AbstractKajian ini bertujuan mengkaji faktor penglibatan dan penolakan penggunaan rokok, dadah dan alkohol serta tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar. Populasi kajian merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Sembilan. Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik dan temubual semi-struktur dalam mendapatkan data daripada sampel kajian. Sejumlah 260 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 68.5% responden terlibat dengan sekurang-kurangnya salah satu kes yang dikaji. Penglibatan dengan tingkah laku seksual mencatat peratusan yang tertinggi terutamanya dalam kalangan responden perempuan. Tiada responden yang mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Punca yang paling kerap dinyatakan bagi tingkah laku merokok dan tingkah laku seksual ialah perasaan ingin tahu. Bagi pengambilan alkohol pula disebabkan ritual dan tradisi. Responden yang menolak pengliba.....