UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan Kaedah Sebut Baca Bergambar dalam meningkatkan pertuturan dan pembacaan murid-murid bermasalah pendengaran di Sk Sri Adika Raja Gerik, Perak. Seramai tiga orang murid dijadikan responden di dalam kajian ini. Fokus utama di dalam kajian ini ialah murid menyebut huruf vokal (v), huruf konsonan (k) dan membaca perkataan kvkv dengan bantuan gambar. Kaedah Sebut Baca Bergambar ini dijalankan dengan meminta murid mengisyaratkan gambar yang ditunjukkan berulang kali dengan betul. Setelah itu baharulah diajar mengeja perkataan kvkv dan membaca perkataan kvkv. Kemudian diajar pula menyebut bunyi suku kata, mengeja dan membunyikan semula suku kata kv dan disusuli dengan menyebut nama huruf bagi perkataan kvkv tersebut. Metodologi yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui ujian pra dan pos. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap murid dan menjalankan temu bual kepada ibu bapa. Hasil daripada kajian ini menunjukkan m.....
Article Published 2016 1357 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka perkembangan pertuturan murid-murid bermasalah pendengaran dari segi latihan oro-motor, sebutan bunyi vokal dan sebutan bunyi konsonan menggunakan Video Latihan Pertuturan. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan untuk menjawab tiga persoalan kajian. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur, senarai semak dan analisis dokumen untuk memperolehi maklumat perkembangan pertuturan. Seramai empat orang kanak-kanak bermasalah pendengaran dipilih menjadi responden melalui teknik persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan kaedah naratif iaitu huraian perkembangan responden menggunakan Video Latihan Pertuturan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid bermasalah pendengaran dapat melakukan dengan cemerlang aktiviti membuka dan menutup mulut dan menyedut minuman di dalam latihan oro-motor manakala lemah dalam aktiviti menggerakkan lidah. Kajian juga mendapati murid-murid bermasalah pendengaran dapat menyebut buny.....
Thesis Published 2018 2140 hits Available
3
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  menilai  pelaksanaan  Kurikulum  Standard  Reka  Bentuk  dan Teknologi  (KS   RBT)  Tingkatan  Satu  di  Sekolah  Menengah  Malaysia.  Penilaian dilakukan  menggunakan  model   penilaian  CIPP  yang  dipelopori  oleh  Stufflebeam (1971).  Aspek  yang  dinilai  adalah  aspek   konteks  dan  aspek  input.  Aspek  konteks merangkumi kesediaan guru, kursus guru dan kesesuaian  isi kandungan mata pelajaran RBT. Manakala aspek input pula merangkumi keupayaan pihak sekolah  menyediakan bahan kurikulum dan kemudahan fizikal untuk pelaksanaan mata pelajaran RBT. Reka bentuk   kajian  yang  digunakan  ialah  reka  bentuk  penilaian  program  menggunakan kaedah kualitatif.  Seramai lima orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Teknik pengumpulan   data   adalah    melalui   temu   bual   dan   pemerhatian.   Senarai   semak digunakan  bagi  mengukuhkan  dapatan   kajian.  Dari  a.....
Thesis Published 2018 4413 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pelaksanaan Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk bidang kemahiran permainan Pendidikan Jasmani di daerah Hulu Selangor dan Gombak. Kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan seramai 103 guru Pendidikan Jasmani. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah diadaptasi dan diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Soal selidik ini telah disahkan oleh empat orang pakar menggunakan kesahan muka dan kebolehpercayaan soal selidik menggunakan indeks Cronbach Alpha dengan nilai pekali iaitu 0.93. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t bebas, ANOVA dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=2.76, SP=0.43), tahap kemahiran (M=2.75, SP=0.44) dan tahap sikap (M=2.82, SP=0.39) berada pada tahap sederhana. Ke.....
Thesis Published 2023 1182 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.