UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 6 |
Simplified search suggestions : Syed Lamsah Syed Chear |
1 | 2018 Article | Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik Syed Lamsah Syed Chear Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): Received: 24 December 2017, Accepted: 19 January 2018 – Kecemerlangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) sering kali difokuskan kepada prestasi akademik manakala perkembangan personaliti terpinggir. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dalam aktiviti fizikal dan kesan penglibatan tersebut terhadap prestasi akademik dan perkembangan personaliti. Responden terdiri daripada 61 pelajar diploma pelbagai bidang yang mengikuti kursus wajib MPU2412 Sukan selama 14 minggu antara Januari sehingga Mei 2016 di sebuah universiti swasta. Data kajian merupakan maklum balas pelajar yang diperoleh melalui borang soal-selidik yang ditadbir pada minggu akhir semester. Enam dimensi yang dinilai adalah (i) ekspresi diri, (ii) dorongan ibu-bapa, ahli keluarga dan sekolah, (iii) minat, (iv) pengaruh persekitaran dan kemudahan yang disediakan, (v) penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan, (v..... 954 hits |
2 | 2019 Article | Strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam latihan guru prasekolah Syed Lamsah Syed Chear Masyarakat dunia semakin terkesan dengan impak Revolusi Industri 4.0, dan pendidikan tinggi dijadikan sandaran untuk memperlengkapkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti graduan. Artikel ini membincangkan secara konseptual amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program prasekolah di universiti swasta. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempermudah dan menjadikan aktiviti PdP bertambah menarik. Namun, perlu disedari TMK adalah sebagai platform berbanding objektif akhir untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan graduan. Strategi PdP yang dilaksanakan memfokus kepada objektif untuk memperluas skop kerjaya melalui pendekatan pengajaran terbalik, atas talian, kolaborasi dan koperatif, terbuka dan merentasi kurikulum serta penilaian holistik yang bertujuan melahirkan graduan yang peka kepada sekeliling, cerdas sosial, bijak berfikir, kemahiran silang budaya, celik huruf kepada media baru, terbuka minda, dan berupaya mengurus pengetahuan dan kerjasa..... 778 hits |
3 | 2021 Article | Pematuhan prosedur operasi standard di tadika swasta semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Syed Lamsah Syed Chear Wabak COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menimbulkan norma baharu dalam masyarakat. Pembukaan operasi tadika swasta dalam tempoh ini disambut dengan reaksi berbeza para pengusaha. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19. Kajian melibatkan 50 tadika swasta di Selangor. Penilaian berdasarkan dua perspektif iaitu maklum balas daripada pengurusan tadika dan guru pelatih. Dapatan kajian menunjukkan tahap pematuhan adalah tinggi iaitu nilai min 4.260 (sebelum operasi) dan 4.278 (semasa operasi) berdasarkan maklum balas pengusaha pada skala 1 – 5 manakala min 4.212 berdasarkan pemerhatian guru pelatih. Sebelum beroperasi, tadika swasta memastikan ibu bapa mengistihar bebas daripada COVID-19 (min 4.64), memantau kesihatan guru (min 4.52), dan mengetatkan peraturan kemasukan pelawat (min 4.38). Semasa beroperasi tadika melarang kehadiran kanak-kanak bergejala (min 4.54), menyediakan ..... 471 hits |
4 | 2021 Article | Analisis program sokongan akademik di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Persendirian Syed Lamsah Syed Chear Kelangsungan hidup sesuatu masyarakat sangat bergantung kepada kesediaan setiap anggota untuk memikul tanggungjawab dan menyedari setiap seorang mempunyai peranan yang saling melengkapi. Pendidikan seringkali dikaitkan sebagai senjata paling ampuh untuk menangani masalah kemiskinan. Jika individu dewasa dan berkeluarga tidak mampu berhadapan dengan tekanan kemiskinan, bagaimana pula kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran serba kekurangan? Objektif kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan program sokongan akademik di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak(Persendirian/Berkediaman) serta menilai keupayaan institusi untuk merancang program sedemikian. Pengkaji telah melawat 35 buah institusi di Selangor untuk meninjau, mengedar borang soal selidik dan menemubual. Didapati kanak-kanak di institusi mengikuti pendidikan wajib dan pelbagai program pembangunan diri yang dianjurkan oleh institusi, sukarelawan dan organisasi luar. Program sokongan akademik di institusi dapat dikategorikan kepada du..... 420 hits |
5 | 2021 Article | Permuafakatan ibu bapa dan kejiranan untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan dan tahap keselamatan taman permainan di tadika swasta Syed Lamsah Syed Chear Kanak-kanak sering dikaitkan kepada peralatan permainan, dan taman permainan merupakan imej utama yang menonjolkan sesebuah tadika. Rutin harian di tadika membiarkan kanak-kanak bebas bermain sebagai proses sosialisasi dan untuk meransang tumbesaran fizikal yang seimbang. Garis Panduan Penubuhan Taska dan Tadika, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2012 serta akta-akta dan beberapa peraturan lain yang berkaitan pengoperasian tadika hanya memfokus kepada reka bentuk fizikal bangunan tadika, manakala peralatan permainan tidak diperhalusi. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kemampuan tadika swasta untuk menyelenggara peralatan dan taman permainan, anggapan nilai taman permainan, serta kesediaan ibu bapa dan kejiranan untuk bermuafakat. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik dan lawatan ke lokasi antara Ogos dan Oktober 2020 iaitu dalam tempoh pelaksanaan PKPP di seluruh negara. Lebih daripada 90 buah tadika telah dihubungi dan mendapat 60 maklum balas. Pote..... 418 hits |
6 | 2022 Article | Alternatif Praktikum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Syed Lamsah Syed Chear Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19 mengubah dengan sekelip mata tatacara kehidupan dalam masyarakat. Bidang pendidikan tidak terkecuali. Pembelajaran dalam talian diperkenalkan di peringkat persekolahan rendah, menengah hingga pendidikan tinggi. Tatkala para pendidik dan pelajar disogokkan dengan pelbagai terma dan pelantar pembelajaran yang berlandaskan aplikasi teknologi maklumat, timbul persoalan bagaimana praktikum perlu dilaksanakan? Amnya praktikum memerlukan para pelajar menjalani latihan mengajar di institusi pendidikan dan ia turut melibatkan penyeliaan oleh guru pembimbing yang dianggap sebagai mewakili industri. Artikel ini membincangkan perspektif perlaksanaan praktikum dalam tempoh PKP susulan arahan penutupan institusi pendidikan dan larangan pembelajaran bersemuka. Objektif kajian ini adalah untuk (a) membandingkan tahap penerimaan pelajar dan pensyarah terhadap penyetaraan praktikum, dan (b) menilai pencapaian hasil pemb..... 631 hits |