UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis. Satu set instrumen telah digunakan untuk menilai kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah kajian. Seramai 244 orang guru dari enam buah sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor telah dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak bersistematik. Analisis statistik deskriptif iaitu skor min serta sisihan piawai dan inferensi seperti ujian t, ANOVA dan analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan pembelajaran profesional guru. Kajian in.....
Thesis Published 2016 2391 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti implikasi buli terhadap emosi dan tingkah laku dalam kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah di luar bandar. Kajian ini berbentuk kajian kes  dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar iaitu  tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Selain itu,  peserta kajian tambahan terdiri daripada dua orang guru disiplin dan dua orang guru kaunseling  dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah berasaskan protokol temu  bual yang mendalam dan menyeluruh secara tidak berstruktur.Data kajian telah dianalisis secara  deskriptif dan naratif untuk mengenal pasti tema-tema yang muncul. Teknik triangulasi data daripada  hasil temu bual pelajar dan guru, analisis dokumen seperti rekod disiplin, rekod kehadiran, dan  rekod pencapaian akademik serta pemerhatian telah dilakukan bagi menentukan kesahan dan  kebolehpercayaa.....
Thesis Published 2019 10493 hits Available
4
Abstract
Membangunkan generasi yang peduli terhadap alam sekitar, kanak-kanak perlu menguasai kelestarian alam sekitar. Melibatkan kanak-kanak dalam pembelajaran kelestarian alam sekitar bukan hanya mengajar mereka tetapi juga mengajar mereka cara melihat dan bertindak baik terhadap persekitaran mereka. Selain itu, gamifikasi ini dapat menarik minat kanak-kanak kerana pada era ini, kita sudah sedia maklum bahawa dengan perkembangan teknologi amatlah memberi impak terhadap generasi kini. Adanya gamifikasi ini sudah pasti dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak ini kerana cara pendekatan tersebut dapat menarik minat mereka untuk mempelajarinya. Selanjutnya, gamifikasi merupakan penggunaan elemen-elemen yang mempunyai ciri-ciri permainan seperti pemainan video game yang diterapkan dalam aktiviti berunsurkan pembelajaran secara tidak langsung atau proses menambah permainan atau unsur-unsur seumpamanya dalam sesuatu perkara (sebagai satu tugasan) yang bertujuan untuk menggalakkan sesebuah penyert.....
Article Published 2024 458 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji kesilapan dan kesantunan bahasa surat kiriman rasmi tulisan pelajar.Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah KebangsaanGedangsa, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 30 responden Melayu yang terdiridaripada 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan dipilih secara rawak. Alat kajian berupa suratkiriman rasmi tulisan pelajar dan pemerhatian. Aspek yang dikaji meliputi dua komponen utama iaitukesilapan dan kesantunan bahasa dalam surat kiriman pelajar jenis surat aduan. Dapatan kajiandianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kecenderungankesilapan yang tinggi dilakukan oleh pelajar dalam aspek mekanis iaitu 58.7% berbanding kesilapankosa kata iaitu 2.6% dalam surat kiriman yang ditulis. Aspek mekanis dalam kajian ini meliputiejaan, huruf besar, tanda baca, singkatan dan akronim. Pelajar dikenal pasti kerap melakukankesilapan ejaan dalam tulisannya. Kajian turut membuktikan pe.....
Thesis Published 2005 421 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.