UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

3
Abstract
Fara’id  al-Fawa’id  al-Fikr  fi  al-Imam  al-Mahdi  (MSS  2939)  adalah  karya  tulisan Sheikh  Daud al-Fatani r.h.m yang diterjemah daripada guru beliau iaitu Sheikh Mar’i bin Yusuf r.h.m.  Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis secara terperinci tentang  aspek-aspek   ketauhidan,  kerasulan  dan  kesempurnaan  Islam  berpandukan prinsip-prinsip teori Takmilah.  Kajian dibuat menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis   teks   secara   deskriptif.   Teori    Takmilah   digunakan   dalam   menganalisis kandungan teks kerana sejajar dengan konteks  kandungannya yang meletakkan tauhid sebagai tunjang utama karya bercirikan Islam. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa naskhah  manuskrip  MSS  2939  memperlihatkan  unsur-unsur  tauhid  sejajar   dengan prinsip ketuhanan  yang bersifat Kamal. Ciri-ciri kepimpinan Islam dapat ditemukan dalam  manuskrip ini dan bertepatan dengan prinsip kerasulan yang bersifat Kamil......
Thesis Published 2019 5850 hits Available
4
Abstract
Tahun 2020 telah menyaksikan kehidupan sebilangan besar populasi dunia terjejas akibat pandemik COVID-19 yang diisytiharkan sebagai darurat kesihatan awam oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia juga turut terkesan dengan pandemik ini sejak kes pertama direkodkan berlaku pada Januari 2020 dan bilangannya yang terus meningkat di setiap negeri pada bulan-bulan berikutnya. Sehubungan itu, pihak kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian pandemik ini. Namun, pelaksanaan PKP secara tidak langsung memberi impak yang begitu besar terhadap kelangsungan hidup semua lapisan masyarakat termasuklah warga emas terutamanya dari aspek daya tahan golongan ini. Justeru, makalah ini bertujuan mengkaji impak PKP terhadap daya tahan warga emas di Pulau Pinang dari aspek adaptasi dengan keadaan PKP di samping meninjau sistem sokongan yang tersedia untuk mereka. Kaedah temu bual mendalam dijalankan bersama 10 informan warga emas yang berumur 60 tahun ke.....
Article Published 2020 2035 hits Available
5
Abstract
Bila membicarakan perkembangan novel Melayu orang lantas mengatakan Syed Sheikh Al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanumnya sebagai pelupur yang ulung, sambil itu memberikan pula peringatan bahawa watak dan latar nya adalah negara Mesir. Kemmudian orang terus menyebut bahawa Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu dengan novelnya Kawan Benar sebagai pengarang yang pertama menulis novel Melayu yang watak dan latarnya benar-benar Tanah Melayu. Tanggapan ini adalah disebabkan oleh beberapa orang ahli kesusasteraan yang telah menulis buku-buku memberikan pendapat itu. Antaranya ialah Annas Haji Ahmad dalam bukunya Sastera Melayu Baru, Yahya Ismail dalam buku-bukunya Bimbingan Sastera Melayu Moden dan Satu Kajian Mengenai Karya-Karya Ahmad Talu, serta diikuti pula oleh Drs. Li Chuan Siu dalam bukunya Ikhtisar Sejarah Kesusasteraan Melayu Baru 1830 -1945, dan harus beberapa buku dan oleh ahli sastera yang lain lagi. Mereka itu sungguh berani memberikan pendapat itu dengan tidak meragukan bahaw.....
Conference Item Published 2001 2472 hits Available
6
Abstract
Dalam konteks Malaysia semasa, terdapat kecenderungan di kalangan saijana dari pelbagai disiplin pengajian, menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pemah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bemiasyarakat. Tren yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan politik murahan semata-mata, bahkan turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik memperincikan biodata dan kaedah peijuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat di masa hadapan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana pelbagai kajian yang diusahakan oleh saijana luar dan tempatan telah dibuat terhadap tokoh penting rantau Alam Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi,Syeikh Daud Pattani, HAMKA Za’ba, Prof. Zulkifli Muhammad, Syed Muhammad Naquib al-Attas..
Conference Item Published 2003 2022 hits Available
7
Abstract
Kertas ini barangkal cukup berbeza dan berlainan daripada apa yang menjadi isu dan tajuk utama seminar yang diadakan ini. Namun sebagai suatu usaha murni buat mengingati dan mengabadikan Za’ba dan seluruh pemikiran serta wawasannya, maka barangkali ianya juga boleh dibanding dan dilihat juga dalam suatu senario keseluruhan warisan pemikiran mengenai dan untuk orang Melayu itu. Maka itu, kertas ini beranggapan bahawa walaupun nama dan tokoh seorang yang bemama Za’ba perlu diabadikan sebagai seorang pemikir Melayu yang ulung, namun ianya akan menjad lebih lengkap lagi sekiranya dua hal lam turut diberikan perhatian, Pertama, melihat dan meletakkan Za’ba dalam kontesk senario kesinambungan keseluruhan pemikir dan pemikiran Melayu, misalnya daripada Tun Seri Lanang melalui Sejarah Melayunya, merentas1 Abdullah Munshi, diikuti dengan era Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, sehinggalah kepada A. Rahim Kajai dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), kepada Za’ba, diikuti dengan Rev.....
Conference Item Published 2003 1283 hits Available
9
Abstract
This paper examines Sheikh Dawud al-Fatani's ?d?hu l-b?b li-mur?di l-nik?h bi-l-saw?b (?Explanation of the chapter for the one who desires a good marriage?), which outlines his understanding and mastery of the jurisprudence of Islamic family law. Al-Fatani is a renowned nineteenth-century Malay Muslim scholar, and his work is widely referred to in Islamic education institutions in the region. A close scrutiny of ?d?hu l-b?b offers a profound understanding of nineteenth-century Malay Muslims' view of the institution of marriage. The foci of this paper include the general concept of marriage in Islam; guidelines on spouse selection; the obligations of both husband and wife; and the law on inter-religious marriage. In summary, al-Fatani shows that marriage requires a meticulous consideration of all parties involved; after all, family is a paramount social unit that needs to be preserved to ensure stability in the development of a society. ? Koninklijke Brill NV, Leiden, 2021..
Article Published 2021 1566 hits Available
10
Abstract
Setelah berlaku beberapa peristiwa keganasan, umat Islam telah dituduh sebagai terroris, ganas dan ekstremis. Fenomena ini berlawanan dengan visi Islam di mana umat Islam adalah umat terbaik dan agama Islam adalah agama sempurna. Keadaan ini juga menyusahkan ramai umat Islam dan perlu diperbetulkan. Beberapa orang ilmuwan Islam termasuk Mohd Kamal Hassan (selepas ini disebut Kamal Hassan) telah melaungkan konsep wasatiyyah bagi menerangkan yang Islam tidak begitu. Penyelidikan ini bercorak kualitatif dan menggunakan kaedah deskriptif, analisis dan sintesis. Konsep wasatiyyah adalah satu ajaran Islam yang sangat kukuh. Konsep in berasal daripada al-Qur’an dan pemahaman mengenainya disokong oleh Hadith Nabi SAW, pentafsir al-Qur’an seperti Sheikh Abdullah Basmeih, Ibnu Kathir, Muhammad Asad, Sayyed Qutb, Wahbah Az-Zuhaili dan Yusuf al-Qardhawi. Konsep ini disokong dan diperkukuhkan lagi dengan konsep-konsep dan ciri-ciri Islam termasuk konsep ketuhanan, kemanusiaan, konsep syumul, ko.....
Article Published 2023 561 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.