UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

3
Abstract
Kajian  ini  menentukan  hubungan  antara  ciri  sistem  maklumat  dan  ciri  organisasi dengan   kejayaan   sistem   maklumat   (KS),   serta   membentuk   Model   Konseptual Penjajaran    antara   Sistem   Maklumat   dengan   Organisasi   di   Institusi   Berteraskan Pendidikan  (IS-Org   Fit  Model).    Kajian  ini  menggunakan  gabungan  pendekatan kualitatif dan kuantitatif.  Pendekatan  kualitatif dengan kaedah  temu bual  digunakan untuk   mendapat   gambaran   awal    tentang   pelaksanaan   sistem   maklumat   yang melibatkan   15   orang  pegawai   perkhidmatan    pendidikan   di   Perak.     Pendekatan kuantitatif   digunakan   untuk   membentuk   dan  menilai    IS-Org   Fit   Model.     Bagi pembentukan model, borang soal selidik diedarkan kepada 375 orang  guru di 10 buah sekolah  menengah  di  daerah  Hulu  Perak,  Kuala  Kangsar,  Muallim,  dan  .....
Thesis Published 2018 1872 hits Available
4
Abstract
Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan seni seni anyaman merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman pelbagai objek perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti anyaman dari segi bahan, alat dan proses.dan seterusnya menterjemahkan teknik-teknik anyaman ke dalam bentuk perisian multimedia interaktif yang mampu menyebarkan maklumat berkaitan dengan Seni Anyaman Melayu berasaskan buluh, mengkuang dan rotan. Fokus kajian ialah anyaman nyiru, tikar dan kerusi. Pembangunan perisian multimedia interaktif ini menggunakan perisian Adobe Flash CS 3 dan berpandukan Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation). Pengujian ke atas perisian ini dbuat menggunakan instrumen kajian yang terdiri daripada.....
Article Published 2014 164 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat dalam sektor pendidikan di Malaysia khususnya Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS). Isu penjajaran (fit) antara pengguna, tugas dan teknologi yang digunakan, serta hubungan dengan kejayaan pelaksanaan sistem maklumat merupakan fokus kajian. Faktor yang mempunyai impak kepada kejayaan pelaksanaan sistem seperti ciri-ciri individu yang mengguna teknologi, tugas yang dilakukan, dan ciri-ciri teknologi yang digunakan merupakan elemen yang dikaji. Model Penjajaran Task-Teknologi (Task- Technology Fit) oleh Goodhue dan Thomson diadaptasi oleh penyelidik bagi menilai kejayaan pelaksanaan sistem maklumat tersebut. Selain daripada dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan EMIS, seramai 43 orang pegawai perkhidmatan pendidikan telah ditemuduga. Mereka terdiri daripada guru data, pengetua, guru kanan, penolong pegawai pendidikan (daerah dan negeri). Hasil kajian menunjukkan wujud penjajaran yang tinggi di antara pengg.....
Article Published 2015 135 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen yang memberi impak kepada penggunaan sistem maklumat dalam organisasi serta hubungannya dengan kejayaan sistem. Selain daripada itu, kajian ini mencadangkan satu model yang dikenali sebagai Model Kejayaan Sistem Maklumat dalam Pengurusan Organisasi. Model ini mengandungi dua dimensi penjajaran iaitu penjajaran di antara pengguna, tugas dan teknologi (P&T-TF), dan penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dengan strategi pengurusan organisasi (ISS-OMSF). Sampel dipilih secara rawak dari kalangan individu yang menggunakan Sistem Pengoperasian Data Secara Online (e-OPERASI). Mereka terdiri daripada penolong kanan, ketua panitia dan guru. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis melalui analisis deskriptif dan korelasi dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara P&T-TF dan ISS-OMSF dengan kejayaan sistem maklumat yang digunakan. Hasil kajian ini diharapkan .....
Article Published 2016 144 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.