AbstractKajian empirikal ini dibentuk untuk mengenal pasti perhubungan antara gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS dalam kalangan usahawan kaum India. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji peranan gaya kepimpinan dalam mempengaruhi kompetensi pengurusan, orientasi keusahawanan dan prestasi PKS. Sebanyak 180 orang respoden yang mewakili firma PKS dari 8 buah negeri telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan sistematik. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik MLQ (Avolio & Bass, 2004), kompetensi pengurusan (Robbins, 2005), orientasi keusahawanan (Covin & Slevin, 1989) dan prestasi firma (Lumpkin & Dess, 2006). Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu gaya kepimpinan (transformasi dan transaksi), kompetensi pengurusan (merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal) dan orientasi keu.....