UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkali dibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran. Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilih menjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam penulisan karangan jenis imaginasi. Tahap kebolehan murid menghasilkan bahan karangan dilihat berdasarkan kecekapan berbahasa Melayu, isi dan pengolahannya. Pengkaji ingin mengenal pasti faktor yang menjadikan murid lemah dalam penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca, mendengar rancangan televisyen dalam bahasa Melayu dan gred keputusan karangan lalu mempengaruhi tahap penulisan esei. Semua responden diminta mengisi lengkap borang soal selidik dan seterusnya menghasilkan karangan jenis gambaran berpandu kepada tajuk yang disediakan oleh pengkaji sendiri. Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid lemah .....
Thesis Published 2010 1782 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai murni serta unsur pengajaran yang terkandung dalam puisi-puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy dan mengaitkan puisi-puisi tersebut dengan pembentukkan sahsiah mulia dalam kalangan murid. Kumpulan puisi tradisional yang dikaji ialah Kaviy?r, I?iya v??kkai dan Kalvik ka?ika? yang berjumlah tujuh puluh enam buah puisi tradisional. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta berasaskan teori moral digunakan untuk mengkaji puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 17 nilai murni dan 12 unsur pengajaran dalam puisi tradisional tersebut. Selain itu, lapan sahsiah mulia dapat dibentuk dalam kalangan murid melalui puisi-puisi tradisional tersebut. Dapatan kajian menunjukan nilai murni yang diterapkan dalam puisi tradisional karya Kanimozhi Kuppusamy sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar...
Thesis Published 2017 2257 hits Available
3
Abstract
The aim of this study is to determine the effect of learning styles and thinking styles on soft  skills of accounting students’ and mediating role of academic achievement in selected   universities.  Sternberg’s  theory  of  mental  self-government  and  Fleming’s theory of VAK were  applied and the Barsch Learning Styles Inventory and Sternberg Thinking Styles Inventory instrument  was used to assess students’ learning styles and thinking  styles  as  well  as  Malaysian  Soft   Skills  Scale  instrument  were  used  to measure graduates’ soft skill attainment level. Sample  for this study consists of 306 undergraduate accounting students chosen randomly from UM, UPM and  UTAR and the  data  were  analysed  using  SPSS  software.  A  quantitative  approach  through  questionnaire  method  was  carried  out  to  gather  the  data.  An  analysis  of  Mean, Standard   Deviation,  T-Test,  One-Way  Anova,  Multiple.....
Thesis Published 2021 4317 hits Available
4
Abstract
Tujuan kajian ini untuk menganalisis kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel Tamil Lockup oleh penulis M. Chandarakumar yang diadaptasi ke filem Tamil Visaranai. Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif bagi iaitu penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media ini sama ada berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, dan penambahan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif berdasarkan teori adaptasi Mc Franlane yang melibatkan empat peringkat adaptasi iaitu naratif, verbal ke visual, enunsiasi dan keseluruhan. Seterusnya sinopsis novel bagi setiap bab diterangkan bagi menunjukkan persamaan dan perbezaan diantara unsur naratif, watak, enunsiasi dan unsur keseluruhan dengan filem yang diadaptasikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa adaptasi yang dihasilkan oleh pengarah filem menunjukkan kesetiaan novel dengan unsur-unsur.....
Thesis Published 2021 1609 hits Available
5
Abstract
This is a study to determine the different language skills employed by Form Three semi-urban school students in terms of scanning, skimming, locating information, predicting, understanding, sequencing, inferencing, and all the other related reading skills as listed in the Form Three Curriculum Specifications. The findings will provide an insight into the effectiveness of using either Bahasa Malaysia or English language by the Form Three students in learning and using their skills in answering the Science examination paper in their PMR examination. This insight study will also enable educationists and teachers to tailor special programmes and teaching strategies to help remedy students' weaknesses in improving the teaching and learning process of the Science subject and also to reaffirm the effectiveness of teaching the subject in the English language..
Thesis Published 2008 238 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kerangka Perwakilan Visual Bar (PVB) bagi penyelesaian masalah berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) matematik Tahun Empat. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan jenis I yang merangkumi tiga fasa untuk membangun dan menilai kerangka PVB. Dalam fasa pertama, iaitu fasa analisis keperluan, tahap KBAT murid telah diuji menggunakan instrumen ujian tahap KBAT matematik murid Tahun Empat dan temu bual terhadap guru berkaitan dengan isu dan cabaran dalam PdPc matematik, khususnya berkaitan dengan kemahiran penyelesaian masalah berbentuk KBAT dalam kalangan murid Tahun Empat. Dalam fasa yang kedua iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan kerangka PVB, kaedah Fuzzy Delphi telah dipilih melibatkan seramai 13 orang pakar untuk mendapatkan persetujuan, kesepakatan dan kesahan terhadap konstruk kerangka yang dibangunkan. Dalam fasa ketiga iaitu fasa penilaian, kajian kuasi-eksperimental telah dijalankan di 2 buah sekolah di Da.....
Thesis Published 2024 4122 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai modul Thirukkural berasaskan inkuiri terbimbing (MoKThI) untuk meningkatkan KBAT murid Tahun Lima SJKT. MoKThI dibina berasaskan kepada Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan _scaffolding_ dan pembelajaran 5E. Seramai 50 orang murid dari sebuah SJKT Daerah Hilir Perak, Perak telah dipilih sebagai sampel kajian. 25 orang murid dari kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran konvensional dan 25 orang murid dari kumpulan eksperimen menjalani pembelajaran dengan menggunakan Modul MoKThI. Intervensi dijalankan selama enam minggu. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca, soal selidik dan temu bual sebagai instrumen pengukuran. Kajian rintis 1 dilaksanakan untuk menguji ketekalan item dalam soal selidik pada fasa analisis dan kajian rintis 2 dilaksanakan untuk menguji ketekalan modul MoKThI. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package fo.....
Thesis Published 2025 82 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul interaktif bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah. Fokus kajian ini ialah pengajaran dan pembelajaran Standard Kandungan Eksplorasi Seni bagi tajuk unsur seni tingkatan satu. Eksplorasi seni merupakan aplikasi pengetahuan serta pemahaman terhadap Bahasa Seni Visual (BSV) melalui penggunaan pelbagai media dan proses. Murid meneroka unsur seni daripada alam semula jadi dengan menggunakan pelbagai teknik. Unsur seni merangkumi Garisan, Rupa, Bentuk, Jalinan, Ruang, dan Warna. Kajian ini telah membangunkan modul interaktif yang dinamakan Modul Art-Ration tingkatan satu. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes eksplanatori dalam penyelidikan kualitatif yang melibatkan empat orang guru PSV dari Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Seramai tiga orang pakar terlibat bagi mengesahkan instrumen kajian melalui temu bual dan pemerhatian. Analisis dokumen Ranca.....
Thesis Published 2026 405 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.