AbstractKajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan bahasa
kanak-kanak Melayu berasaskan Teori Mentalis. Tumpuan analisis adalah kepada pemerolehan bahasa
dari segi fonologi, morfologi, dan cara kanak-kanak menguasai bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu,
satu pemerhatian telah dijalankan secara jangka panjang (longitudinal) terhadap sampel kajian untuk
melihat kecekapan berbahasa kanak-kanak. Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan cara mencatatkan
dalam buku catatan dan alat rakaman. Segala data dianalisis kembali mengikut tafsiran penulis
berdasarkan teori-teori yang berkaitan. Basil daripada kajian yang dijalankan mendapati
faktor LAD (Language Acquisition Device) yang dinyatakan oleh teori mentalis serta faktor dalam
diri kanak-kanak tersebut merupakan faktor penting dalam mempengaruhi aspek pemerolehan dan
kecekapan berbahasa kanak-kanak. Hasil kajian juga mendapati bahawa apabila kanak-kanak.....