 hits Available
2
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan Pasaran Saham Islam (PSI) di Malaysia dari tahun 1999 hingga tahun 2009. PSI merupakan salah satu kompenan penting dalam Bursa Malaysia. Ia merujuk kepada transaksi jual beli saham yang mempunyai aktivitiaktiviti syarikat yang selaras dengan syariah dan diniagakan di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan senarai kaunter/saham lulus Syariah berdasarkan sumber utama (al-Quran dan al-Hadis) dan sumbersumber sokongan dan ã~åÜ~à= penyelidikan yang dipersetujui sebagai panduan kepada para pelabur untuk turut serta dalam bidang pelaburan Islam tanpa ragu-ragu. Hasilnya, jumlah kaunter/saham lulus syariah telah menguasai lebih 88 peratus daripada jumlah keseluruhan kaunter/saham di Bursa Malaysia dengan nilai permodalan pasaran sebanyak 63.8 peratus dari jumlah keseluruhan permodalan pasaran di Malaysia pada tahun 2009...
Article Published 2011 4183 hits Available
3
Abstract
Keupayaan menghasilkan karya seni dalam kalangan kanak-kanak merupakan interaksi secara tidak langsung mereka dengan alam sekeliling serta dapat mengembangkan keupayaan mereka dalam membuat tafsiran melalui persekitaran mereka. Hasil seni merupakan penjelmaan beberapa bahagian nilai dan sikap. Oleh itu untuk melaksanakannya harus melihat keberkesanan aktiviti melukis dalam meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Huraian ini diketengahkan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mengumpul data iaitu melalui pemerhatian dalam kelas, pemerhatian penilaian hasil kerja seni dan alatan bahan yang digunakan oleh kanak-kanak dalam karya seni mereka. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa aktiviti melukis mampu mengimbangi hubungan komunikasi antara murid dengan rakan sebaya serta meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak yang berterusan. Aktiviti melukis dapat memberi kepuasan kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat dan mereka pindahkan semula dalam bentuk dan rupa im.....
Article Published 2018 1405 hits Available
4
Abstract
Setiap banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan di atas kesalahan jenayah yang dilakukan akan kembali kepada masyarakat kecuali bagi pesalah hukuman mati. Proses integrasi semula ke dalam masyarakat umum bukanlah suatu proses yang mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh bekas banduan. Sekiranya mereka gagal dalam proses tersebut, kemungkinan bekas banduan akan terlibat semula dalam tingkah laku jenayah atau residivisme. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada agensi yang terlibat secara langsung dalam rehabilitasi banduan dan Orang DiParol (ODP). Pelaksanaan sistem parol di Malaysia pada tahun 2008 adalah antara usaha pihak kerajaan khususnya Jabatan Penjara dalam membantu ODP berjaya dalam proses integrasi semula. Kakitangan parol merupakan individu yang paling hampir dengan ODP dan bekas banduan selain keluarga. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka pandangan kakitangan parol tentang faktor risiko dinamik residivisme yang dihadapi oleh klien.....
Article Published 2020 1388 hits Available
5
Abstract
Program pendidikan muzik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula sejak tahun 1995 bertujuan melahirkan pemuzik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keyakinan yang tinggi ketika bermain alat muzik. Penilaian dibuat berdasarkan kepada model penilaian context, input, process dan product (CIPP) oleh Stufflebeam. Reka bentuk campuran berjujukan telah digunakan dalam mendapatkan pandangan pemuzik. Teknik persampelan adalah persampelan bertujuan melibatkan keseluruhan 148 pemuzik yang bertugas di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan Pangkalan TLDM, Tanjung Pengelih, Johor. Maklumat daripada pemuzik dikumpul menggunakan borang soal selidik dan temu bual mendalam secara bersemuka. Hasil penilaian konteks mendapati kurikulum muzik sedia ada mampu melahirkan pemuzik yang berkemahiran serta mempunyai skil tinggi dalam bermain muzik. Walau bagaimana pun, pemuzik berasa ragu dengan program pendidikan muzik yang mampu membantu mereka mendapatkan pekerjaan dalam bidang muzik apabila b.....
Thesis Published 2022 2311 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.