UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

20 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini mengkaji pelbagai rupa bentuk busana pengantin wanita, menggunakan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mengenal pasti, mereka bentuk proses penghasilan busana pengantin secara konvensional. Melalui kajian ini, penggunaan teknik draping diterapkan dalam mereka bentuk busana pengantin wanita Melayu iaitu dengan menggunakan fabrik denim. Dapatan kajian mendapati, bahawa reka bentuk busana pengantin wanita yang dihasilkan oleh pereka-pereka fesyen tempatan bagi setiap negeri di Malaysia adalah berbeza antara satu sama lain. Teknik flat pattern didapati lebih banyak diaplikasikan berbanding teknik draping. Begitu juga, didapati fabrik heavy weight material (denim) amat jarang digunakan di Malaysia bagi tujuan reka bentuk busana pengantin berbanding fabrik sutera, songket, satin, georget dan chifon. Hasil kajian ini juga mendapati, reka bentuk busana pengantin warisan tradisional Melayu yang diguna pakai pada hari ini telah banyak diubah suai daripada reka bentuk asalnya...
Article Published 2016 1121 hits Available
2
Abstract
This article aims to analyse the zakat payment method implemented by the Pusat Pungutan Zakat – Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Based on data from 2003 to 2009, PPZ-MAIWP has recorded a positive trend of total annual zakat collection. This increasing trend was driven by the PPZ-MAIWP initiative to implement a variety of payment mechanisms in line with the needs and technological change. Thus, their initiatives can become a model to other charity institutions. Furthermore, it will also provide opportunities and facilitate Muslims in Malaysia fulfilling the Islamic pillars...
Article Published 2012 5466 hits Available
3
Abstract
Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual sep.....
Article Published 2014 4311 hits Available
4
Abstract
Zakat is the fourth pillar of Islam and mandatory to be conducted by every Muslim with the compliance of syara’ prescription. Among the types of zakat that closely related to every Muslim is Zakat Fitrah. The law of zakat fitrah is mandatory and has its own specific duration of payment. Thus, this article intends to analyze the extend of payment made by the Muslim society using the formal channel through Zakat Centre. Based on the amount of zakat fitrah collection, the rate of zakat fitrah and the number of Muslim in Malaysia, the finding of the study indicates that the amount of zakat fitrah is increasing each year. However, the result also finds that the payment of zakat through informal channel or direct distribution to receivers is also increasing. Therefore, direct distribution must be controlled to ensure the government objective in establishing the zakat centre is efficiently achieved due to the fact that centralized distribution will ensure fairness and justice...
Article Published 2015 3551 hits Available
5
Abstract
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian...
Article Published 2014 3198 hits Available
6
Abstract
Program Pembiayaan kredit mikro merupakan alat berkesan signifikan dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi kemiskinan. Program ini menawarkan akses modal kepada usahawan berserta perkhidmatan tambahan lain yang diperlukan untuk pembangunan usahawan. Di Malaysia, program ini ditawarkan oleh banyak pihak termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selaku institusi perintis sejak tahun 1987. Institusi ini didapati telah berjaya merealisasikan objektif penubuhan berdasarkan statistik usahawan yang dilahirkan dengan sebilangan daripadanya bergelar jutawan. Berdasarkan pencapaian ini, maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan tersebut. Memandangkan pembiayaan AIM cenderung kepada usahawan wanita, maka faktor-faktor yang dikaji adalah berorientasikan faktor kejayaan pemiagaan Khadijah Bint Khuwaylid. Bagi mencapai objektif ini, seramai 415 orang usahawan wanita Muslim yang mendapat pembiayaan daripada AIM dipilih sebagai res.....
Thesis Published 2013 3770 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.