UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 6 |
1 | 2015 Thesis | Penilaian Kursus Kefahaman Islam Bersepadu di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM Mohd Rashidi Bujai Kajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP untuk menilai pelaksanaannya melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 340 orang pelatih yang pernah menghadiri Kursus Kefahaman Islam Bersepadu telah dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data kajian juga dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan elemen yang dinilai pada input, proses dan produk juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi me..... 682 hits |
2 | 2015 Article | Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan hubungannya dengan penghayatan kerohanian anggota tentera Malaysia Bujai Mohd Rashidi, Hashim Azmil, Kertas kerja ini adalah untuk meninjau peranan dan sumbangan aktiviti keagamaan yang dilaksanakan di Insitut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dalam menjana kekuatan tempur anggota tentera (Spiritual Combat Power). Aktiviti keagamaan merupakan salah satu elemen pendidikan yang digunakan di ILMI yang diadaptasi daripada Tarbiyyah Askariyyah Khalid Shantut (2003). Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mencari maklumat tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam ILMI dalam membentuk keperibadian dan rohani anggota sepanjang kursus dilaksanakan. Maklumat diperoleh adalah melalui soalan soal selidik yang diedarkan kepada pelatih-pelatih yang telah menghadiri kursus di ILMI. Pelatih—pelatih dikehendaki memberi respon terhadap 127 item yang berkaitan penilaian input, proses dan produk yang diadaptasi daripada model CIPP. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai bertujuan untuk melaporkan..... 1133 hits |
3 | 2020 Thesis | Performance in enhancement of microfluidic-based capacitive pressure sensor Muhammad Rashidi Ab Razak This study aims to enhance the performance of microfluidic-based capacitive pressure
sensor using square membrane shapes and ellipse and square-shaped microchannel patterns.
This study also investigates the pressure sensor using propylene carbonate as electrolyte in term
of boiling point and dielectric constant. The microfluidic-based capacitive pressure sensor
investigates for pressure measurement by using square and ellipse-shaped microchannel patterns.
When a pressure was applied on to the membrane, it provides deflection and
displaces the liquid inside the microchannel. The liquid movement induces changes in
capacitance. During the design stage, a simulation analysis on two different membrane
structures, including square and rectangular, were studied. In addition, two different
microchannel designs, including ellipse and s..... 827 hits |
4 | 2021 Thesis | Kesan penggunaan bahan bantu mengajar berteraskan ICT dalam meningkatkan penguasaan Jawi murid Orang Asli Muhammad Hamdi Husaini Rashidi Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan bahan bantu berteraskan ICT dalam
meningkatkan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli di
sebuah sekolah rendah daerah Kuala Kangsar. Bahan bantu mengajar berteraskan ICT,
iaitu Power Point, Rainbow Jawi dan BlackBoard menjadi medium pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan sepanjang proses intervensi. Pembinaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) guru dibina melalui sistem Collaborative Instructional
Design System (CIDS). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen
telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian melibatkan 32 orang murid
Orang Asli Tahun Empat dan Lima yang tidak melepasi tahap lulus Ujian Diagnostik
Jawi 2019. Instrumen ujian pra dan pasca digunakan pada kajian ini bagi mengenal
pasti tahap kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli, seterusnya
mengkaji perbezaan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi sebelum dan
selepas intervensi selama 12 minggu. D..... 885 hits |
5 | 2023 Article | Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul asas membaca anakku (MAMA) di Prasekolah Nur Hidayah Rashidi Akibat pandemik Covid-19 yang telah berlaku sebelum ini menyebabkan krisis dalam pembelajaran terutama penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak sehingga menjadi tumpuan kerana ramai murid telah ketinggalan disebabkan penutupan sekolah. Keperluan penghasilan modul asas membaca bahasa Melayu untuk membantu menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran membaca ini diperlukan bagi memastikan murid dapat belajar asas membaca dengan baik dan praktikal. Tambahan pula, ketiadaan modul membaca khusus daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi pendorong kajian ini dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan Modul Asas Membaca Anakku (MAMA) untuk pembelajaran asas membaca bahasa Melayu kepada murid prasekolah. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif, iaitu menggunakan kaedah tinjauan berdasarkan pandangan pakar dan guru melalui soal selidik yang berkaitan dengan kandungan MAMA. Borang selidik kesahan kandungan dinilai oleh panel ..... 263 hits |
6 | 2024 Final Year Project | Tinjauan tentang tahap pengetahuan dan kesediaan terhadap perubahan iklim dalam kalangan guru pelatih Sains dan Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris Mohamad Norasrey Rashidi Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkaitan perubahan iklim. Reka bentuk kajian
ini adalah kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 152 responden telah
terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Sains dan Biologi
semester 6 dan 7. Instrumen kajian ini adalah borang soal selidik melalui platform Google
Form. Kesahan instrument kajian telah dijalankan oleh dua orang pakar dari UPSI dan nilai
kesahan muka ialah 95%. Nilai Coefficient Validity Index (CVI) yang diperoleh untuk soal
selidik ialah 0.955. Nilai ini dapat ditafsirkan sebagai diterima dan cemerlang. Kajian rintis
telah dijalankan bagi menguji kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Nilai Cronbach’s
Alpha yang diperolehi ialah 0.864 dan ditafsirkan sebagai baik dan diterima. Statistical
Package for Social Science (SPSS) telah digunakan bagi menganalisis data kajian secara
deskriptif u..... 271 hits |